Jangan Jadi Mangsa..

Saban hari kita akan mendengar atau terdengar tentang kes kecurian yang berlaku di sekeliling kita. Tidak kira sama ada kita melihatnya daripada dada akhbar tempatan mahu pun tidak, atau yang lebih dekat lagi dalam masyarakat sekeliling kita. Pelbagai faktor dan sebab akan dapat diterokai atas sebab mengapa PENCURi mahu mencuri dan pelbagai alasan jualah kenapa menjadi orang yang DICURI atau magsa keadaan

Focus lebih diberikan pada kali sedutan kali ini adalah kes kecurian yang berlaku dalam kalangan masyarakat campus sama ada di IPT, lebih specific lagi adalah di Bumi Hijau Campus UPM Serdang.

Ada sahaja kes yang kedengaran sama ada melibatkan students, staff atau pun orang awam sendiri. Tidak kira sama ada sama ada awal semester, pertengahan, mahupun akhir semester. Lazimnya, bilangan kes kecurian akan meningkat bila mana tiba pada hujung-hujung semester. Ada yang beranggapan penghujung semester ini ramai students yang “kering” sebab duit sudah habis. Macam-macam lagi la jawapan yang akan timbul jika kita sibuk mencari alasan untuk menyalahkan orang lain.

Apa yang lebih ditekankan di sini adalah bukankah?

‘MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT’

PREVENTATION IS BETTER THAN CURE

Di sini saya hanya mencadangkan sahaja beberapa peringatan yang mungkin dapat dikongsi bersama supaya dapat dikongsi (bukan nak budget pandai, tapi tetibe tergerak nak berkongsi, tak salah kan?🙂 )

Sebagai langkah mencegah :

–          Pastikanlah segala barang berharga anda berada dalam keadaan selamat

–          Elakkan daripada meninggalkan bilik anda daripada tanpa dikunci, lebih-lebih jika untuk tempoh masa yang lama

–          Jika memiliki notebook, adalah lebih baik simpan di dalam laci atau kawasan tertutup jika anda meninggalkan bilik

–          Jika tidak, silalah ‘lock’ notebook anda dengan ‘lock’ yang sesuai

–          Sila pastikan handphone, iphone, segala bentuk gadget anda dalam keadaan selamat dan tidak lupa di mana anda meletakkannya

–          Berhati-hatilah dengan wallet atau dompet, handphone anda apabila berada di kawasan awam, lebih-lebih lagi bila bersesak-sesak jika menaiki bus

–          Bagi pengguna motosikal dan kereta, amalkan la kunci pendua jika parking di sesuatu tempat, lebih-lebih lagi motor yang panas2 dan Parking di kawasan-kawasan “HOT” (eg : Yamaha 125, Yamaha 135LC, Yamaha Lagenda, Yamaha 150FZ, Honda EX5)

–          Jika di kolej kediaman, rajin-rajinlah berkenal-kenal dan bertegur dengan jiran sebelah tu, so dapatlah diorang tolong tengokkan bilik kita jika kita tiada di bilik.

–          Jika seorang yang tidak di kenali datang ke kawasan bilik anda, maka tegurlah lebih-lebih jika dilihat mereka agak mencurigakan (Sebab tu penting point kat atas tadi, bila ada semangat kekitaan di kolej, kan senang🙂 )

–          Jika anda study di libray pula dan membawa notebook bersama, lebih baik ‘lock’ notebook anda lebih-lebih jika anda meninggalkan meja anda untuk mencari buku atau ke tandas atau solat walaupun SEKEJAP.

–          (banyak lagi pesanan yang lain kalian sedia maklum, jadi teruskanlah langkah berwaspada)

Sedikit statistic ringkas dinyatakan di sini, menurut Bahagaian Keselamatan UPM, berdasarkan statitstic yang direkodkan kepada pihaknya, sepanjang tahun ini kes kehilangan motorsikal di kalangan students adalah berada di tahap terkawal, tidak mencapai 5 kes bagi 5 bulan pertama 2012. Tahniah BKUUPM.🙂

Jadinya, janganlah buka ruang dan peluang kepada diri sendiri menjadi mangsa kecurian atau kehilangan. Selepas kita berusaha yang tebaik untuk menjaga dan memastikan segala barang milik kita berada dalam keadaan selamat, maka bertawakkallah dan berserahlah kepada tuhan. Bagi yang muslim bertawakallah kepada Allah swt.

Definisi tawakal menurut kacamata ulama tersohor dunia, Prof Dr Yusuf Al-Qardawi pula ialah, apabila seorang manusia menyusun dan mengatur persiapan, persediaan, strategi dan daya usaha. Kemudian dia menyerahkan hasilnya kepada Allah.

Allah swt berfirman dalam al-Quran:

فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ

 “…Apabila kamu telah berazam, maka bertawakkallah kepada Allah swt.”

(Surah ali-‘Imran:159)

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi.

Bahawa pada zaman Nabi Muhammad SAW dulu, ada seorang Arab Badawi yang datang ke masjid dan meninggalkan untanya tanpa diikat. Kemudian dia terus masuk ke masjid dan menganggap tindakannya itu sebagai tawakal kepada Allah.


Rasulullah yang melihat kejadian berkenaan segera datang kepadanya dan bersabda: “Ikatlah unta itu dan bertawakallah kepada Allah.”

Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on May 22, 2012, in ~Coretan~. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: