Aku memilih ini kerana..

Sebagai seorang Islam sudah pasti akan memilih seorang muslim yang menganut syumul (sempurna). Tidak dapat tidak bila mana kita mengatakan Islam sebagai agama atau sebagai cara hidup, maka wajib ke atas kita untuk megamalkan segala apa yang disuruh olehNya dan meninggalkan apa yang dilarangNya.

Usia sudah mnejadi matang dan mampu menilai yang mana dan yang mana salah, yang mana benar dan yang mana palsu. Namun definasi dan jangka masa yang diakataan “matang” mungkin diintrepetasi berbeda oleh berbeda kumpulan. Namun cukuplah untuk saya katakan bahawa di sini saya mengambil definisi “matang” dan “dewasa” bila mana telah melepasi kelayakan umur saya untuk membuang undi dan menjalankan tanggungjawab dan hak saya sebagai warganegara Malaysia.

Apa yang saya coretkan ini mungkin mendapat tentangan dan interpretasi yang bertentangan yang berbeda daripada pihak lain. Namun cukuplah sekadar saya jelaskan di sini apa yang saya nyatakan adalah berdasarkan apa yang telah saya lihat dan alami dengan diri saya sendiri.

Usai daripada proses pilihanraya pasti akan berlaku perubahan yang dibawa oleh pihak yang menang dalam pilihanraya atas dasar di Malaysia kita mengamalkan proses demokrasi.

ALHAMDULILLAH buat pertama kalinya dalam sejarah negeri Selangor, di mana parti PR (PAKATAN RAKYAT) mendominasi kerusinya. Dan berlaku perubahan yang dapat dilihat oleh banyak pihak. Mungkin tidak perlu saya sebutkan, mungkin aka nada yang katakan saya akan memuji sebelah pihak. Tapi seruan saya nilailah dengan ikhlas, nescaya kita semua akan mendapat menilai dan memilih kebenaran.

Dalam jangka masa lebih kurang 4 tahun PR mentadbir Selangor, point utama yang saya tekankan di sini cukuplah sekadar perbedaan dan pemerkasaan yang berlaku dalam insitusi masjid dalam usaha untuk menyuburkan dan mengembangkan Islam di bumi Selangor. Saya melihat di mana kawasan yang di tadbir oleh parlimen mahu pun adun PAS mempunyai perbedaan yang jelas khususnya dalam perkara ini.

Dalam jangka masa yang singkat ini, saya melihat pelbagai usaha dan langkah yang telah di ambil oleh institusi masjid dalam usaha untuk menyebarkan Islam kepada masyarakat sekeliling. Keadaan ini berbeda dengan sebelum ini. Sebahagian masjid saya melihat program yang dilaksanakan dalam usaha untuk menyebar dan mengembangkan Islam begitu dilihat secara holistic meliputi kanak-kanak, remaja, golongan hawa mahupun dewasa dan hampir meliputi setiap strata masyarakat dengan pelbagai pengisian dan pendekatan yang diambil dalam mendepani dan mendekati setiap strata masyarakat ini.

Ini merupakan satu perubahan yang POSITIF! Dan alhamdullah sambutan daripada golongan sasar juga positif dan menggalakkan. Ini adalah berdasarkan apa yang telah saya lihat dan alami sendiri.

Tidak cukup dengan itu, pelbagai usaha yang telah dilaksanakan antaranya termasuklah menjemput ulama-ulama besar sama ada  daripada tanah air mahupun daripada luar negara untuk terus mengembangkan dunia ilmu islam yang sebenar.

Antaranya adalah Ustaz Azhar Idrus yang begitu digilai dan diminati anak muda masa kini.

Syeikh Nuruddin Marbu Maliki al-Banjari

Habib Umar bin Hafiz

Dan ramai lagi ulama tersohor di tanah air. Tidak cukup dengan itu, menjelang tiba bulan ramadhan pasti suasana ini akan bertambah lebih meriah di mana pelbagai program dan ulama mahupun Imam besar dunia akan datang menziarahi dan mengimami solat tarawikh bersama di beberapa masjid yang menjadi pilihan termasuklah Syeikh Jibril dan ramai lagi.

Jika di tanya apakah parti pilihan saya? Maka akan saya jawab adalah PAS. Bukan kerana warna benderanya. Bukan kerana kezuhudannya, bukan kerana apa sahaja tapi adalah kerana Islam yang ada padanya dan dibawa bersamanya. Begitu jua sebaliknya jika UMNO atau mana-mana parti lain yang membawa perjuangan Islam yang jelas dan nyata dalam menuju keredhaan Allah swt yang selaras dengan ajaran al-Quran dan as-Sunnah serta bertepatan dengan manhaj Islam sebenar, maka yang itulah akan menjadi pilihan saya.

Tidak saya katakan memilih PAS itu akan membawa setiap pengikutnya ke Syurga dan tidak pula saya katakan memilih UMNO itu akan mengundang pengikutnya ke Syurga, tetapi saya katakan yang mana membawa manhaj Islam secara Syumul dan holistic bertepatan di atas al-Quran, as-Sunnah, maka yang itulah akan membawa kita semua ke syurga.

Pesan saya kepada semua orang, nilailah sesuatu itu dengan penuh keikhlasan dan kejujujuran. Janganlah kita menutup pintu hati kita terlebih dahulu daripada menerima sebelah pihak sahaja tanpa menilai apa yang ada di sebelah sana. Dan kebenaran itulah yang kekal kebenarannya hingga ke akhirnya. Kebenaran itu umpama sinaran mentari, tidak dapat dilindung dan ditutup, lambat laun pasti ia akan menjelma jua. Dan genggamlah kebenaran itu dengan penuh kesugguhan dan bersabarlah dalam usaha untuk mengukuhkan dan menggenggam kebenaran kerana sejarah perjungan mereka yang menjujung kebenaran baik di kalangan para Nabi, Rasul dan sesiapa jua adalah perjuangan yang pahit dan sukar. Itulah sunnah orang yang berjuang dalam usaha untuk menggenggam dan membawa kebenaran. Dan janganlah mudah berputus asa hampa kecewa bila membawa kebenaran, kerana mengapa perjuangan di atas dunia dalam membawa kebenaran begitu pahit??

KERANA BALASAN SYURGA dan MENGEJAR KEREDHAAN ALLAH swt begitu manis. INSYA ALLAH..🙂

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on June 11, 2012, in ~Coretan~. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: