ILMU ITU di DATANGI…. tidak mendatangi

Ilmu merupakan antara tunjang asas dalam kehidupan. Tanpa ILMU manusia akan berada dalam keadaan KEGELAPAN dan KEBODOHAN. Hatta dalam ISLAM sendiri menyeru kepada sekalian umatnya supaya menuntut ilmu.

Saranan Allah swt jelas terpampar pada ayat pertama yang diturunkan kepada Nabi SAW ketika BAGINDA saw sedang berkhalwat pada 17 Ramadhan di dalam Gua Hira’ yang bermaksud :

1. bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk), 2. ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; 3. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, 4. Yang mengajar manusia melalui Pena dan tulisan, 5. ia mengajarkan manusia apa Yang tidak diketahuinya.

(al-‘Alaq 1-5)

Lihatlah betapa peri pentingnya membaca dalam kehidupan sebagai antara langkah asas untuk kita menimba ILMU dalam kehidupan.

Pelbagai peribahasa dan slogan kata yang kita semua sedia maklum tentang perihal ILMU ini. Antaranya adalah :

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

Ilmu itu ibarat pelita hidup

Raihlah ilmu, dan untuk meraih ilmu belajarlah untuk tenang dan sabar.
Khalifah ‘Umar


Ilmu itu adalah kuasa

– Francis Bacan.

 

Carilah ilmu itu sehingga jangan lupa beribadat, dan beribadatlah sehingga jangan lupa mencari ilmu.

Pelbagai lagi peribahasa dan kata-kata hikmah tentang ilmu yang memiliki pelbagai makusd yang tersurat dan tersirat jika kita semua dapat meneliti satu per satu.

Namun, SEDARKAH KITA???

HAKIKATNYA…

ILMU ITU WAJIB DI CARI..!!!

“Ilmu itu di datangi”

Mungkin ada di antara kita pernah terdengar kata-kata seperti ini dan untuk pengetahun ini adalah BUKAN HADITH.

Berkata al-Imam Ali Qari’ di kitabnya Al Asraar :

“Ini adalah makna perkataan Malik kepada Harun ar-Raayid : ‘ILMU ITU LEBIH PATUT DIMULIAKAN DAN IA DI DATANGI”

Memetik kata daripada imam Bukhari :

“ILMU ITU di DATANGI dan TIDAK MENDATANGI”

Cuba kita renungkan saban hari usia kita semua bertambah, pengalaman kita bertambah, ilmu kita jua bertambah bukan? Tapi ILMU yang bagaimana yang semakin bertambah?

BENAR tidak dapat tidak kita telah dicorakkan oleh sistem cara hidup SEKULAR yang memisahkan antara nilai ILMU KEHIDUPAN DUNIA dan ILMU KEHIDUPAN AKHIRAT.

Janganlah ini dijadikan alasan semata!

BENAR mungkin ada silapnya pada PIHAK PEMERINTAH, tapi jangan lupa jua pada silap kita. Kita hidup dalam negara bebas yang masih lagi terdapat pelbagai RUANG & PELUANG untuk kita terus mendalami segala cabang ILMU, tambahan pula dengan adanya lambakan ilmu yang dapat di capai sama ada dalam media massa berbentuk media cetakan mahu pun media elektronik.

SEGALANYA DIHUJUNG JARI ANDA…??

Kita berbangga saban hari ILMU kita tentang dunia akademik semakin bertambah, apatah lagi jika kita memang menuntut dalam bidang tertentu dalam pengajian peringkat tinggi seperti di IPT. Kita boleh berbangga dengan berjaya menggenggam SEGULUNG SCROLL IJAZAH, MASTER, atau PhD.

Tidak salah untuk kita mendalami dan menguasai ILMU dunia kerana sebaiknya adalah ISLAM menganjurkan kepada penganutnya supaya mengambil dan menegecapi KEJAYAAN DAN KEBAHAGIAAN di dunia tanpa meninggalkan mahupun menganaktirikan dunia AKHIRAT.

Namun, bagaimana pula dengan ILMU AGAMA kita tentang ILMU ‘Aqidah, Feqh, dan tasawwuf yang mungkin telah lama kita abaikan?.. SEDARKAH KITA??

Adakah taraf ilmu yang kita kenali dan kita amalkan saban hari adalah masih lagi sama ketika berusia 10 tahun adalah sama dengan usia kita 20 @ 30 @ 40 tahun dan seterusnya. Tidak malukah kita pula pada anak-anak jika telah berkeluarga sedangkan kita yang bakal menjadi ibu ayah ini masih lagi berada di takuk lama. Tidak terasa hinakah?

RAKYAT AKAN MENGIKUT AGAMA PEMERINTAH & KERAJAAN MEREKA..

Betul pepatah ini. Namun, lewat kini aku melihat perubahan yang sangat drastic kepada sumber maklumat yang boleh dicapai. Sama ada dengan lambakan buku ilmiah meliputilah kepada buku2 tentang ilmu keagamaan daripada perkara yang berkaitan ‘aqidah, fiqh dan jua tasawwuf. Selari dengan itu, tidak dapat tidak aku nafikan bahawa semenjak kelewatan ini, aku dapat merasakan betapa gelombang arus perubahan masyarakat setempat khususnya di lembah Klang yang sangat cinta akan ilmu agama. Saban malam aku melihat kunjungan mereka ke surau mahu pun ke masjid berdekatan demi mengutip mutiara ilmu untuk dijadikan permata dalam kehiupan semakin bertambah. Gelombang ini terus berkembang subur bila mana keterlibatan daripada pihak NGO (non-government organization) dalam menyebarkan ilmu khususnya ilmu agama kepada masyrakat sekelliling. Sebagai contoh lihatlah kepada seminar konvension fiqh ummah yang diadakan pada bulan 2 2012 yang menampilkan barisan para ilmuwan yang begitu pakar dalam bidang mereka yang mana sambutan bilangan peserta adalah amat menggalakkan! Walau pun seisi dewan sudah di penuhi dengan hampir 4 000 bilangan peserta, namun masih ada lagi 2 000 “pending request” yang tidak menyertai hanya karena Kekurangan tempat duduk. SUBHANALLAH!

Titik perubahan adalah segalanya bermula dari dalam diri kita sendiri. Ubahlah diri kita dalam menyemai benih cinta akan ilmu lebih-lebih ilmu agama yang kini hanya dengan inilah dapat menjadi penyelamat kepada arus gelombang modenisasi yang terkadang melampau mengatasi nilai moral dan etika fitrah manusia dek kerna terlalu berpaksikan kepada dunia barat yang hanya mengejar nilai materialisme seamata. Kemudian berpindah pula kepada aspek yang lebih besar dalam membina sebuah masyarakat yang cinta akan ilmu, kemudian barulah ubah kepada PEMERINTAH..😀

Ingatlah ILMU ITU di DATANGI dan TIDAK MENDATANGI 🙂

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on March 10, 2012, in ~Coretan~. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: