Golongan Ruwaibidhah..

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda. “Lagi akan datang kepada

manusia tahun-tahun yang tandus (kemarau panjang). Dan pada waktu itu orang yang

berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan

disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang

berpeluang bercakap hanyalah golongan “Ruwaibidhah””. Sahabat bertanya, “Apakah

Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?”. Nabi saw. menjawab, “Orang yang kerdil dan

sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai”.

(Riwayat Ibnu Majah)

Itu adalah antara sepotong hadis yang dipetik daripada 40 hadith akhir zaman.

Cuba kita bersama renungkan seketika petikan hadith ini, perhatikan intipati hadith ini..

Pasti kalian dapat rasakan “Eh, macam zaman aku la?” atau pun “Akhir zaman ke aku ini???”

Cubalah kalian timbulkan sebarang penafian untuk menidakkan perkara ini, tapi inilah sebenarnya realiti yang sedang kita bersama alami.

Mungkin benar ada yang pertikai orang yang pernah hidup 50 tahun dahulu, perkara yang sama disebut dalam hadith ini pernah berlaku. Kenapa pula nak mengaku kini pula akhir zaman?

Jawapan yang cukup mudah dan tidak perlu merunsingkan kepala. Dahulu perkara seperti ini tidaklah berlaku dengan berleluasa jika dibandingkan dengan dewasa kini. Lebih mudah lagi, jangan menunggu akhir zaman baru nak berubah sebab kita sendiri tidak pernah tahu bilakah akhir zaman ini? Yang lebih dekat pada kita BILA AKHIR ZAMAN AKU di ATAS MUKA BUMI ini??

Sedarkah kita walau pun kita merasakan bahawa dewasa kini saban hari arus kemodenan globalisasi terus mengatasi perubahan kematangan usia kita, namun dalam menulusuri detik yang sama jua inilah cabaran sebenar yang ramai di antara kita terlepas pandang dan memandang enteng pada perkara ini.

Buta mata hanya tidak dapat melihat tapi mungkin bisa untuk menilai.

Tapi buta hati sudah pasti tidak dapat menilai apatah lagi melihat walaupun matanya masih lagi mampu melihat..

Hampir segalanya adalah berlaku pada sudut pandang yang terbalik pada hari ini

PUTIH di katakan HITAM. HITAM pula di katakan PUTIH

MA’ARUF dianggap MUNGKAR. MUNGKAR pula di katakan MA’ARUF

Saya mengambil contoh mudah yang dapat kita lihat dalam kehidupan seharian kita dalam masyarakat sekeliling.

Situasi A

Seorang anak yang diberikan didikan dan asuhan agama yang cukup dari kecil lagi, di hantar oleh orang tuanya ke Sekolah Rendah Agama, kemudian ditambah pula lagi dengan didikan agama yang lebih mendalam lagi pada peringkat Sekolah Menengah untuk menjadi panduan bekalan hidupnya. Kemudian bila menjelang ke alam dewasa dan menjangkau usia sebagai seorang mahasiswa segalanya telah berubah. KALAU dahulu si wanita itu berpakaian dengan menutup auratnya seperti garis panduan dalam ketetapan syara’, tapi kini telah mula mendedahkan rambutnya, memaparkan liuk lentuk lenggok badannya. Kalau lelaki pula dahulu dengan akhlak yang mulia dan pakaian yang bagus, kini sudah mula berseluar pendek dan mengikut kontemporari dan trend masa kini la.. bila dipersoal pada orang tua, dengan selamba ada yang berkata “oh, x pe kot? Biasalah la, darah muda.. Adrenaline shock.. nanti bila dah dewasa ok la dia balik la macam dulu..”

Situasi B

Seorang anak yang selama ini pada usia kanak-kanaknya tidak mendapat didikan agama yang cukup secara formal apatah lagi tidak formal di rumah, kemudian meneruskan pula pendidikan di Sekolah Menengah biasa yang memang tiada asas agama, kemudian bila menerjah masuk ke dalam alam campus. Sedikit sebanyak sinar cahaya hidayah mula menerangi sanubarinya. Bagi wanita, sedikit demi sedikit mula memakai tudung, kemudian melabuhkan tudungnya hingga ke paras yang sepatutnya, pemakaiannya jua turut labuh sedikit demi sedikit. Bagi lelaki pula, jika dulu hanya berseluar pendek kini telah mula berseluar panjang. Ada yang dah mula belajar untuk memakai jubah dan serban. Bila diketahui oleh si orang tua, “anak aku dah masuk ajaran sesat mana ni?? Risau aku tengok anak aku. Entah-entah anak aku dah terpesong akidah bila-bila masa aje boleh kene tangkap dengan Majlis Agama Islam!” berbagai lagi la omelan dan rungutan..

Berdasarkan situasi A dan B, kita faham kan bagaimana condisi dan perihalnya?

Ini sebagai satu contoh yang mudah dan ringkas yang saya rasa dapat difahami hampir semua, dan jika kalian renungkan dan fikirkan, pasti akan lebih banyak contoh yang acap kali berlaku dalam pentas kehidupan ini yang berlaku sama seperti initipati hadith di atas.

Berapa kalikah seruan menyuruh kita :

“أَفَلَا تَعْقِلُونَ”

“Maka tidaklah kamu berfikir” .

cubalah kalian renungkan.

Sebagai contoh dalam :

(QS. Al Baqarah: 44)

(Al Qashash: 60)

Dan banyak lagi yang lain-lain jika kita membaca dan menghayati bacaan al-Quran hari demi hari.

Dalam intipati kedua dalam hadith ini yang boleh kita ambil daripada hadith ini, adalah golongan Ruwaibidhah. Sebahagian ulama membahaskan golongan Ruwaibidhah ini adalah orang yang bodoh tidak tahu malu menunjukkan kebodohannya.

Pepatah Melayu ada sebut, “Diam diam ubi berisi, diam diam besi berkarat”

Kata Ustaz Ismail Kamus pula “ Orang yang pendiam saja, seolah tampak kepandaiannya dan kecerdikannya, tapi bila membuka mulut untuk berhujah nampak sangat kebodohohannya”

Budaya masayarakat kita Melayu ini, suka kepada artis-artis. Bahkan hampir setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan ini adalah ramai yang menjadikan artis-artis sebagai role model bahkan ikon dalam kehidupan seharian mereka. Lebih ‘seronok’ segala bentuk adalah berpaksikan kepada artis. Seolah berada di Barat pula kita ini, macam mana yang berlaku di Barat, begitulah yang berlaku di Malaysia Tanah tumpah DARAHKU ini. Inilah antara hasil ketuanan Barat yang saban hari semakin bermaharajalela dalam pemikiran dan pola kehidupan masyarakat dan warga bangsa ini.

Sebagai contoh, pasti kalian teringat tentang berbangkitnya persolan hukum HUDDUD yang sentiasa saja hangat bila berkaitan dengan perundangan dan NEGARA ISLAM. Pasti boleh bayangkan dan secara samar-samar apakah komen-komen yang dipinta oleh media?

Bukankah sepatutnya ulasan adalah di pinta daripada mereka yang selayaknya?

Benar wajah-wajah mereka di atas (walaupun bergerak dalam PAS) tapi saya yakin dan percaya mereka akan bercakap dengan penuh kebenaran dan keikhlasan.

Jika  bimbang pada mereka ini, bukankah masih ada barisan ustaz yang lebih bersifat kepada ilmu agama sahaja tanpa memberati mana partisipasi parti politik seperti

Bukankah Allah swt berfirman dalam al-Quran, Surah al-Nahl, 43 yang bermaksud:

 

“Maka hendaklah kamu bertanya kepada orang-orang yang mengetahui sekiranya kamu tidak mengetahui.”

Sebagai resolusinya, anda nilai dan fikirkanlah.

Saya serah kepada untuk menilai..

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on April 12, 2012, in Tinta kehidupan. Bookmark the permalink. 2 Comments.

  1. banyaknya kadang2.. Ya Allah..Sesungguhnya akhir zaman ini penuh dengan fitnah, suluhi dan lorongilah kami d jalan yg LURUS Dan BENAR..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: