Mengapa pula anak menjadi mangsa??

Semua orang mendambakan agar memperolehi kebahagian dan ketenangan dalam keluarga mereka. Tambahan pula bila mana telah dihadirkan dengan cahaya mata yang menambahkan lagi seri kebahagian. Permasalahan dan dugaan dalam rumah tangga itu merupakan warna-warni dalam kehidupan. Ibarat lumrahnya alam, jika ada siang pasti akan disusuli dengan malam, jika datangnya hujan pasti akan diganti dengan panas mentari. Andai terlalu sepi tanpa cabaran pasti hidup ini tidak banyak memberi pengajaran.

Namun, lewat kini, terlampau banyak kepincangan dan permasalahan yang berlaku dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Bahkan wabak ini bukan sahaja melibatkan dunia di sebelah Barat sana, bahkan telah terjebak dan merebak ke bumi kita di sebelah Timur ini. Amat mendukacitakan hampir setiap strata lapis masyarakat kita akan menghadapai perkara ini tanpa mengenal perbedaan umur seseroang.

Di manakah puncanya tercetusnya kepincangan yang kian membarah ini? Adakah kerana faktor hedonism yang melampau dalam mengejar segala apa hiburan dalam usaha untuk memuaskan rengekan nafsu? Adakah kerana faktor materealism yang terlalu mengejar harta kebendaan dengan beranggapan dengan demikian dapat memenuhi segala tujuan dan keperluan hidup hingga terabai tugas dan tanggungjawab dalam keluarga? Adakah kerana budaya hidup secularism yang memisahkan urusan keduniaan daripada urusan agama dan mempartikkan agama itu hanya ibarat seperti ritual kehidupan dalam majlis mahupun urusan tertentu? Pelbagai lagi asbab-musabab yang lain yang menjadi titik tolak kepada berlakunya kepincangan dalam institusi kekeluargaan yang perlu diteliti dan dihalusi dalam usaha untuk merungkai masalah dan membuka ruang mencari jalan dalam memebendung dan membanteras perkara ini daripada terus kian parah.

Namun dalam mengorak langkah dalam mengatasi masalah ini, turut yang sering kali kita terlepas pandang adalah kesan akibatnya secara sedar mahupun tidak. Bagaimana dengan nasib yang bakal dihadapi oleh si anak yang menjadi mangsa kepada keluarga yang bermasalah dan mungkin jua mangsa kepada penceraian? Benar banyak faktor yang menjadi punca kepada berlakunya penceraian, namun bagaimanakah pula dengan masa depan dan nasib si anak?

Ada segilintir yang telah bercerai dan ada segelintir sahaja yang membahagikan hak untuk menjaga dan membesarkan anak-anak melalui proses mahkamah syariah, ada jua yang saling memahami dan walaupun terjadinya perpisahan antara si ayah dan si ibu namun mereka tetap menjalankan tanggungjawab kepada anak mereka.

Namun, yang lebih banyak dan ramai adalah mereka yang bercerai dan terus mengabaikan tugas dan tanggungjawab kepada anak-anak mereka. Amat sedih lagi bila mana si ayah dan si ibu bercerai dan berkahwin lain dan anak mereka dijadikan seperti anak angkat yang tak ubah dilayan seperti hamba abdi, bukan lagi anak tiri. Amat memilukan lagi menyedihkan bila mana si anak dibiarkan terkontang-kanting membawa haluan hidupnya sendiri tanpa di ambil peduli oleh si ayah mahupun si ibu. Apalah nasib dan masa depan si anak ini? Hilang tiada arah tuju hendak pergi. Belum pula ditambah pula dengan cemuhan dan cacian serta segala kata nista daripada keluarga terdekat si ibu dan si si ayah. Mereka terus dibenci bahkan dipulaukan oleh kaum keluarga mereka sendiri. Bukanlah mereka meminta agar si ibu dan si ayah untuk bercerai, namun mereka ibarat mangsa keadaan yang terus menjadi mangsa. Mungkin Nampak janggal situasi seperti ini, namun inilah sebahagian reality yang berlaku dalam masyrakat kita tanpa kita sedar.

mengapa kita perlu menghukum dan menyalahkan si anak yang tidak tahu itu? Apakah salah mereka hingga diperlakukan hingga sedemikian rupa?

“Setiap bayi dilahirkan dalam keadaan fitrah (bertauhid), maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.”

 (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Benar tugas dan tanggungjawab dalam mendidik dan membesarkan anak adalah terletak di atas bahu kedua orang tuanya, namun jika mereka telah kehilangan orang tuanya, maka adalah terletak pada bahu orang yang paling hampir dan dekat dengannya. Bukannya terus menyisihkan mereka.

Keluarga adalah sumber kekuatan bagi semua, andai mereka bersama. Keluarga jua adalah titik kelemahan terbesar kita, andai mereka telah hilang daripada kita.

 

Jangan dibiarkan si anak yang tidak tahu di mana silapnya menjadi mangsa. Mungkin akan ada yang pertikai, untuk apa aku menjaga tepi kain orang? Hal keluarga mereka adakah perlu untuk aku campur tangan? Ketepikanlah sifat pentingkan diri sendiri wahai orang sekeliling. Tidaklah dipinta si anak supaya nasibnya menjadi sedemikian rupa. Cubalah kita meletakkan diri kita pada tempat mereka, bagaimanakah perasaan kita ketika itu?

Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 2,  maksudnya :

“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)”.

Bantulah mereka, jangan dibiarkan mereka terus berada dalam kesedihan dalam menempuh hidup yang mendatang ketandusan tanpa didikan dan belaian daripada orang tua mereka. Mungkin ini adalah satu ujian yang telah dituliskan olehNya ke atas hambanya. Mungkin kita tidak diuji dengan sedemikian rupa tetapi diberi pula ujian yang lain pula rentaknya. Mungkin jika kita berada di tempat anak-anak seperti ini, kita tidak akan mampu untuk berdepan dengannya.

Mungkin dewasa kini jua kita melihat ada di antara anak yang membuang orang tua mereka sama ada di jalanan, di rumah orang tua, di stesyen bus atau di mana sahaja. Terdapat pelbagai faktor yang wujud namun jika ditelusuri antara mereka ini, pasti ada di antara orang tua ini sendiri yang pada suatu ketika dahulu pernah “membuang anak mereka”, maka tidak hairanlah bila si anak menjangkau dewasa mereka pula “membuang orang tua mereka”. Bukanlah hendak menyamakan falasafah dengan hukum balas bagi situasi seperti ini, namun itulah lumrah kitaran dunia, ‘what goes around, comes around’.. jadinya ambillah langkah mencegah daripada merawat kerna itu adalah lebih baik.

Andai mungkin si anak tidak “dibuang sepenuhnya” oleh orang tuanya sendiri, dia masih diberi ruang dan peluang bersama dengan salah seorang daripada orang tuanya, namun hakikatnya ia tetap memberi kesan yang mendalam kepada si anak. Maka jangalah hairan atau terkejut andai si anak hanya mampu menunaikan tanggungjawab sahaja kepada orang tua mereka tanpa mampu mencurahkan kasih sayang. Walau mungkin dua perkara ini nampak serupa, tapi sebenarnya ia adalah dua perkara yang berbeza. Hanya yang pernah melaluinya akan tahu akan hal keadaannya.

Hidup ini sentiasa ditemani dengan orang yang punyai latar belakang dan peel yang berbeda. Seseorang yag menjadi mangsa kepada penceraian dan menjadi anak terbiar, telah memberi pesan:

“kalau Bapak/Mak kau marah sangat dekat kau, jangan kau lawan balik kata-kata diorang. Sebab walau apa pun diorang masih lagi Bapak/Mak kau dan kau masih lagi bersyukur dan bertuah daripada aku ni yang menjadi anak buangan. Kalau dah tak tahan sangat, kau keluar dari rumah beberapa masa yang kau nak, pergi start moto/kereta carik dulu ketengan kat luar sana. Nanti bila kau dah cool down balik la rumah balik. Nanti diorang OK la, kau kena la faham keadaan Bapak/Mak kau sebab usia diorang dah lanjut..”

Alangkah sebaknya seorang yang telah kehilangan orang tuanya begitu menghargai didikan, perhatian dan belaian dari orang tua sebab bagi mereka yang telah menjadi seperti ini, mereka tidak mahu ada di kalangan rakan mereka turut menempa nasib yang sama seperti mereka. Biarlah apa yang berlaku itu hanya kepada mereka sahaja..

Renungkan….

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on July 3, 2012, in ~Coretan~ and tagged , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: