Wasathiy dalam pemakanan

Setiap manusia mahu pun mana hidupan yang ada di atas muka bumi ini perlu kepada makanan. Tidak dapat tidak bahawa menjadi kewajipan kepada kita untuk makan. Namun makan yang bagaimana yang sebaik-baiknya yang digalakkan dalam syari’ah Islam yang selama ini kita julang dan laungkan sebagai ISLAM adalah CARA HIDUPKU.

Terbahagi kepada DHARURIYYAT (Keperluan asas), HAJIYYAT (Kehendak) & TAHSINIYYAT (Penambah baikan). Terpulang kepada kita untuk menentukan cita rasa dan pola pemakanan dalam kehidupan seharian kita kerana WE ARE WHAT WE EAT!😀

Adalah amat penting bagi kita sebagai seorang MUSLiM untuk memelihara dan menjaga apa yang kita makan. Perlu kepada kita untuk menahannya daripada mengambil benda-benda yang haram atau yang syubhat, kemudian dari menuruti kemahuan haluan hawa nafsu yang acap kali akan mengambil makanan dalam jumlah yang mengatasi keperluan.

MAKAN UNTUK KEPERLUAN, bukan makan untuk KEHENDAK

Apabila kita makan hingga terlalu kenyang dengan pelbgai jenis makanan, sehingga terlalu kenyang hukumnya adalah MAKRUH. Ini akan menimbulkan kepada beberapa perkara yang bagi aku perkara ini adalah semua sudah sedia maklum. Seperti berikut sebagai contoh :

–          Hati menjadi keras

–          Malas untuk melakukan pekerjaan sehinggalah mendirikan perintah yang wajib

–          Kureng bertenaga untuk beribadah

–          Kureng kebijaksanaan

–          Kureng rahmat dan belas kasihan terhadap orang yang lemah dari kaum Muslimin

–          Sayang untuk menghulurkan bantuan kepada orang yang perlu dan berhajat.

Imam Ghazali rahimallah pernah menyebut :

“Perut yang kenyang dari yang halal aalah punca kepada segala kecelakaan. Apatah lagi jika dikenyangkan perut itu dengan yang haram”

Nabi SAW bersabda :

“tiada tempat yang dipenuhkan oleh anak Adam yang lebih mencelakakan daripada perutnya. Memadailah untuk anak Adam itu beberapa suap makanan untuk menegakkan tulang belakangnya (untuk menahan kelaparan). Jika itu tidak boleh dipertahankan , maka hendaklah di bahagi kepada 3. 1/3 untuk makanan, 1/3 untuk minuman, 1/3 untuk pernafasan.”

Selain itu , Nabi SAW pernah jua bersabda :

“sejahat-jahat umatku ialah mereka yang sentiasa perutnya dengan berbagai makanan yang lazat-lazat, dan batang tubuhnya pula bertambah dengan serba kemewahan. Hanyasanya ingatan mereka adalah hidangan makanan, aneka corak pakaian, dan mereka sering MENINGGI DIRI  bila berbicara”.

Dalam hadis yang lain pula,

“Orang yang terlalu kenyang di dunia, terlalu lapar di akhirat”

Berkata pula Saiyidina ‘Ali karamallah :

“Siapa yang ingatannya semata-mata untuk mengisi perutnya saja, maka harga dirinya samalah dengan apa yang keluar dari perutnya”

Setiap mu’min ketika menghadap makanan, hendaklah memakan dengan tertib dan menurut cara Rasulallah SAW makan; iaitu memulakan dengan Bismillah, dan mengakhiri dengan Alhamdulillah. Apabila makan hendaklah diniatkan supaya dirinya menjadi kuat untuk membuat ketaatan kepada Allah swt dan membantu kita untuk mendirikan peribadatan sebanyak mungkin kepada Allah swt.

Namun, pada zaman millennia kini, tidak dapat tidak seperti di Malaysia sendiri kuasa beli dan kestabilan pengurusan kewangan memudahkan untuk kita membeli apa sahaja. BENAR mungkin kita dapat menikmati apa yang kita idami, tapi sedarkah kita hakikatnya ramai lagi yang di sana di sekelilng kita tanpa sedar masih tidak mampu untuk untuk menyuap walau sesuap nasi ke dalam perutnya.

Apa pun yang tebaiknya adalah WASATIHYAAH (beserdahana) dalam mengamalkan etika dan budaya pemakanan.

Makanlah bila perlu, berhentilah sebelum kenyang. J

Dan sungguh pada akhlak Rasulallah SAW itu adalah contoh terbaik dari segi perilaku akhlaknya, meliputi segala aspek dalam urusan kehidupan seharian baginda SAW.

Dalam sepotong hadis, Malik bin Dinar menyatakan :

“Rasulallah SAW sama sekali tidak pernah memakan roti atau pun daging sampai kenyang kecuali ketika dhafaf.’ Malik bin Dinar berkata, ‘Aku bertanya kepada seorang penduduk Badwi, ‘Apa yang dimaksudkan dengan dhafaf?’ ia menjawab, ‘iaitu ketika seorang mengonsumai makanan bersama orang yang banyak”

(Riwayat Tarmidzi : Syamail Muhammad SAW)

SUBHANALLAH! Inilah dia manusia yang paling agung di atas muka bumi ini yang aku yakin & percaya sungguh agung peribadinya hatta dalam pemakanan sendiri sampai ke tahap begini. Mana bisa wujud seorang PEMIMIMPIN sama ada pada aras organisasi mahu pun Negara yang bisa mengikuti sunnah Rasulallah SAW kala hari ini. Jika ada ALHAMDULILLAH.

Sungguh meruntun jiwaku satu masa ketika mendengar sebuah kisah seorang pemimpin yang terkemuka dalam pahlawan dan pemimpin ISLAM, kisah mengenai Salahuddin al-Ayyubi yang berjaya menawan semula kota Jurusalam daripada tentera Salib. Dan kisah ini sungguh memberi kesan pada diriku sehingga mengubah sedikit cara pemakananku dalam kehididupan seharian.

Secara ringkas dinyatakan bahawa Salahuddin al-Ayyubi merupakan anak golongan bangsawan, namun beliau ini memiliki sifat yang berbeza daripada anak golongan bangsawan yang lain. Beliau tidak pernah makan hingga kenyang, dan tidak pernah makan dengan lebih daripada 1 jenis hidangan makanan sedangkan segala kekayaan boleh dihamparkan pada hadapannya. Lalu bila ditanya oleh mereka yang lain beliau menjawab “Bagaimana bisa untuk aku untuk menikmati juadah makanan hingga kenyag sedangkan saudara-saudara ku di Palestin berada dalam kedaan kelaparan dan penderitaan”

Lihatlah sampai ke tahap ini sekali tahap keimanan  Salahuddin al-Ayyubi, maka tidak hairanlah beliau berjaya menawan semula Jurusalem dan mengembalikan semula kegemilangan bumi Islam ini.

Bagaimana pula dengan kita pada hari ini?

Tepuk dada, tanya selera, tanya IMAN. (sebagai renungan bersama)🙂

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on March 5, 2012, in ~Coretan~. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: