Kahwin Muda??

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, dia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda “Wanita itu dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana kedudukannya/keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya nescaya engkau beruntung.”

(Hadis riwayat Bukhari ,Muslim, Abu Dawud, an-Nasaie,dan Ibnu Majah)

Islam mengangkat mertabat dan memuliakan hak penganutnya. Itulah kesempurnaan dalam agama Islam.

Antara salah satu fitrah dan kemahuan manusia adalah keinginan untuk memiliki pasangan, namun cara yang manakah yang benar menurut kaca mata Islam?

Adakah dengan membebaskannya liar tanpa kawalan; di mana dan dengan apa sahaja, tanpa wujudnya sebarang batasan dan aturan, sama ada dalam sudut keagamaan, etika mahupun kebiasaaan. Inilah yang menjadi fahaman dan pegangan kepada mereka yang menganut fahaman serba-boleh atau lebih dikenali sebagai permisivisme; semua adalah dibolehkan belaka dan tidak terikat oleh aturan agama dan nilai kebaikan. Keadaan seperti ini walaupun mungkin pada satu sisi pandang dapat memuaskan keinginan namun secara hakikatnya adalah menjejaskan bahkan merosakkan kehormatan dan nilai yang ada pada diri manusia tanpa mengira perbedaan agama, bangsa, bahasa dan sebarang perbedaan sudut fizikal.

Manakala memusuhi dan membencinya sama sekali seperti apa yang difahami dalam konsep samsara dalam agama Hindu, kerahiban dalam agama Kristian atau monism. Mereka perlu memadam dan mematikan hasrat mereka terhadap kemahuan berpasangan dalam hidup yang telah dijadikan fitrah kepada makhluk ciptaanNya yang berada di atas muka bumi.

Islam mengambil jalan tengah di antara kedua titik extremism. Pernikahan dan perkahwinan adalah dibenarkan dalam Islam ke atas umatnya, dan jika dilihat lebih mendalam lagi kewajipan taklifi adalah dapat dibahagikan antara 5, Wajib, Sunah, Harus, Makruh dan Haram adalah bergantung ke atas keperluan individu tersebut dan keadaan sekeliling.

Dewasa kini, perkahwinan di usia muda atau lebih sinonimnya berkahwin ketika belajar menimbulkan pelbagai reaksi dan spekulasi dalam diri dan masyarakat kita. Pelbagai pandangan dan pendapat yang akan diberikan sama ada dalam bentuk pujian mahu pun kritikan akan diterima kepada pasangan yang berkahwin muda ini mahu pun kepada keluarga mereka.

Kadang-kala ada yang mendapat persetujuan di antara pihak pasangan serta dipermudahkan dan direstui oleh kedua orang tua, ALHAMDULILLAH.. Terkadang ada pula yang sebaliknya. Pelbagai lagi reaksi dan yang akan berlaku. Pelbagai faktor yang menjadi titik tolak kepada perkara seperti ini dan antara faktor yang besar adalah penerimaan masyarakat dan pemahaman agama serta penghayatannya itu sendiri.

Mungkin fenomena berkahwin muda di IPT yang memiliki Fakulti Pengajian Islam dalam pendidikan mereka  adalah lebih jelas dan ketara jika disbanding bezakan dengan IPT yang tiada Pengajian Islam. Jika telah cukup syarat dan melayakkan seseorang itu untuk berkahwin, bukankah itu adalah lebih baik?

Bagi mereka yang rasa sudah bersedia secukupnya daripada sudut spiritual, fizikal, emosional dan intellectual untuk berkahwin muda, tapi ada masalah dalam usaha untuk meyakinkan kepada orang tua mereka. Gunakanlah medium yang terbaik dan sewajanya untuk meyakinkan orang tua masing-masing.

Sebagai contoh, seorang ustaz pernah berkata:

“Mana-mana students yang nak kahwin ni, sebaiknya jangan mereka sendiri yang memberikan alasan kepada orang tua mereka cakap nak kahwin. Walaupun dibentangkan pada orang tua 3 muka surat alasan nak berkahwin penuh dengan dalil al-Quran dan al-Hadith siap bagi dengan maqasid syar’iah lagi, seolah-olah Nampak macam si anak ini gunakan hujah agama untuk kepentingan mereka walaupun semuanya benar belaka hujah mereka. Tapi cubalah minta kepada orang yang selayaknya untuk sama ada mereka yang hampir seusia dengan orang tua kita atau mana-mana ustaz yang rapat untuk cuba menjelaskan kepada mereka kenapa mahu berkahwin awal. Mungkin dengan cara ini orang tua kamu akan lebih percaya.”
(Betui gak kan??
;))

Alhamdulillah, Usai proses Akad Nikah Saudara Hazim Mohd Noh(Presiden PMIUPM ) bersama Azizah Qosamah.. Barakallah la kuma wabaraka ‘alaih ..=)

Semoga dengan seorang Icon pelajar di UPM, Sudara Hazim Mohd Noh, Presiden PMIUPM bersama Azizah Qosamah dalam mengikat tali pernikahan dalam usaha untuk mengizzahkan tentang keindahan Islam dan sebagai satu usaha untuk menjadi contoh kepada mereka yang lain untuk mengatasi masalah ‘couple’ akan menjadi role model kepada anak muda di UPM khususnya dan di tempat lain, yang mana kebanyakan masalah couple pada hari ini kebanyakan adalah dinatijahkan dengan sesuatu yang besar mudharatnya berbanding manfaatnya. Bertepatan dengan tagline PMIUPM -PENCETUS INSPIRASI-

Barakallah la kuma ‘alaih ke atas mereka..

Semoga usaha mereka dalam membina baitul Muslim akan terus mendapat keberkatan dan kerahmatanNya di sini dan akan terus berkekalan hingga di sana kelak. Semoga perjuangan mereka dalam usaha untuk terus mengizzahkan Islam kepada masyarakat campus dan masayarakat umum akan terus kukuh..🙂

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on June 25, 2012, in ~Coretan~ and tagged , , , . Bookmark the permalink. 1 Comment.

  1. mada bila lagi..asyik usik org je..🙂 semoga kamu bahagia..bersabarlah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: