Akhirnya kita tetap sama

Pilihlah segala fashion dan bentuk pakaian ketika ini.
Tapi ingatlah hanya kain putih yang bakal membaluti tubuh kita akhir nanti.

Hiaslah kamar tidur kita dengan segala hamparan kemewahan dan keselesaan ketika ini.
Tapi ingatlah hanya tanah yang bakal kita dihamparkan untuk kita kelak.


Pandulah kenderaan yang terbaik untuk memudahkan urusan kita di atas dunia.
Tapi ingatlah hanya sebuah van yang akan membawa kita pergi ke tempat yang abadi.

Isilah diri dan hati ini dengan nasihat agama dan wasiat iman ketika ini.
Bacalah, tadabbur, fahamilah al-Quran ketika ini untuk bekalan diri.

Tapi ingatlah nanti bahawa al-Quran hanya akan mampu diperdengarkan kepada kita kelak.

Solatlah sebanyak mungkin di belakang Imam pada awal waktunya pada ketika ini.
Tapi ingatlah nanti bahawa kita akan disolatkan dihadapan Imam bila tiba waktunya kelak.

Pulanglah ke kampung halaman masing-masing ketika ini.
Tapi ingatlah kelak bahawa kita semua akan menuju kampung halaman yang mengumpulkan kita semua kelak.

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on April 17, 2012, in ~Coretan~. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: