Terkadang pada yang sedikit itu ada barakah..

Setiap hari kita akan makan. ALHAMDULILLAH rakyat Malaysia ni jarang-jarang yang akan kedengaran mati nazak sebab tidak cukup makan. Tapi kalau mati SEBAB terlebih makan di Malaysia bukanlah perkara ganjil. Masakan tidak, dek kerna terlalu asyik makan, makan mengatasi kemampuan dan keperluan inilah padahnya.

Kadang-kandang kanak-kanak atau pun mereka yang berada seusia awal remaja sudah dihidapi dengan penyakit darah tinggi, kencing manis, dan sakit jantung. Pernah sekali saya bertemu dengan seorang kanak-kanak yang baru saja berusia lingkungan 10 tahun sudah menghidap penyakit darah tinggi kerana dia sendiri akan makan sehingga hampir 30 biji gula-gula SETIAP hari, macam mana agak-agak?

Hakikatnya dalam soal makanan, ini merupakan soal KEBERKATAN. Walau pun macam-macam yang kita makan, namun kita tidak tahu di mana letaknya bahagian makanan kita yang Allah SWT pilih sebagai asbab untuk-Nya menurunkan barakah.

Sepotong hadis Nabi SAW yang bermaksud :

“Daripada Jabir ra, beliau mendengar Rasulallah SAW bersabda, “Apabila sesiapa di antara kamu makan, dan jatuh sejemput dari tangan, maka bersihkanlah habuk yang terlekat pada makanan itu dan hendaklah dia memakannya. Jangan tinggalkan itu untuk bahagian syaitan. Dan janganlah di bersihkan tanganmu dengan kain pengelap sehingga dia telah menjilat (jari-jarinya). Sesungguhnya seseorang itu tidak tahu pada bahagian manakah makanannya yang diberkati Allah SWT.”

Merujuk kepada hadis di atas, berapa ramai yang di antara kita :

-akan menjilat jarinya selepas makan?

-akan menjilat jarinya selepas menikmati hidangan di restoren mewah @ makan sebagai vip? Bahkan ada yang pernah merasa segan untuk menjilat jari bila makan di tempat mewah? Kononnya di anggap kolot? Tidakkah ini dikira menghina SUNNAH? Menghina SUNNAH dikira menghina NABI SAW?? Adakah kita seperti ini?

Maka, pesanan saya kepada semua termasuk diri sendiri sesugguhnya kita tidak tahu di mana adanya barakah pada makanan. Jangan kerana kemewahan dan kesenangan kita di bumi Malaysia ini membuatkan kita bila makan mengambil dengan SEMAHU-MAHUnya, tapi bila dah makan selalu di bazirkan. Ambillah makanan dengan sedikit dahulu. Kalau tidak cukup boleh tambah lagi. Dan sebaik-baiknya bila makan adalah berhenti sebelum kenyangkan?? Kita bagaimana?

Begitu jua dengan ilmu yang berguna. Jangan dipandang kecil, selagi mana ia adalah merupakan suatu bentuk kebajikan dan kebaikan. Penilainy adalah Tuhan, ALLAH swt yang menilai amal pada harga sebuah iman. Jangan menangguhkan kebaikan yang kecil semata-mata mahu menantikan peluang amal yang besar.

Sedikt di kaca mata kita, tapi mungkin besar pada kaca mata penilaian Allah swt kan?

Jom!! Jangan bertangguh lagi!! (^^,)

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on February 15, 2012, in ~Coretan~. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: