Kerana takutNYA itu mengatasi segalanya.

Terkesan dengan kisah benar yang disampaikan oleh seorang ilmuwan yang tersohor di tanah air ini.

Kisahnya adalah menggambarkan seorang anak muda yang menuntut di Univesriti Al-Azhar di Mesir pada tahun 1950-an yang mana merupakan antara universiti yang tersohor di muka bumi ini kerana khazanah ilmunya yang berjaya menempatkan dan melahirkan ramai fuqaha dan ilmuwan islam.

Umar (bukan nama sebenar) merupakan seorang anak muda yang cerdik dan menuntut di University al-Azhar dalam fakulti Pengajian Islam. Disebabkan dengan sistem pengurusan kewangan yang tidak efficient seperti hari ini, ramailah pelajar dari Malaysia pada ketika itu melanjutkan pelajaran di sana dengan usaha sendiri. Ada ibu ayah serta keluarga yang terpaksa bergadai tanah, menjual segala usaha ternakan dan pendek kata apa sahaja usaha yang membolehkan anak mereka melanjutkan pelajaran di bumi anbiya’ itu.

Begitu jua dengan Umar. Segala kos perbelanjaan sara hidup dan pengajiannya di sana adalah bersumberkan kepada wang yang dihulurkan dari keluarga di kampung halaman.  Keluarganya pula bukanlah dalam golongan yang senang. Kita semua sedia maklum status keadaan ekonomi majoriti keluarga pada masa itu adalah kebanyakannya bersumberkan pada pertanian.

Ada kalanya keluarganya tidak dapat mengirimkan wang kepadanya kerana kesempitan wang. Terpaksalah Umar mengikat perut.

Kehidupannya di sana adalah bersama dengan keluarga angkat. Sedikit sebanyak telah membantu mengurangkan perbelanjaan hidupnya kerana dapat bersama dengan keluarga angkat yang pemurah dan baik hati. Keluarga angkatnya menyara kehidupan mereka dengan menjual kuih. Namun, bukanlah alasan kesenangan ini membuatkan Umar menjadi orang seperti “parasit”. Dia hanya sekadar menumpang tinggal di sana bahkan tidak pernah berkongsi cerita kepada keluarga angkatnya bila dia keputusan duit.

Satu ketika keluarganya tidak mengirimkan wang kepadanya dengan kadar yang agak lama. Selama itulah Umar mengikat perut. Dia tidak pernah menceritakan kepada keluarga angkatnya dan temannya sendiri.

Apabila dia lapar, hanya air kosong sahaja yang menjadi alas perutnya. Begitulah seterusnya untuk beberapa hari.

Suatu malam, dia merasa amat lapar kerana sudah berhari-hari tidak menjamah makanan. Lalu, dia pergi ke dalam bilik tempat membuat kuih keluarga angkatnya. Dia mengambil keputusan untuk menjamah sepotong sahaja kuih dan akan memaklumkan kepada keluarga angkatnya keesokan harinya dek kerna teramat lapar. Cukuplah sekadar untuk mengalas perut desusnya.

Sedang dia memasukkan kuih itu ke dalam mulutnya dan mahu menggigigit bagi menghadam kuih itu, mengalir air matanya tidak semena-mena. Manic-manik air matanya mengalir laju.

Dia berasa sebak dan berasa amat besarnya dosanya memakan makanan yang haram walaupun dalam keadaan darurat. Dia mengerti dalam keadaan darurat keadaan yang haram adalah dibenarkan.

Segala ilmu yang pernah di pelajari selama ini menyedarkan dia seketika.

Firman Allah yang bermaksud:

“Wahai sekelian manusia, makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.”

 (al-Baqarah: 168)

Dari Kahab bin Hujarat ia berkata:

Sabda Rasulullah SAW: Dan setiap daging yang tumbuh dari sumber yang haram, maka api neraka lebih utama untuk membakarnya.

(riwayat at-Tabrani)

Sebuah kisah lagi terbayang dalam kotak fikirannya adalah kisah Umar Abdul Aziz.

Satu hari ketika anak perempuan Umar Abdul Aziz datang kepadanya bapanya dan mengadu untuk membeli pakaian yang baru untuk perayaan. Namun alangkah hibanya perasaan anak ini bila mana bapanya, Umar Abdul Aziz yang merupakan KHALIFAH pada ketika itu mengatakan bahawa segala wang miliknya telah habis untuk menjaga kebajikan rakyat. Maka berlalulah si anak dengan sedih namun akur dengan pengakuan ayahnya tercinta. Tanpa di sedari perbualan Umar Abdul Aziz bersama anak perempuaannya di dengari oleh pemegang kunci Baitulmal ketika itu.

Setelah anaknya berlalu pergi, pemegang kunci Baitulmal ini atas perikamusiaan dan telah menyatakan kepada Umar : “mahukan jika tuan meminjam dahulu duit daripada BaitulMal untuk membeli pakaian anak tuan dan perbelanjaan anak-anak tuan dan kemudian esok tuan boleh pulangkan semula pinjaman?” . Umar Abdul Aziz menjawab dengan penuh perasaan sebak, “ADAKAH ENGKAU DAPAT MEMASTIKAN AKU DAPAT HIDUP HINGGA KE ESOK HARI? Sungguh NYAWA aku ini hanya terletak di kekuasaan ALLAH swt dan bukan atas tanganmu. Maka tidaklah Umar mengambil apatah lagi meminjam harta Baitulmal walaupun UMAR ABDUL AZIZ adalah khalifah ketika itu.

Satu per satu perkara ini bersilih ganti dalam kotak pemikirannya.

Kerana takut akan dengan hukum Allah swt, dia sedar akan kesilapannya dan membatalkan hasratnya untuk makan. Lalu dia pun beredar dari sana dan hanya meneguk beberapa gelas air kosong lagi untuk menghilangkan laparnya.

Kerana setelah beberapa hari dia mengikat perut kerana keputusan wang, selama itulah dia akan bertolak ke kelas untuk kuliah seawal pagi.

Lalu, tindakannya yang sering kali tiba di kelas pada awal pagi telah disedari oleh mu’allimnya. Mu’allimnya memuji Umar kerana ketepatan masanya dalam adab menuntut ilmu.

Kebetulan pada pagi itu, usai daripada kelas, Mu’allimnya bertanya pada Umar : “hai anak, engkau tidak mahu berkhawinkah”

Umar dengan penuh rasa rendah diri dan penuh kehinaan menjawab : “sebagai seorang pemuda yang sihat, siapakah yang tidak mahu berkahwin dan punyai isteri sebagai teman hidup? Apalah daya diri ini, nak menanggung makan untuk diri sendiri pun tak mampu, masakan untuk memberi makan kepada isteri?” kelihatan sebak pada wajahnya.

Mu’allimnya bertanya kembali , “Aku tanya, engkau tidak mahu kahwinkah?” dengan nada yang berbeza sedikit kali ini.

Menghormati gurunya dengan penuh rendah diri Umar mengiyakan persoalan gurunya.

Lalu, tatkala dalam kesedihan itu, setelah mendapat persetujuan Umar untuk kahwin, Mu’allimnya yang juga merupakan seorang qadhi nikah telah menikahkan dengan seorang gadis tidak lama selepas itu.

Usai daripada pernikahan yang serba ringkas, alangkah terkejutnya Umar bila mendapati Isteri yang HALAL itu adalah anak kepada tuan rumahnya yang jua merupakan keluarga angkatnya.

Umar menangis dan mengucapkan syukur yang tidak terhingga.

Lalu, si isteri pun menghidangkan makanan pertama kepada suaminya, Umar untuk dijamah bersama. Sedang dia melihat makanan itu adalah dulang yang berisi kuih yang 1 masa dahulu dia pernah cuba untuk di makannya dan masih jelas kelihatan pada permukaan kuih itu bekas gigitannya.

Perasaannya ketika itu bercampur baur. Antara gembira, sedih, terharu dan tidak dapat diungkap dengan kata-kata. Jika suatu masa dahulu dia menangis dek kerna terlalu lapar, kini dia menangis kerana terlalu gembira dan hanya tuhan saja yang tahu bagaiamana perasaannya ketika itu…J

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on February 20, 2012, in ~Coretan~. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: