Penagih dadah mati dalam keadaan Islam? kita??

Sebak terasa bila terkenang kembali kisah seorang ustaz Ahmad (bukan nama sebenar) yang memberi pengisian rohani di Penjara Seremban. Kisah yang menyebakkan hampir keseluruhan pendengar pada malam itu. Kisah ini dikongsikan oleh Ustaz Ahmad dalam salah sebuah kuliah bulanannya di Bangi.

Kisahnya bermula seperti ini bilamana Ustaz Ahmad di jemput oleh pihak penjara untuk memberi pengisian rohani kepada warga penjara ini. Mungkin sebab Ustaz Ahmad yang tinggal berdekatan dengan Seremban dan Ustaz ini agak dikenali di Seremban kerana isi dalam pengisiannya.

Sewaktu melangkah masuk penjara ini, Ustaz Ahmad hairan melihat dengan keadaan pakaian para banduan di sana. Tertera pada baju mereka yang bernombor, ada yang bernombor 5, 7, 10, dan lain-lain. Bila di tanya pada pegawai di sana, apakah maksud nilai nombor yang tertera pada baju ini? Pegawai menyatakan nombor itu menunjukkan sudah berapa kali banduan di sini sudah “check in” di penjara ini. Rupanya bandua di penjara ini adalah mereka yang ditangkap dan terlibat dengan pengambilan dadah.

Ustaz Ahmad ditemani oleh beberapa Ustaz lain yang di tugaskan di penjara Seremban ini. Lalu, setelah tiba masanya, ustaz Ahmad memulakanlah sesi pengisian yang diamanahkan kepadanya. Agak panjang juga pengisian yang diberikan. Ada yang memberikan respons dan ada jua yang buat “bodoh” je..

Alhamdulillah, usai daripada menyampaikan kuliah, bangkit seorang banduan yang sudah agak senior dalam penjara ini sebab pada bajunya tertera angka yang besar. Aku namakan Dia sebagai Syabab. Dia menyatakan bahawa dia sudah insaf dan betaubat dengan kesilapannya yang lalu. Dia berjumpa dengan Ustaz Ahmad dan menyatakan keinginannya untuk berbakti kepada agama dengan saki baki hidupnya itu. Alhamdulillah dia sudah tahu mengerjakan solat dan asas-asas dalam Islam.

Syabab meminta kepada ustaz di penjara ini (aku namakan sebagai Ustaz Abdullah) dan Ustaz Ahamd untuk dia meng’imarahkan surau di penjara ini dan biarlah dia yang menjadi muadzin dan tok siak di surau yang ringkas ini. Setelah berbincang dengan pihak pegawai penjara ini, hasrat Syabab diizinkan.

Bermula semenjak hari itu, dialah yang menjaga dan mengurus surau itu. Setiap waktu dialah yang akan mengumandagkan azan dan iqamat. Dia jualah yang membersihkan surau itu dengan mengemop dan menyapu lantai. Keadaan surau di sana menjadi hidup dan ceria.

Ringkas ceritanya pada suatu hari sewaktu Syabab mengumandangkan azan, tetiba suaranya menjadi lain. Seolah-olah seperti sengau dan tidak lancar. Rupanya tatkala dia mengucapkan bait-bait azan itu, darah pekat mula mengalir dari hidungnya. Bila mana darah itu melalui mulutnya, lantas diseka dengan lengan bajunya supaya dia dapat menyelesaikan kalimah azan. Begitulah sehingga ke akhir azan dikumandangkan usai daripada itu, dia pun mencuci darah yang ada pada hidungnya dan pakaiannya lantas mengerjakan solat seperti biasa.

Saban hari keadaannya semakin teruk, darah pekat yang mengalir dari hidungnya semakin banyak dan menjadi-jadi. Awalnya, pihak pegawai tidak membawa Syabab ke hospital berdekatan sebab yakin dan pasti dia menghidap HIV dan doctor tidak akan merawatnya. Lama-kelamaan Syabab di hantar jua ke hospital berdekatan di sebabkan keadaanya yang semakin parah.

Amat memilukan hati, apabila Syabab berada di hospital tiada seorang pun ahli keluarganya yang menjenguknya kerana semua ahli keluarganya telah membuangnya kerana sifat Syabab yang lampau. Sepanjang berada di hospital, ustaz di Penjaralah yang menjaga dan menjengoknya.

Bila keadaan sedikit pulih, dia akan di kembalikan semula ke Penjara Seremban. Tidak lama selepas itu, keadaanya semakin teruk dan terpaksa di masukkan ke hospital semula. Kesan daripada HIV semakin ketara pada dirinya.

Pada mulanya, ahli keluarganya masih lagi tidak menjenguknya di hospital. Bila mana pihak doctor menyatakan bahawa usianya sudah tidak lama barulah ahli keluarganya mula melihat dan menjenguknya.

Sepanjang berada di hospital itu, Ustaz Abdullah yang setia menanti dan menjaganya. Sehingga meniti ke saat-saat terakhir dalam hidupnya ustaz inilah yang bersama dengannya.

Syabab menyatakan bahawa di telah benar-benar bertaubat atas kesilapan dosa silamnya. Dia bertaubat dengan taubat nasuha. Dengan nafas dan suara yang tersekat-sekat dia menyatakan kesedihannya.

Ketika inilah Ustaz dari Penjara ini mengajarkan kalimah LA ILAHA ILLALLAH. Dan secara berterusan Ustaz ini membisikkan kalimah ALLAH..ALLAH..ALLAH pada telinga Syabab dan Syabab mengikutinya walaupun dalam keadaan nazak. Dan ketika mana Syabab menghembuskan nafas terakhir, lidahnya masih lagi basah menyebut kalimah ALLAH..

Usai diuruskan proses pengekembumian jenazah Syabab, setelah itu Ustaz Abdullah pun pulang semula ke penjara dan menjalankan tugas seperti biasa.

Ustaz Abdullah berceritakan kisah yang berlaku ini kepada Ustaz Ahmad dan kebetulan tidak lama selepas itu, Ustaz Ahmad datang kembali semula ke Penjara Seremban untuk memberi pengisian kerohanian.

Antara kata-kata Ustaz Ahamd dalam kuliahnya, :

“Kita semua sedia maklum bahawa seorang daripada kita  (SYABAB) telah pun menghadap bertemu Allah. Ketika mana dia menghembuskan nafas terakhirnya, lidahnya basah menyebut kalimah ALLAH dan mengucap kalimah LA ILAHA ILLALLAH. Cuba bayangkan seorang penagih dadah yang tegar suatu masa dahulu dan berbuat dosa besar tapi tatkala di penghujung hayatnya dia mati sebagai seorang Muslim. Mudah-mudahan ALLAH swt mengampunkan dosanya dan dijanjikan syurga baginya. Berapa ramai orang yang di luar sana semasa hayatnya menjadi MUSLIM tapi ketika dicabut nyawanya dia dalam keadaan kafir? Wal’ia zu billah. Sedarlah tuan-tuan, apa yang kita hidup hari ini bukanlah penamat kepada riwayat kehidupan kita.

Ada di antara kita yang hidup dan beramal dengan amalan ahli syurga tapi pada penghujung hayatnya dia mati dalam keadaan Suul-Khatimah dan begitu sebaliknya. Oleh itu bersamalah kita memohon pada ALLAH swt supaya mati dalam keadaan Husnul-Khatimah.

Dalam sebuah hadis sahih, Rasulallah saw telah bersabda yang bermaksud :

“Bahawasanya Dialah Tuhan, Tiada Tuhan lain melainkan Dia. Adalah seseorang kamu akan beramal akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dengan syurga itu  hanya sehasta sahaja, tiba-tiba kitabnya telah mendahuluinya, lalu ia pun beramal dengan amalan ahli neraka, maka ia masuk ke dalam neraka. Dan adalah seseorang kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka , sehingga jarak antaranya dengan neraka itu hanya sehasta sahaja, tiba-tiba kitabnya telah mendahuluinya, lalu ia pun beramal dengan amalan ahli syurga, maka ia akan masuk syurga”

Keadaan di penjara menjadi tenang dan sebak seketika. Ada di antara mereka yang sebak dan ada jua yang buat bodoh.

Begitu jualah keadaan di surau pada malam itu. Ada di kalangan ahli qari’ah menjadi sebak dan hampir menitiskan air mata. Keadaan di surau menjadi sebak seketika. Sehinggakan tok nazir surau sendiri hampir menitiskan air mata. Begitu jualah dengan aku bila mengenangkan kisah ini.

Sehingga ke hari ini, bila mana mengimbau semula kisah yang diceritakan ustaz Ahmad ini dada aku menjadi sebak. Apakah kesudahan hidup aku?

Sebagai peringatan dan nasihat bersama, bersamalah kita acap kali memenjatkan doa ini dalam setiap doa kita, insya allah mudah-mudahan kita akan mati dalam keadaan yang baik dan Husnul Khotimah.

Ya ALLAH, akhirilah hidup kami dengan husnul Khatimah (pengakhiran yang baik), dan janganlah Engkau akhiri hidup kami dengan Suul-Khatimah (pegakhiran yang buruk)

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on February 16, 2012, in ~Coretan~. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: