Di Jendela itu..

Teratak Usang ini menyimpan 1001 memori dan kenangan yang sukar dilafazkan dengan lidah hakikatnya

Di penjuru Teratak Usang itu aku meruap jendela dengan seluasnya

Menghadapkan wajah dan susuk tubuhku ke alam yang luas terbentang

Angin sepoi bahasa begitu indah terasa

Kicauan burung menyanyi riang begitu riang ria

Padi nan menghijau bagaikan mempersembahkan irama  tarian bila terus di pukul angin yang tiba

Gumpalan awan yang berarak perlahan di kaki langit membuat aku terleka seketika

Beberapa ketika aku membiarkan kotak fikiran ku melayang  jauh entah ke mana

Lama aku berteleku bersendirian terus melayan jiwa dan perasaan seketika

 

Satu per satu masalah dan ujian yang terukir dalam diari hidupku di imbas semula

Terkadang ujian itu dapat aku hadapi dan selesaikan dengan hati yang terbuka

Terkadang ujian itu aku temui jalan keluar setelah buntu beberapa ketika

Terkadang ujian itu tidak aku jumpa penawarnya walaupun telah merana bertahun lamanya

Walau setelah puas jiwa aku meronta, menitiskan air mata namun penyelesaian masih belum ku jumpa

 

Terkadang aku meluah rasa kepada orang tua kerana mereka lebih mengetahui hal akan diriku

Terkadang aku berkongsi cerita dengan rakan taulan tentang apa yang melanda

Tapi aku lebih suka untuk tidak bercerita tentang apa yang telah menimpa

Serta tidak pernah lupa untuk aku mengadu dan memohon kepadaNya

Entah mengapa lidah ini begitu berat untuk membuka bicara menutur kata mengatakan apa yang telah direncana

Namun aku suka mendengar masalah daripada yang lain bila ada sahaja yang ingin berkongsi cerita

Bila aku merenung dan memikirkan orang yang lain turut merasa permasalahan dan ujian yang menimpa mereka

Kerana hidup ini tidak pernah lekang daripada masalah yang acap kali akan menduga kita

Inilah KEHIDUPAN yang kita semua tempuh bersama

Bukan mudah untuk memotivasikan diri bila pelbagai ujian yang menduga

Bukan mduah untuk menguatkan hati dan diri bila ujian itu datang tanpa di sangka-sangka

Bukan mudah untuk mengorak langkah ke hadapan bila sudah mula hilang tenaga

Bukan mudah untuk untuk terima bila melihat air mata bercucuran daripada orang tua mengenang masalah yang menimpanya

Bukan mudah untuk terima bila melihat orang yang disayang dalam keadaan menderita

Itulah hakikat yang telah berlaku dalam kehidupan setiap masa

Mengadu dengan Tuhan untuk meminta pertolongan

Agar aku tidak hilang punca di pertegahan jalan

Kerana segalanya adalah ketentuan dari Tuhan

Kerana segala yang menimpa bukanlah sekadar ujian dan dugaan

Tapi disebaliknya menyimpan 1001 rahsia yang tersimpan

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya…” Tuhan berfirman (al-Baqarah : 256)

Segala bentuk ujian dan cabaran, ujian, bebanan, dugaan dan segalanya adalah dibawah kekuasaanNya

Mungkin ujian itu begitu mudah untuk aku selesaikan

Mungkin ujian itu terlalu sukar untuk aku ungkapkan

Ada yang dapat ke temui jalan keluar daripada permasalahan

Ada yang terus menjadi misteri dalam kehidupan dek tiada penyelesaian yang ditemui

Namun aku tetap percaya skrip hidupku telah tertulis dengan begitu indah sekali oleh Tuhan

Membuatkan aku tidak pernah untuk terus putus harapan

Kerana ujian itulah yang akan mematangkan dan mendewasakan

Kerana ujian itulah yang akan mewarnai diari kehidupan

Kerana ujian inilah yang terus akan mengisi pengalaman melayari kehidupan

Namun apa yang paling penting sekali adalah

Sesungguhnya Aku tidak pernah berseorangan

KERANA TUHAN ITU SENTIASA BERSAMA AKU

Begitu jua dengan mereka yang lain..

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on May 6, 2012, in ~Coretan~. Bookmark the permalink. 1 Comment.

  1. berat mata memandang,berat lg bahu yg memikul bebanan…tiada anugerah yg lebih baik melainkan memperolehi sifat sabar, HR Bukhari & Muslim

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: