Sekadar Renungan

Al-Quran yang merupakan panduan asas utama dalam menjadi kompas cara hidup seorang muslim telah melakarkan pelbagai ajaran & syari’at yang dapat kita amalkan dalam merencanai kehidupan seharian.

Firman Allah swt yang bermaksud :

“Dan sembahlah Allah, jangan kamu sekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun. Dan dengan kedua orang tua (kamu) hendaklah berbuat baik.”

(An-Nisa: 36)

Dalam ayat yang lain lagi, Allah swt telah berfirman yang bermaksud :

“Dan Tuhanmu telah memutuskan (memerintahkan), bahawa janganlah kamu menyembah melainkan kepada-Nya (sahaja). Dan dengan kedua orang tua (kamu) hendaklah berbuat baik. “

(al-Isra’: 23)

Kemudian tegas Allah di dalam al-Quran lagi:

“Dan Tuhanmu telah memutuskan (memerintahkan), bahawa janganlah kamu menyembah melainkan kepada-Nya (sahaja). Dan dengan kedua orang tua (kamu) hendaklah berbuat baik.”

(Al-Isra’: 23)

Jelas nyata telah ditunjukkan dalam al-Quran bahawa adalah amat wajib kepada setiap orang Muslim untuk berbuat baik kepada ibu bapa. Namun amat mendukacitakan, masyarakat orang Islam khusunya Bangsa kita Melayu mengabaikan perkara ini. Adakah kita sendiri termasuk dalam golongan ini? Wal’iazubillah

Abu Hurairah radhiallahu ‘anh berkata:

Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan bertanya: “Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ayah kamu.”

(Riwayat Bukhari)

Seorang sahabat bernama Jahimah radhiallahu ‘anh datang menemui Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam meminta pandangan baginda untuk dia ikut serta dalam ekspedisi Jihad.

“Dan Tuhanmu telah memutuskan (memerintahkan), bahawa janganlah kamu menyembah melainkan kepada-Nya (sahaja). Dan dengan kedua orang tua (kamu) hendaklah berbuat baik. “

(al-Isra’: 23)


Sewajarnya perkara ini perlu di ambil berat oleh segenap lapisan masyarakat kita. Namun, malangnya dalam arus komedanan masa kini perkara ini dipandang enteng oleh sebahagian kita. Bahkan ada yang sanggup membuang ibu bapa mereka sama ada di jalanan mahu pun di letakkan mereka di rumah orang tua atas alasan ketiadaan kesempatan untuk menjaga mereka?

Inilah baka yang terhasil daripada pendidikan yang tidak sempurna yang telah secara sedar atau pun tidak saban hari kompas hidup kita adalah semakin jauh daripada syariat Islam. Maka, lahirlah masyarakat yang bermasalah akhlak dan etika dalam pergaulan kehidupan seharian mereka.

Indahnya pepatah menyebut, rakyat memilih pemerintah, pemerintah pula menegakkan agama.

Rakyat akan mengikut agama pemerintah dan kerajaan pada lazimnya. Bagaimana mungkin lahir bayangan yang lurus elok jika datang dari kayu yang bengkok?

Cuba kita renungkan bagaimana keadaan anak cucu kita pada masa akan datang jika sampai tahap beginilah tahap kerosakan akhlak yang semakikn meruncing saban hari?

Terkini daripada statisktik yang dicatatkan oleh MALAYSIA tanah tumpah darahku, statistic menunjukkan setiap 4 jam berlakunya keh penceraian dalam perkahwinan, setiap 3 minit pula lahirnya anak zina, setiap 15 minit pula berlakunya masalah perkosa.. ini adalah dalam bentuk MINIT. Cuba bayangkan dalam masa sehari, seminggu, sebulan, setahun. Berapakah angkanya??

Ini berlaku dengan tanpa kita sedar. Bahkan kita MENGAKU kita adalah kita adalah negara ISLAM? Tapi apakah ini yang dimaksudkan dengan negara ISLAM?

Kita lihat pada hari ini berapa ramai yang telah mengabaikan ketetapan dan syariat Islam dalam kehidupan? ISLAM yang ada pada masyarakat sekeliling kita pada hari ini adalah tidak lebih daripada ISLAM pada nama & bangsa. Bagaimana pula dengan diri kita sekalian? Cuba kita koreksi & renungi hidup kita.

Ulama’ telah mengklasifikan bahawan tahap keimana manusia terbahagi kepada 3 :

–          IMAN YANG SENTIASA MENINGKAT : Iman para nabi dan rasul. Iman mereka begitu utuh dalam menghadapi hari-hari mendatang

 

–          IMAN PARA MALAIKAT : Tidak pernah bertambah & tidak pernah berkurang. Selama-lamanya malaikat akan kekal patuh kepada perintah ALLAH swt, yang menjaga malam dan siang, yang terus ruku’, sujud, bertasbih dan slain-lain

 

–          IMAN YANG BERTAMBAH & BERKURANG . Itulah iman kita sebagai manusia biasa. Yang tidak dinafikan bahawa saban hari iman kita tidak ubah seperti pola kehidupan. Ada kalanya meninggi sehingga terasa dekat kepadanya , ada kalanya sangat jauh daripada ALLAH.

Manusia merupakan sebaik-baik makhluk. Ini hanya akan tercapai bila mana manusi itu benar-benar bertamadun, maju dalam aspek sahsiah dan akhlak tanpa mengenepikan kemajuan dan pencapaian dalam kehidupan duniawi.

Dalam surah at-Tin,ALLA swt berfirman :

“Sesugguhnya Kami telah jadikan manusia itu dengan sebaik-baik  kejadian. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (dalam neraka), kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, maka bagi mereka pahala yang tidak putus-putus.”


(at-Tin : 4-6)

Dalam ayat ini, pada mulanya Allah swt telah memuji manusia dengan sebaik-baik kejadian. Benar tidak dapat tidak kita nafikan bahawa secara fizikal dan mental kita adalah sebaik-baik makhluk di atas muka bumi ini. Namun janganlha kita berasa bangga dengan pujian yang Allah swt berikan kepada kita. Kemudian Allah swt sendiri menempelak manusia itu dgn firmannya “Kemudian Kami kembalikan mereka ke tempat yang serendah-rendahnya.”

Dalam tafsir fi zilal quran karangan sayid Qutub, bahawa dalam hal ini, binatang adalah lebih tinggi dan mulia daripada manusia kerana mereka menepati fitrahnya dan nalurinya diilhamkan untuk bertasbih kepada tuhannya, sehinggalah setiap detik tingkah lakunya adalah berdasarkan petunjuk daripada Allah swt.  Tetapi MANUSIA yang telah dijadikan dengan sebaik-baik kejadian pula mengingkari tuhannya dan jatuh hawa nafsunya ke tempat yang serendah-rendahnya iaitu dalam neraka .

Dalam firman Allah swt dalam surah al-‘Araf ayat 179

“Dan sungguh kami aka nisi neraka jahannam banyak dari kalangannya adalah manusia dan jin. Mereka memiliki hati tapi tidak memahami (ayat-ayat Allah), mereka mempunyai mata tapi tidak melihat tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan Allah, dan mereka mempunyai telinga tapi tidak mendegar ayat-ayat allah. Mereka itu adalah seperti binatang ternakan, bahkan lebih sesat daripada itu, mereka itulah orang-orang yang berlengah.” 

 (al-‘Araf : 179)

Perumpaan bagi manusia yang terlalu mengejar kepada kekayaan dunia adalah tidak ubah seperti seekor anjing, diberi habuan pun jelir lidah, tidak diberi habuan pun jelir lidah. Adakah ini masih lagi menjadi buruan dan impian manusia??

Allah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud :

“Jagalah diri kamu kamu dan ahli keluarga kamu daripada ahli neraka”

Namun apakah tindakan kita pada hari ini? Bagaimanakah dengan keadaan anak isteri kita di rumah? Bagaimana pula dengan kaum keluarga kita yang lain? Apakah hanya kita sahaja yang pergi ke masjid sedangkan isteri kita di rumah masih lagi terdedah auratnya? Apakah hanya kita sahaja yang solat jemaah di masjid sedangkan anak-anak kita di rumah selalu sahaja mengabaikan solat?

Perhatikanlah keadaan sekeliling kita? Adakah kita terlalu dayus unutk mengabaikan segala-gala ini disekeliling kita?

Dalam sepotong hadis rasulallah menyebut daripada Abu Sa’id al-Khudri :

“Barangsiapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya, jika tidak mampu hendaklah dia mengubahnya dengan kata-katanya, jika tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan hati itulah selemah-lemah iman”

(Sohih Muslim)

Kita sebagai ketua keluarga di sini berkuasa ke atas keluarga kita. Adakah kita sanggup mengabaikan tugas kita kepada anak isteri untuk mencegah daripada kemungkaran??

Jangan dijadikan telah mencegah dengan hati yang mana adalah selemah-lemah iman. Sebahagian ulama membahaskan yang diamskudkan dengan selemah iman adalah sebagai contoh mudah, kita melihat seorang sahabat kita yang sedang melintas jalan dan dia akan dilanggar oleh kenderaan di tengah jalan tapi kit tidak dapat berbuat apa2 kerana tangan kita diikat. Kita hanya dapat melihat sahaja. Adakah sampai tahap itu di rumah kita?

Sedarlah dan ambillah tindakan sebelum segalanya terlambat..

Janganlah bertangguh lagi.

Semoga kita tidak menyesal dengan kesilapan kita pada hari ini bak ungkapan Saidina ‘Ali karamallah :

“Hari ini (dunia) adalah hari melakukan amalan tanpa balasan, Hari Esok (Akhirat) adalah hari menimba balasan tanpa amalan”

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on April 21, 2012, in ~Coretan~. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: