Eh, dah dekat la Ramadhan??

RAMADHAN al-MUBARAK semakin hampir tiba.

Namun di manakah kita? Bagaimanakah dengan persediaan kita? Apa yang kita telah lakukan untuk Ramadhan?

Adakah kita hanya menghitung lagi sebulan Hari Raya Eid Fitri akan tiba? Akan kita sibuk membuat persiapan nak raya dengan menghitung berapa banyak pakaian sudah di tempah? Rumah dah cat baru ke dan lain-lain?

Jika sebelum ini kita begitu gembira seronok menyambut kedatangan EURO 2012, sambutan begitu ketara lagi, di pasar raya, di kaca televisyen, di corong radio, di paparan internet dan sebagainya? Kita semua sudah sedia maklum bahawa maklum EURO 2012 tentang berapakah perlawanan, di manakah tempat perlawanan, bagaimanakah rentak perlawanan, bahkan ada yang sanggup bersengkang mata hanya semata mahu menyaksikan 32 perlawanan secara langsung.

sesungguhnya tidaklah salah untuk kita menyambut dan menonoton EURO tapi RAMADHAN jangan lupa la..

TAPI.. BAGAIMANA pula denga persediaan kita untuk menghadapi RAMADHAN kali ini?

Kehadiran bulan Ramadhan ini begitu dinantikan oleh Nabi SAW dan para Sahabat. Perginya pula ditangisi oleh mereka. Tidak kurang pula oleh para ulama yang lain. Seolah-olah RAMADHAN ini begitu dinantikan dan ditunggu oleh mereka semua. Terdapat pula sebahagian Salafus Soleh yang menangis tatkala Ramadhan berlalu pergi kerna bimbang tidak akan bertemu akan Ramadhan akan datang. Hatta Nabi saw ada berdoa dengan :

 

Ya Allah, Berkatilah kami dalam bulan Rejab dan Syaban, dan sampaikanlah kami pada bulan Ramadhan.

Ya benar mungkin ada yang menyatakan hadith ini bukanlah hadith yang sohih atau pun hasan, tapi bukankah ia punya maksud yang baik dan boleh kita amalkan?

Tapi bagaimana pula dengan diri kita?

Sudah berapa banyak Ramadhan yang kita lalui? Sudah berapa banyak ketaqwaan kita bertambah tatkala setiap Ramadhan berlalu? Adakah kita berjaya mencapai tahap ‘mudah-mudahan kamu bertaqwa’ seperti firman Allah swt dalam setiap fasa Ramadhan yang berlalu? Renungan untuk diri sendiri yang begitu alpa terlena sendiri sebenarnya…

Jika untuk merancang dan menjayakan sesbuah majlis perkahwinan setidaknya 3 bulan sebelum berlangsungnya urusan pernikahan dan perkahwinan yang bermula dari jam 11pagi-4petang telah disusun dan dirancang rapi.

Bagaimanakah pula dengan persediaan kita untuk menghadapi Ramadhan yang sebulan lamanya?

Adakah hanya kerana kita dapat menyaksikan dan melihat kebahagiaan dan nikmat dalam melangsungkan perkahwinan kerna kita sanggup membuat persiapan dengan sedemikian rupa? Adakah kita tidak percaya dengan segala janji tuhan yang Maha Agung tentang ganjaran yang lebih besar bakal menanti di sana kelak?

Rebutlah segala peluang sebelum terlambat…

Tapi RAMADHAN dah dekat ni? Sempat ke nak buat persiapan lagi? Kurang 2 MINGGU lagi tinggal?? Macam mana nak buat?

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah swt kerna masih lagi memberi hidayah kepada kita untuk merubah dan berubah, rebutlah dan gunakanlah peluang yang ada ini dengan seadanya.

Cubalah ambil beberapa langkah mudah sebagai “pemanas enjin” sebelum melangkah ke dalam bulan Ramadhan. Ini adalah beberapa cadangan yang saya berikan, terpulanglah untuk dilaksanakan atau tidak..

–          Cubalah untuk merebut peluang solat berjemaah di awal waktu di masjid mahu pun dengan keluarga sendiri.

–          Perbanyakkan dan tingkatkan dzikir usai daripada solat, jika kesuntukan masa cubalah jua cari ruang untuk berdzikir kepadaNya.

–          Iringilah solat fardhu dengan solat sunah nawafil (qabliyah dan ba’diyah)

–          Baca al-Quran setidaknya 1 muka surat setiap kali lepas solat serta mentadabbur akannya

–          Berpuasa sunah pada hari Isnin dan Khamis

–          Melakukan Qiamullail ringkas sebelum bersahur jika berpuasa atau sebelum mendirikan solat subuh

–          Dirikanlah solat dhuha seketika di waktu pagi

–          Ringankan tangan bersedeqah di masjid dan kepada faqir, miskin, qerabat, anak yatim dan lain-lain.

–          Perbanyakkan lagi amalan lain berdasarkan kemampuan sendiri.

Kadang-kadang student suka buat persediaan last minit bila nak exam kan? Tapi Ramadhan bukanlah seperti ‘exam bertulis’ tapi lebih kepada mujahadah dan kekuatan rohani, jasmani, fizikal dan mental. Binalah kekuatan, latihlah kesabaran, peliharalah keimanan, pohonlah bantuanNya, berusahalah sehabis daya dalam menggapai keredhaaNya lebih-lebih lagi menanti bulan Ramadhan yang mulia..

Setahun itu ibarat seperti sebatang pokok, bulan Rejab adalah masa untuk memetik daun, bulan Sya’ban pula masa memetik dahan, bulan Ramadhan pula untuk memetik buah, pemetiknya hanyalah orang beriman sahaja..insya Allah..

Salam mujahadah…^_^

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on July 9, 2012, in ~Coretan~ and tagged , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: