~S.A.H.A.B.A.T~

Tiada perbatasan dan sempadan dalam kemahuan kita untuk bersahabat dengan sesiapa jua. Ada di kalangan kita yang lebih selesa untuk bersahabat dengan mereka yang memiliki titik persamaan dalam bahasa, budaya, agama dan apa sahaja dan begitulah sebaliknya.

Lebih-lebih lagi dalam konteks kehidupan kita di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai latar bahasa, bangsa dan agama sewajarnya tidak menjadikan ia sebagai batu penghalang dalam kita menjalin tali persahabatan dengan yang lain.

Rasulallah SAW sendiri mengamalkan keterbukaan dalam bersahabat sama ada kepada yang berbeza bangsa, warna kulit, bahkan ada yang Rasulallah SAW sendiri bersahabat dengan yang bukan Islam dan hidup aman harmoni bersama mereka selagi mana mereka tidak menentang ajaran Islam. Sejarah membuktikan munculnya sahabat-sahabat Nabi seperti Salman yang berbangsa Parsi, Bilal yang berbangsa Habsyi dan Syuaib yang berbangsa Rom. Demikianlah Islam tidak pernah memandang perbezaan darah dan warna kulit sebagai satu isu yang penting.

Allah swt telah berfirman dalam al-Quran :

“Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan lain).   Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih berketurunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).”

(al- Hujuraat:13)

Imam al-Ghazali rahimallah telah menggariskan 12 sifat sahabat sejati :

– Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.

– Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.

– Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.

– Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.

– Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.

– Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.

– Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.

– Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.

– Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).

– Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.

– Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.

– Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Kita lihat ada ke tak sifat seperti ini pada sahabt-sahabat kita?

KEJAP!! Jangan hendak menyalahkan dan menuding jari pada orang lain. Adalah lebih BAGUS jika cuba kita renung-renungkan ada ke tak sifat seperti yang dinyatakan oleh Imam al-Ghazali dalam diri kita?

Renung-renungkan & Selamat beramal .. ^_^

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on May 19, 2012, in ~Coretan~. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: