Indahnya Hidup itu…

“Ajaib sungguh urusan mu’min. sesungguhnya semua adalah baik belaka baginya. Tatkala dia beroleh kesenangan, dia bersyukur lalu ia menjadi baik untuknya. Jika ditimpa kesusahan  dia besabar lalu ia juga menjadi baik baginya.”

(Sohih Muslim)

Begitulah indah hidupnya seorang muslim. Segala yang berlaku dalam kehidupannya adalah baik dan bermanfaat belaka. Tiada yang tidak memberi kebaikan melainkan segala-gala yang direncanakan Ilahi adalah berkesan ke atas dirinya. Ketentuan qada’ dan qadar Ilahi menyingkap 1001 misteri kehidupan yang kadang kala tidak dapat dicapai dek akal dalam masa yang singkat.

Firman Allah swt yang bermaksud :

“….Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan soleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

(Surah Al-Baqarah:216)

Bertepatan dan selari dengan bicara orang lama dahulu :

“Manis jangan terus ditelan, pahit jangan terus ditelan”

Zahirnya segala yang kita rencanakan dalam hidup kita adalah setelah menimbang tara segenap aspek. Namun terkadang tidak semua perencanaan kita itu adalah benar-benar terbaik bagi kita, sebab adanya Ilahi yang terlebih dahulu menyusun atur setiap gerak langkah dalam kehidupan kita.

Mudah untuk kita menutur kata, tapi sukar untuk kita menahan rasa. Sesiapa yang pernah melaluinya sahaja yang bisa untuk merasainya. THE BEST LESSON IN OUR LIFE IS THROUGH US!!

Diselitkan di sini sebuah kisah yang mungkin menjadi sebahagian inspirasi kepada diri ini, mungkin jua dapat memberi motivasi kepada mereka yang disekeliling.

Taufiq merupakan seorang yang suka menderma dan membuat amal kebajikan dalam kehidupannya. Dia memegang konsep “dunia ini adalah tempat bercucuk tanam untuk akhirat” dan mengaplikasikan Arti Hidup Untuk Memberi. Motto ini menjadi tagline dalam hidupnya. Hal ini ternyata benar bila mana dia memang suka untuk bersedeqah dalam kehidupannya.

Berpegang kepada firman Allah swt yang bermaksud :

“Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amal kebajikan yang terus-menerus adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan”

(al-Kahfi : 46)

Dia berharap agar sifatnya yang pemurah ini dapat menjadi antara “amal kebajikan yang baik” yang dapat menjadi saham berterusan baginya selepas dia melangkah pergi suatu masa nanti.

Taufiq merupakan seorang pelajar yang pintar yang berjaya hingga menuntut ilmu di luar negara dalam bidang kejuruteraan. Dia dibiayai oleh pihak penaja kerana mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Dalam masa yang sama, dia masih lagi berpegang kepada tagline hidupnya  “amal kebajikan yang baik”. Pada masa itu, kecanggihan dunia IT dan teknologi tidaklah semoden pada hari ini. Namun, berbekalkan kelebihan yang dimiliki, Taufiq telah meng’burn’ bacaan ayat-ayat al-Quran dalam bentuk CD dan menjualnya kepada umum. Kemudian, hasil jualan yang diperolehi ini digunakan untuk disedeqahkan kepada mereka yang selayaknya. Namun, dia tidak menggunakan biasiswanya untuk bersedeqah. Cuma pada waktu ketika tertentu sahaja. Tapi penjualan CD inilah yang menjadi sedeqah tetapnya dan Alhamdulillah dia berjaya istiqamah dengan niat dan amalan sucinya ini hatta tamat belajar dan berjaya menggenggam segulung ijah lalu pulang ke tanah air.

Sekembalinya pulang ke tanah air, dia terus mendapat peluang pekerjaan tetap dan terus bekerja di sana untuk beberapa ketika.

Namun, suatu masa dia terfikir, benar ketika ini dia dapat bersedeqah tapi hanya dalam kuantiti yang sedikit. Pada tanggapannya jika dia terus berada dalam posisinya sebagai engineer, dia tidak mampu untuk menyumbang dengan lebih banyak pada masa akan datang.

Lalu, tercetuslah idea dari benaknya untuk membuka perniagaan dengan menternak ayam kerana pada sisi pandangnya perniagaan seperti ini akan mendapat permintaan yang meluas dan tinggi dalam pasaran semasa. Namun, hasrat murninya ini mendapat tentangan daripada anggota keluarga termasuklah orang tuanya. Masakan tidak, dengan kelayakan seorang engineer, dia mahu pergi kepada 360 turning point dalam hidupnya untuk menjadi seorang ahli perniagaan. Niatnya adalah 1 sahaja dengan harapan dengan memperoleh hasil keuntungan yang tinggi kelak, maka lebih banyaklah sumbangan yang dapat dilakukan.

Taufiq tetap terus bermusyawarah dengan kaum keluarga dan tema sekeliling, dalam masa yang sama Istikharah kepada Allah tetap terus berjalan. Akhirnya dia nekad dan mendapt restu daripada orang tua dan kaum keluarganya sendiri kemurnian dan keikhlasan niat tulusnya.

Taufiq memohon pinjaman dana daripada kerajaan untuk memulakan IKS (Industri Sederhana Kecil) dan Alhamdulillah akhirnya dia merupakan pemohon yang berjaya antara ribuan yang lain. Dana yang diberi pinjaman adalah lebih kurang 100K.

Terdetik seketika dihatinya, mengapakah antara ribuan yang memohon tapi dia antara yang menerima. Pasti ada hikmah disebalik semua percaturan Ilahi yang sedang berlaku pada dirinya. Terlintas dalam dirinya…

“Ajaib sungguh urusan mu’min. sesungguhnya semua adalah baik belaka baginya. Tatkala dia beroleh kesenangan, dia bersyukur lalu ia menjadi baik untuknya. Jika ditimpa kesusahan  dia besabar lalu ia juga menjadi baik baginya.”

(Sohih Muslim)

Berbekalkan kepada modal yang diberikan dan semangat yang marak, dia melaburkan sebahagian besar modal yang diperolehi untuk memulakan peternakan ayamnya. Segala susun atur dan perancangan yang strategic dijalankan dan berjaya. ALHAMDULILLAH.

Setelah beberapa ketika dia telah berjaya hampir menternak hampir 5 000 ekor ayam pada peringkat permulaan dan membangunkan prasarana untuk perkara ini.

Namun, kita merancag. Tetapi Allah swt adalah sebaik-baik perancang…

Tidak lama selepas itu, dunia digemparkan dengan wabak penyakit selsema burung dan Malaysia tidak dapat tidak terlepas daripada dijangkiti dengan wabak ini. Wabak ini merupakan wabak yang berjangkit dan marabahaya kepada manusia dan boleh disebarkan melalui species burung termasuklah ayam.

Arahan daripada kerajaan Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia menyatakan bahawa segala ternakan ayam yang ada pada kawasanyang dijangkiti hendaklah dibakar dan dibunuh. Perternakan Taufiq tidak terlepas daripada perkara ini.

Dengan mata kepalanya sendiri, dia melihat hampir 5 000 ayam yang diternak terpaksa dibakar dan dibunuh. Betapa hancur dan luluhnya hatinya ketika itu. Hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaimanakah perasaannya tatkala itu. Semata-mata dia meninggalkan kerjaya sebagai seorang engineer untuk membantu orang lain dengan bersedeqah, tapi ini pula yang berlaku.

Seluruh hidupnya menjadi kelam. Seumpama tiada lagi harapan untuk teruskan kehidupan. Segala usaha yang dirancang selama ini seolah-olah menjadi sia-sia dan tidak bermakna. Orang tua dan keluarganya turut bersimpati atas apa yang berlaku. Tapi apakan daya, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Seolah-olah kini dia sudah jatuh tersembam ke bumi dan tiada daya untuk bangkit semula.

Ramai yang memberikan motivasi kepadanya supaya jangan mudah mengalah dan teruskan kehidupan. Namun buat seketika dia benar-benar keciwa dan putus harapan.

Lalu Taufiq berjumpa dengan seorang ustaz yang terkemuka di tanah air dan jua merupakan rakan sekelas mereka suatu ketika dahulu.

Setelah menceritakan keadaannya pada ustaz, ustaz berasa amat simpati pada keadaannya. Namun, ustaz masih lagi memberikan sinar-sinar harapan padanya agar putik-putik harapan itu tidak mati. Antara kata-kata ustaz yang tidak dapat dilupakan :

“cuba Taufiq renung seketika atas apa yang berlaku dalam hidup Taufiq. Taufiq sanggup meninggalkan kerjaya yang gah dan berprestij sebagai seorang engineer hanya semata-mata untuk mendapatkan keuntungan yang lebih besar dalam pekerjaan semata-mata untuk membantu mereka yang susah. Sungguh ikhlas dan suci niat Taufiq ini. Tidak semua orang yang memiliki sifat yang sebegitu murni seperti Taufiq pada hari ini.

Taufiq sanggup menyusahkan diri sendiri hanya semata untuk memberikan kesenangan pada orang lain. Tidak ubah seperti mulianya sifat golongan ansar kepada golongan muhajirin tatkala ketika baru sahaj tiba di Madinah. Golongan ansar sanggup menggadaikan kesenagan dalam hidupanya untuk memberi kesenangan kepada golongan muhajirin. Ada yang sanggup memberikan rumah, harta, perniagaan bahkan isteri pun ada yang sanggup. Dan sungguh jelas bahawa mereka itulah golongan yang berjaya dalam hidupnya.

Cuba Taufiq renungkan :

“Ajaib sungguh urusan mu’min. sesungguhnya semua adalah baik belaka baginya. Tatkala dia beroleh kesenangan, dia bersyukur lalu ia menjadi baik untuknya. Jika ditimpa kesusahan  dia besabar lalu ia juga menjadi baik baginya.”

(Sohih Muslim)

Firman Allah swt yang bermaksud :

“….Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan soleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

(Surah Al-Baqarah:216)

Lama dia berteleku sendirian dan dengan kata-kata semangat inilah dia bangkit semula daripada kegagalan untuk terus mengorak langkah dalam terus memastikan niat sucinya itu dapat terlaksana.

Alhamdulillah masih terdapat lagi sedikit simpanan daripada dana 100K yang diperolehinya kerana dia tidak menambah asset kehidupannya dengan wang itu seperti yang dilakukan oleh sebahagian yang lain.

Dia memulakan perternakan ayam dengan azam yang baru dan lebih bersemangat. Dia memilih untuk menternak di kawasan kampung dan menggunakan tenaga kerja daripada kalangan anak muda yang kureng cenderung untuk menyambung pelajaran sehingga ke peringkat IPT.

Kadang-kala bila mana pekerjanya lambat ke tempat kerja, dia sendiri yang akan menggerakkan mereka bangun di kamar tidur. Tidak cukup dengan itu, Taufiq akan turut bersama mereka mendirikan solat secara berjemaah di masjid berdekatan sekiranya berkesempatan. Taufiq melayan mereka dengan penuh hormat walaupun ramai dikalangan mereka kureng cerdik dalam pendidikan.

Akhirnya perniagaan Taufiq terus maju dan berkembang pesat. Kini nama Taufiq telah di kenali di persada usahawan yang berjaya dalam anak muda tempatan dalam bidang keusahawanan. Ada kalanya dia sendiri dijemput untuk memberikan motivasi kepada anak-anak muda yang cenderung untuk menjadi usahawan.

Walaupun dia telah bergelar sebagai seorang usahawan, namun dia tidak pernah leka dan lupa. Bahkan semakin banyak keuntungan yang diperolehi, semakin banyaklah sumbangan sedeqah yang disalurkan kepada mereka yang layak.

Sikapnya ini tidak ubah seperti :

“Semakin berisi, semakin tunduk ia ke bumi”

Bertepatan pula dengn firman Allah swt yang bermaksud :

“dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengingatkan : ‘Sesungguhnya jika kamu bersyukur , nescaya Aku akan menambah (ni’mat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (ni’mat-Ku), maka pasti azab Aku itu sangat berat.”

(Ibrahim : 7)

Jadi bagaiman pula dengan susun atur dan sejarah hidup kita?

Renungkan dan selamat bermuhasabah..  (。◕‿◕。)

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on March 24, 2012, in ~Coretan~. Bookmark the permalink. 4 Comments.

  1. azeeza gulam muhiaddeen

    nice….dan sgt bermakna…ada jwpn pd persoalan yg aku nak….huhu

  2. azeeza gulam muhiaddeen

    persoalan pada minat aku dan bidang aku…insyaAllah aku nk msk dlm bidang perniagaan gak tp aku x tau la perniagaan yg aku impikan ini boleh direalisasikan ke x…mcm takut pn ada gak nk tglkan bidang kimia…huhuhuhu…

  3. insya allah.. bukan senang nak senang. bukan susah nak susah, School of life is the BEST SCHooL ever to teach us. semoga dimudahkan & ko dpat menggapai impian ko..=)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: