Walimah ‘urs dengan adat atau Syariat??

Musim cuti persekolaan kembali lagi. Ramai yang telah ada perancangan tersendiri, sama ada yang masih membujang mahupun yang telah berumah tangga. Kegamatan cuti sekolah semakin terasa bila mana ianya bertindan dengan “Study Week” khususnya bagi IPTA di tanah air yang hampir kebanyakan IPTA akan mengadakan “Study Week” untuk mahasiswanya atas pertimbangan daripada pihak uinversiti tersebut.

Kalau dulu musim cuti persekolahan ini akan sarat dengan majlis perkahwinan. Mana tidaknya? Inilah masa terbaik untuk mengumpulkan segala sanak saudara dan sepupu sepapat untuk memeriahkan lagi majlis perkahwinan disamping dapat jua tolong meringankan beban dan urusan tuan rumah untuk bergotong-royong. Zaman berubah, masa berubah, gaya hidup jua berubah disebabkan oleh faktor sekeliling yang tidak kurang menjadi kepada faktor penyumbangnya. Namun, lewat kini majlis perkahwinan tidak lagi tertumpu pada cuti persekolahan semata, bahkan boleh dikatakan hampir sepanjang tahun pasti tidak pernah seunyi dengan majlis perkahwinan. Ada saja jemputan undangan perkahwinan  yang bertandang ke rumah masing-masing pada hujung minggu.

Tidak kureng juga galaknya bagi yang ingin melangsungkan majlis perkahwinan atau pun dalam bahasa masyarakat tempatan lebih dikenali dengan istilah “raja sehari”. Masakan tidak? Pada hari itu pasangan mempelai akan di layan bagai raja sehari, segalanya akan disediakan dan dilayan dengan penuh kegembiraan dan kehormatan. Mungkin disebabkan perkahwinan tunggal sepanjang hayat maka digelarlah kepada pengantin itu raja sehari. Namun tidak mustahil mungkin menjadi “raja sehari” berkali-kali atas faktor kondisi tertentu dalam jangka masa terntentu?😉

Tidak perlulah nak mengomel panjang tentang segala rukun nikah sebab rasanya pasti sudah ramai yang sudah cakna akan perkara ini. Lebih-lebih lagi bagi yang telah menghadiri kursus perkahwinan yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam dan bakal menjadi “raja sehari” tidak lama lagi.

Sinonim dengan masyarakat Melayu di bumi Malaysia ini adalah orang Islam. Bahkan terkadang akan terpacul jua sentimen bila mana wujudnya seorang non-muslim divert kepada muslim akan digelar masuk MELAYU berbanding daripada memeluk agama Islam. Itulah budaya dan gaya hidup di sini. Ada baiknya dan ada buruknya. Terpulanglah kepada penilaian dan interpretasi individu dalam menilai perkara seperti ini.

Asimilasi adat Melayu dan Syariat Islam begitu menebal sekali dalam kehidupan di sini. Bahkan seperti yang kit dapat lihat dalam majlis perkahwinan pada hari ini begitu jelas ketara hal ini. Ada yang mengukur tentang gahnya dan berjayanya majlis perkahwinan individu tertentu dengan beberapa criteria yang hanya dilihat dengan kacamata materialistic semata dengan mengukur:

-Berapakah Jumalah khemah yang dipasang?
-Berapakah sepersalinan pasangan pengantin sepanjang perkahwinan?
-Berapa lamakah majlis perkahwinan dan persandingan diadakan, sehari? 2 Hari? 3 Hari?
-Berapa “grandkah” pelamin dan upah jurugambar yang dikenakan?

Biasanya perkara seperti ini akan timbul dalam cara hidup masayrakat bandar yang membangun yang mana tidak berdepan dengan masalah kewangan dalam menjayakan walimah ‘urs.

Pelbagai lagilah stigma dan kayu ukur dan tanda aras yang akan digunakan dalam menilai hal seperti ini.. Namun dalam masa yang sama masih ada bahkan semakin banyak pasangan pengantin yang hanya mengadakan majlis mereka hanya ala kadar atau sahaja, tidak terlalu mahal atau menunjuk hanya menurut sekadar kemampuan individu itu sahaja. Ya benar mungkin pada kanta mata kita yang selama ini telah dikaburi dengan materialstik semata sebagai kayu ukur mungkin nampak agak janggal. Lazimnya mereka yang mana keluarganya dan pengantinnya yang berpegang kepada ajaran Islam yang kuat seperti di kebanyakannya di sebelah Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu akan wujudnya situasi seperti ini.

Tiada perkaitan dengan artikel ini. pengorbanan seorang teman menziarahi hari perkahwinan temannya walaupun perlu menempuh perjalanan yang panjang (mungkin dalam usaha untuk mendapatkan berkat :D)

PERSOALAN? Yang manakah yang benar pada kaca mata Adat Melayu? Yang manakah tepat menurut sisi pandang Syariat Islam? Seharusnya adalah dengan meletakkan Islam sebagai “The Way of Life” adalah yang terbaik, sebab Islam adah penyelamat yang hakiki dan abadi jika dibandingkan dengan Adat Melayu yang hanya terkenal di bumi Malaysia, tidak di tempat lain.

Memetik daripada nukilan Dr. Yusuf al-Qardhawi dalam kitabnya “Halal dan Haram”

Pada Hakikatnya Segala Sesuatu adalah Mubah (Harus)
Rangka berfikir yang diterapkan oleh Islam ialah pada hakikatnya segala sesuatu yang dicipta oleh Allah itu adalah halal dan tidak menjadi haram hinggalah ada nas pasti daripada Syar’I (Allah swt) yang mengharamkannya.

Sepotong hadith menyatakan:

“Apa sahaja yang dihalalkan Allah swt di dalam kitabNya dia adalah halal, dan apa sahaja yang diharamkan adalah haram. Dan apa sahaja yang tidak disebutkan  oleh Allah swt maka dia adalah ampunan, terimalah ampunan Allah swt kerana Allah swt tidak melupakan apa pun.”

(riwayat Tarmidizi dan Ibn Majah)

Penulisan ini bukanlah hendak menyalahkan atau menghukum mana-mana pihak, tapi sebgai manusia yang dikurniakan akal fikiran yang waras nilailah dengan sempurna agar kita tidak terus selamanya berada dalam dimensi dunia yang hanya memandang kepada harta benda, nama, populariti semata.

Bahkan berdasarkan kepada statistic dan fenomena yang berlaku pada hari ini, kebanyakan kes pergolakan bahkan ada yang terjerumus kepada penceraian adalah bilamana rumah tangga dan bermula daripada walimah ‘urs yang dijalankan adalah berpaksi kepada materialistic semata. Dalam masa yang sama ramai yang mereka sekadar melangsungkan majlis ecara ala kadar tetapi penuh barakah berjaya kekal hingga ke syurga Inysa allah.

Berbalik kepada walimah ‘urs yang dijalankan perlu dinilai kepada apakah matlamat asal perkara ini? Walimah  adalah berkumpul dan ‘urs adalah pernikahan, jadi walimatul ‘urs adalah kenduri yang diselenggarakan dengan tujuan menyebarkan berita tentang telah terjadinya suatu pernikahan agar diketahui umum, sehingga terhindar dari fitnah.

Jumhur ulama berpendapat bahwa hukum walimatul ‘urs adalah sunnah, walaupun ada sebagian ulama Syafi’iyah yang mewajibkannya, berdasarkan perintah Nabi SAW kepada Abdur Rahman bin Auf : Selenggarakanlah walimah, meskipun hanya dengan seekor kambing.

Para ulama salaf berbeda pendapat mengenai waktu penyelenggaraan walimah tersebut. Ada yang berpendapat diselenggarakan pada waktu aqad nikah (bersamaan), dan ada juga pendapat setelah melakukan hubungan biologi.

Namun yang terpenting dari semuanya itu adalah substansi dari walimatul ‘urs tersebut. Perlunya menyebarkan berita gembira kepada masyarakat atas terjadinya suatu pernikahan, dan dalam mengadakan walimahan itu, syariat Islam mengajarkan tidak perlu memaksakan diri diluar kemampuan yang ada.

Tidak perlulah kepada pembaziran yang melampau sehingga berlebihan, cukuplah sekadar secara sederhana berdasarkan kepada penilaian dan kemampuan seseorang individu itu.

إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُواْ إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورً

“Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-mara syaitan-syaitan dan adalah syaitan itu sangat mengengkari akan Tuhanya”

(al-Isra’: 27)

Seseorang pernah melontarkana persoalan kepada Ustaz Azhar Idrus (UAI)

“Salam, Ustaz apakah hukumnya menabur beras pada penganti?”

UAI menjawab : “Boleh jika sekirnaya yang berkahwin itu adalah ayam”

 

Nampak sempoi dan bersahaja kan jenaka ustaz Azhari Idrus? Tetapi penuh dengan pengisian jika di lihat pada sisi pandang yang berbeda. Begitu jualah dalam pelbagai hal lain, terkadang kita akan melihat akan adanya majlis karaoke bahkan suatu masa dahulu di tempat tertentu pasti akan diadakan tarian joget lambak dalam sesebuah majlis perkahwinan. Perkara seperti ini sewajarnya di elakkan dalam kehidupan seorang Muslim. YA mungkin benar agak sukar untuk memisahkan adat ini daripada walimah ‘urs tetapi inilah yang perlu dilakukan agar kejahilan tidak terus menyelubungi diri kita. Gunakan segala ruang dan peluang yang ada untuk terus menimba ilmu khususnya ilmu agama agar kehidupan kita adalah jelas berpaksikan kepada syariat yang seiringan dengan adat  (maaf jika ada yang terasa)

Namun perkara ini bukanlah perkara yang mudah untuk dilaksanakan. Alhamdulillah jika pihak pengantin dan keluarga memahami dan berpegang kukh lagi butuh kepada syariat Islam. Namun terkadang ada jua yang yanga pengantinnya bersetuju untuk berpegang butuh kepada adat tetapi pihak keluarganya pula menenatang dan begitu jualah sebaliknya. Bahkan ada yang pihak keluarga dan pengantinnya hanya mengikut adat semata (wal’iazubillah). Berbincanglah dengan baik dengan ahli keluarga dalam menyelesaikan perkara seperti ini agar Syariat Islam terpelihara, hubungan ikatan kekeluargaan terus terjalin mesra. ^_^

Sebelum mengakhiri entri pada kali ini. Saya sisipkan pengalaman seorang teman saya dalam melangsungkan walimah ‘urs.

Pada mulanya, kedua-dua belah pihak bersetuju untuk tidak mengadakan  persandingan semasa walimah ‘urs. Alhamdulillah berpegang kepada Syariat yang sempurna. Namun lain yang dikata, lain pula yang dilaksana.  Ketika pihak lelaki bertandang ke rumah pengantin perempuan untuk walimah ‘urs bersama pihak keluarga membawa bersama si Ibu manakala si ayah tidak dapat ikut serta atas sebab keuzuran. Ketika sahaja pihak keluarga lelaki bertandang tiba di rumah pengantin perempuan, alangkah sebak dan kelu lidah lebih-lebih lagi si Ibu bila mana telah tersergam indah pelamin bagi menyambut mempelai yang baru sahaja diijabqabulkan. Alangkah sedihnya si Ibu, terus mengalirkan air mata tanda sebak melihat apa yang sedang berlaku. Lidahnya sepi 1000 bahasa untuk menutur kata beberapa ketika, pengantin lelaki pula serba salah tersepit dalam keadaan berbeza. Manakala adik-beradik pengantin lelaki jua turut hilang kata. Terus bercucuran air mata si Ibu, jika diikutkan hati mahu sahaja ia lari meninggalkan majlis tersebut namun ditahan jua hasratnya bila memikirkan hal si anak. Akhirnya si Ibu cuba untuk tampak ceria ketika berada di majlis itu. Setelah segalanya selesai, pihak isteri dan sekelurag meminta maaf sangat atas apa yang berlaku. Begitu jua dengan anak lelakinya. Akhirnya si Ibu itu memaafkan mereka dan meredhai mereka dan Alhmadulillah mereka kekal bahagia hingga ke hari ini.’

Jadi, kita pula bagaiamana? Renungkan dan fikikrkanlah..🙂

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on June 5, 2012, in ~Coretan~. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: