Sedikit, namun Mencukupi

Terdapat beberapa siri peperangan yang kita sedia maklum dan diketahui oleh kebanyakan kita. Antara peperangan awal yang berlaku setelah Nabi SAW berhijrah ke Madinah adalah Peperangan Khandak atau lebih dikenali dengan peperangan parit.

Dalam setiap siri peprangan, telah melakar kisah yang tersendiri yang dapat memberi pengajaran dan mafaat kepada kita semua.

Dalam sirah Ibnu Hisham diriwayatkan bahawa semasa Nabi SAW dan kaum  muslimin menggali parit telah terjadilah 4 peristiwa yang menghairankan kaum muslimin ketika itu iaitu

–          Batu besar yang tidak dapat diangkat

–          Buah kurma yang sedikit menjadi banyak

–          Makanan sedikit menjadi banyak

–          Batu mengeluarkan cahaya

Namun, dalam penulisan kali ini adalah lebih memfokuskan kepada keadaan yang ke-3, iaitu “Makanan sedikit menjadi banyak”

Idea menggali tanah untuk dijadikan parit ini timbul setelah diadakan perbincangan bersama dengan para sahabat selepas dicadangkan oleh Salman al-Farisi, berdasarkan kepada pengalamannya ketika berada di Parsi dahulu.

Keadaan Nabi SAW bersama umat Islam ketika itu amat menyedihkan. Bayangkan, baginda SAW bersama para sahabat telah mengikat perut masing-masing dengan seketul batu dek kerna menahan lapar! Sudah 3 hari mereka tidak menjamah makanan walaupun sedikit.

Melihat kepada keadaan ini, seorang sahabat Nabi SAW, Jabir r.a. telah meminta izin kepada baginda SAW untuk pulang bagi mencari sesuatu yang boleh dimakan bagi menghilangkan penderitaan lapar mereka.

Setibanya sahaja dia di rumah, dia berkata kepada isterinya:

“Aku telah melihat sesuatu yang meyedihkan pada diri Rasulallah SAW iaitu aku melihat pada perut baginda SAW diikat dengan batu dek kerna menahan keadaan yang teramat lapar. Adakah engkau mempunyai sesuat yang boleh di makan?”

Isterinya menjawab:

“Kita memiliki secupak gandum dan seekor kambing betina yang kecil.”

Lantas Jabir r.a. menyembelih kambing tersebut sementara isterinya menguli gandum. Daging itu kemudiannya di masak dalam periuk. Setelah makanan yang dimasak oleh isterinya hampir selesai, Jabir r.a. kembali kepada Rasulallah SAW.

Dia berkata kepada Nabi SAW:

“Aku mempunyai sedikit makanan untuk tuan nikmati, tetapi ianya hanya cukup untuk beberapa orang sahaja. Maka, aku memohon kepada tuan agar memilih sekumpulan kecil (3-10 orang sahaja) sahabat untuk menyertai bersama.”

Baginda SAW bertanya:

“Berapa banyakkah ia?”

Jabir r.a. seperti apa yang ada pada dirinya iaitu seekor kambing yang kecil dengan gandum yang hanya dapat dirasai oleh sekumpulan kecil orang sahaja.

Baginda SAW bersabda:

“Itu sudah cukup banyak. Khabarkan kepada isterimu bahawa jangan diangkat terlebih dahulu periuk itu, dan jangan juga diambil roti daripada dapur sehingga aku sampai nanti.”

Kemudian Nabi SAW membuat pengumuman:

“Wahai sekalian Ansar & Muhajirin! Bangunlah kalian yang semua terlibat dalam usaha untuk menggali parit. Seseorang daripada kalangan kamu telah menjemput kita ke rumahnya untuk menikmati hidangan makanan.”

Jabir r.a. segera pulang lalu mengkhabarkan kepada isterinya apa yang berlaku:

“MASYA ALLAH! Ini suatu ujian! Nabis SAW telah menjemput semua sahabat yang terlibat dalam menggali parit sama ada daripada Muhajiran mahu pun Ansar. Semua akan datang bersama-sama Baginda untuk menikmati hidangan yang sedikit ini!”

Isetri Jabir r.a. dalam keadaan panic lagi kaget:

“Adakah Baginda SAW bertanyakan berapa banyaknya makanan ini nanti?”

Jabir menjawab:

“Ya”

Sejurus kemudian Nabi SAW tiba dan mengarahkan kepada mereka:

“Masuklah kalian dan janganlah kalian merasa bimbang.”

Sebaik sahaja masuk ke dalam rumah Jabir r.a., Rasulallah SAW terus menuju ke dapur. Baginda meludah ke dalam doh gandum dan ke dalam periuk yang berisi kambing sambil mendoakan keberkatan makanan tersebut.”

Lantas Rasulallah SAW memberi arahan yang mudah:

“Panggilah orang di kalangan kamu yang boleh membantu kamu membakar roti dan senduklah masakan daging kambing daripada periuk ini namun jangan diangkat periuk ini.”

Alhamdulillah, dengan keberkatan serta izin daripada Allah SWT semua sahabat yang berpenat lelah dalam usaha menggali parit dapat makan dengan kenyang sehingga bersurai. Namun masih ada lagi 1 perkara aneh yang berlaku. Menurut Jabir r.a., adunan gandum dan masakan kambing itu seolah-olah tidak terusik, kekal jumlahnya walaupun kesemua sahabat yang hadir pada ketika itu dianggarkan 1 000 orang sudah pulang kekenyangan.

Inilah antara mukjizat yang ada pada diri Nabi SAW.

Bagaimana pula dengan kita??

Jom secara ringkas kita telusuri akhlak mulia yang ada pada seorang Nabi SAW kepada sahabatnya dan dalam masa yang sama merupakan seorang Pemimpin Negara dan  jua merupakan manusia agung

–          Baginda SAW bersama dengan para sahabatnya bersusah payah, mengerah tenaga dan mengikat perut dalam menghadapi kesukaran bersama para sahabat. Baginda sendiri terlibat secara langsung dan tidak membezakan strata Baginda SAW dengan yang lain

–          Baginda mengajak sahabt yang lain untuk menikmati juadah makanan bersama baginda SAW di rumah Jabir r.a. walaupun jumlahnya sedikit. (BENAR pada diri Nabi SAW terdapat mukjizat) tapi lihatlah kepada sifat Nabi SAW jua sebagai manusia biasa. Baginda SAW tidak mementingkan diri sendiri walaupun ketika itu Baginda SAW adalah seorang pemimpin dan PESURUH ALLLAH swt malahan mengajak mereka semua untuk makan bersama.

Refleksi kepada diri kita. Adakah kita punyai sifat seperti itu sanggup untuk menghadapi susah senanag bersama sahabat sekeliling kita walaupun berkemungkinan kita memiliki jawatan tertentu. Adakah kita sentiasa mengingati sahabat disekeliling kita bila mana kita telah dapat meloloskan diri keluar daripada kepompong masalah hanya kerana kelebihan kita sebgai yang berkepentingan atau jawatan. Muhasabah untuk diri yang sering alpa terlena ini..🙂

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on May 14, 2012, in Tinta kehidupan. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: