I’d like to put the smile on your face everyday. ♥(。◕‿◕。)♥

Seorang ibu begitu besar sumbangannya pada kita.

Tanpa seorang ibu & ayah mungkin kita tidak akan berada di sini pada hari ini

Mungkin si IBU tidaklah jelas kita Nampak pengorbanannya kerana Dia berada selalu dekat dengan dengan kita.

Cuba kita renungkan semula

Si IBU lah yang mengandungkan kita selama dekat 9 bulan lamanya

Kemudian bila tiba saat hampir melahirkan kita, si IBU bertarung nyawa untuk melahirkan kita.

Hatta jika di tanya pada mana-mana IBU jika antara dalam dilema antara mahu selamatkan dirinya atau anaknya dalam keadaaan kritikal semasa mengandung, pasti ramai yang akan menjawab selamatkan anaknya.

Usai menahan sakit detik melahirkan kita, segala-gala kesakitannya yang sebentar tadi hampir mencabut nyawanya tiba-tiba hilang bila melihat si anak selamat dilahirkan kea lam bumi

Sewaktu kita kecil, si IBU lah yang akan begitu risau akan keselamatan & kesihatan kita

Jika kita tidak sehat, IBU lah yang akan bersengkang mata demi mengawasi keadaan kita

Jika kita haus tengah malam, IBU lah yang lantas terjaga dan menyusukan kita

Jika lampin kita sudah basah, IBU lah yang segera akan menukarkannya untuk keselesaan kita.

Jika kita lapar pada waktu siang, IBU lah yang akan menyuapkan kita dengan makanan

Menjelang kanak-kanak, pasti IBU akan risau akan keselamatan & tindak-tanduk kita

Ke mana sahaja pergerakan kita, pasti aka nada pesanan untuk kita bawa bersama

Jika kita pulang lewat ke rumah pada waktu petang, IBU lah yang runsing & bimbang akan diri kita

Menjelang kita memasuki TADIKA, IBU lah yang menguruskan kebanyakan kita bermula pada hari pertama ke TADIKA hinggalah sampai ke akhir tahun sesetengahnya.

Kadang kala IBU akan berpanasan untuk menjemput kita pulang dari TADIKA dengan basikal tua

Belum pula dengan dalam menuruti kemahuan kita yang belum kenal arti kehidupan dan kesusahan, bila mana singgah kedai, pasti akan ada ‘habuan’ yang kita akan bawa pulang, walaupun ada ketikanya si IBU kesempitan wang ketika itu.

Begitulah kita sehingga hampir setengah usia di Sekolah Rendah

Menjelang kian membesar, si IBU tidak lagi menghantar & menjemput kita

Kita akan ke sekolah dengan berbasikal dengan rakan-rakan

Ketika itu PESAN IBU masih lagi tidak pernah kering dari telinga kita

Tentang wang saku kita, keselamatan kita, pelajaran kita, segalanya akan dinasihati.

Bila berjauhan berada di asrama di Sekolah Menengah, kini IBU tidak dapat lagi memberi nasihat pada kita setiap hari.

Namun bila kedengaran suara kita jauh di ganggang telefon, suara itulah yang tidak pernah jemu menasihati kita.

Jika berkesempatan, pasti IBU & ayah akan melawat kita di asrama jika berkesempatan.

Segala masakan & makanan yang secukupnya akan dibawa bersama.

Hanya kerana bimbang si anak ini kelaparan dek tidak cukup makan di asrama.

Menjelang di awal usia remaja…

Walaupun aku telah dewasa…

Namun inilah yang masih berlaku..

Sangat terkesan di sanubari kasihmu IBU…

Cuba kita bayangkan gambar & situasi ini

Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Abu?
Encik Abu : Saya bekerja sebagai Penjaja di jalanan.
Kaunselor : Hanis pula?
Encik Abu : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.
Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Abu : Hanis yang sediakan sebab dia tak kerja.
Kaunselor : Pukul berapa Hanis bangun untuk sediakan sarapan??
Encik Abu : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.
Kaunselor : Anak-anak encik Abu ke sekolah bagaimana??
Encik Abu : Hanis yang hantar sebab dia tidak bekerja.
Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Hanis buat apa?
Encik Abu : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Hanis kan tak bekerja.
Kaunselor : Petang hari selepas Encik Abu balik rumah, apa yang Encik Abu lakukan?
Encik Abu: Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.
Kaunselor : Apa Hanis buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin seharian Hanis bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!

Hargailah seorang IBU & isteri.. Kerana pengorbanannya tidak terkira…

Sungguh aku tidak dapat melupakan segala jasa & pengorbanan IBU ku..

Kini aku telah dewasa & matang..

Cuma antara 1 impian aku adalah untuk ..

I’d like to put the smile on your face everyday..🙂

U is the number ONE for me MOM!

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on March 16, 2012, in ~Coretan~. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: