Tidak salah untuk memberi bantuan kewangan, namun…

Mutakhir ini kita dapat melihat bahawa betapa pemurahnya Kerajaan Malaysia memberikan bantuan kepada rakyatnya dengan pelbagai bentuk dan untuk pelbagai lapisan masyarakat. Hasil daripada pembentangan BUJET 2012 maka ini adalah antara hasilnya :

–          Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500

–          Pemberian Baucar Buku 1Malaysia (BB1M)

–          Skim Rumah Pertamaku

–          Program Rumah Mesra Rakyat

–          Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA)

Penyataan saya di atas ini bukanlah bersifat untuk menjadikan perkara ini sebagai satu agenda politik yang dihangatkan bakal menjelang tiba dalam PRU 13 yang dijangka tidak lama lagi, namun saya melihat ini daripada sudut kaca mata yang berbeza. Terpulang kepada yang lain untuk menilai.

Kerajaan menyebut ini adalah hasil daripada pertimbangan kerajaan sebagai menjaga kebajikan rakyat. Namun jika dengan wang ringgit dan duitlah yang di gunakan untuk mengikat hati rakyat sama ada untuk membangunkan negara, menstabilkan keadaan struktur ekonomi dan segala bagai kebaikan PASTI PERKARA ini tidak akan berjaya! Walau pun niatnya baik.

Allah SWT berfirman dalam al-Quran yang bermaksud :

“Dialah (Allah) yang telah memperkuat engkau (ya Muhammad) dengan pertolonganNya dan dengan orang Mu’min. Dan Dia mempersatukan antara hati mereka, yang kiranya engkau membelanjakan segala apa yang ada di bumi ini, nescaya engkau tidak sanggup untuk menyatukan hati mereka. Akan tetapi Allah SWT telah menaytukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa Lagi Maha Bijaksana.”

(Al-Anfal : 62-63)

Secara ringkas menerusi ayat di atas, sekiranya Rasulallah SAW hendak menyatukan hati-hati pengikutnya dengan harta kekayaan hamaparan dunia pasti tidak akan berjaya kerana kekayaan di dunia ibarat seperti menelan air laut, semakin di telan semakin haus. Sedangkan Rasulallah SAW yang sebagai kekasih ALLAH SWT PASTI tidak mampu mengikat hati pengikutnya dengan harta, apatah pula dengan tindakan kerajaan ini dapat mengikat hati rakyat untuk terus menyokong kerajaan??

TIDAK DAPAT TIDAK HATI KITA INI HANYA DAPAT DI IKAT DENGAN 1 tali iaitu AGAMA & TAUHID KEPADA YANG MAHA ESA, jika ini yang di lakukan oleh kerajaan atau mana-mana pemerintah sekali di atas muka bumi, maka pastilah mereka akan berjaya mengikat hati-hati pengikutnya.

Renung-renungkan.. ^_^

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on February 13, 2012, in ~Coretan~. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: