sedikit..

Saban hari jika kita sedar mahu pun tidak sebenarnya hanya segelintar bersyukur dengan apa yang diperolehinya.

Allah SWT telah berfirman yang bermaksud :

“dan sedikit sahaja dari hamba-hamba-Ku di kalangan orang yang bersyukur.”(Saba’ : 13)

Oleh itu, pernah seorang Badwi berdoa berhampiran Ka’bah dengan doanya yang bermaksud :”Ya Allah SWT, ya tuhanku, jadikanlah aku dari kalangan orang yang sedikit.”Lalu doa seorang Badwi ini didengar oleh Saiyidina Umar ibn al-Khattab R.A. Saiyidina Umar memanggilnya dan bertanya : “mengapakah kamu berdoa dengan doa yang pelik daripada orang lain ? Orang lain meminta kepada perkara yang banyak ; tetapi kamu minta sedikit?” Lalu Badwi itu berkata : ” sesungguhnya apa yang saya sebut ini ada dalam al-Quran.” Lalu Saiyidina Umar berkata : ” Di mana di dalam al-Quran?”, Kata Badwi itu : “Tidakkah Amirul Mukminin mendengar firman Alllah SWT yang bermaksud :

“Dan sedikit sahaja dari hamba-hamba-Ku di kalangan orang-orang yang bersyukur”.( Saba’ : 13)

Nyatalah, sedikit sahaja orang yang bersyukur kepada-Nya, iaitu bersyukur di atas ni’mat yang diberi oleh Allah SWT. Oleh kerana itulah, menurut Badwi tersebut dia meminta supaya Allah SWT memasukkan ke dalan golongan orang yang sedikit (bersyukur). Lalu saiyidina Umar mengatakan : ” Rupanya ada lagi orang yang ‘alim daripada Umar, yang lebih tahu daripada Umar. Ada jua perkara yang Umar tidak tahu.” Saiyidina Umar melahirkan rasa tawadhu’nya dengan penuh rendah diri.

Selamat bermuhasabah…

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on February 10, 2012, in ~Coretan~. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: