♥♥..Semakin kita mengenali Nabi SAW, pasti kita akan lebih menyayanginya..♥♥

Budaya sambutan Maulidur Rasul menjadi topic hangat yang diperkatakan oleh banyak pihak. Debarannya kian  terasa menjelang bulan Rabiu’ul Awwal tiba. Pelbagai persoalan timbul sama ada boleh atau pun tidak? Masing-masing berhujah dengan pandangan tersendiri.

Memetik pendapat daripada seorang ulama’ tersohor tanah air iaitu Ustaz Dr. Haron Din dalam 1 sesi kuliah bulanannya, beliau menyebut :

“ Sambutan Maulidur Rasul ini memang banyak khilaf dan pandangan yang dilontarkan oleh masyarakat. Rata-rata umat Islam di seluruh dunia termasuk Malaysia menyambut perkara ini. Namun, di Arab Saudi sambutan Maulidur Rasul tidak dijalankan kerana mereka menganggap perkara ini adalah bid’ah dan tidak mengapalah mungkin di negera mereka budaya dan pegangan anutan Islam adalah kuat ditambah pula dengan keadaan sekeliling yang kondusif. Namun bagi di tempat lain bagi saya perkara ini adalah PERLU kerana tanda ingatan kita pada Nabi SAW tidak terlalu kuat. Dengan sambutan Maulidur Rasul ini sedikit sebanyak akan dapat mengingatkan kita pada sirah perjuangan Nabi SAW suatu masa dahulu. Tidak salah untuk kita berarak dan berselawat kepada Nabi SAW, tapi jangan pula kita seronok berselawat dan kepenatan, bila balik rumah tertidur sampai terlepas waktu zohor. Kacau la”

Bersempena dengan bulan Rabi’ul Awwal ini marilah kita bersama-sama memperbanyakkan selawat ke atas Nabi SAW sebagai tanda ingatan kita pada baginda SAW.  Firman Allah SWT yang bermaksud :

Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya sentiasa berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawat dan salamlah kepadanya.

(Surah Al-Ahzab:Ayat 56)

Mengapa kita perlu berselawat kepada Nabi SAW sedangkan Nabi SAW sudah mendapat syafaat di sisi Allah SWT?

Analaogi yang mudah diutarakan di sini, jika kita sebagai seorang rakyat jelata menghadap kepada sultan, pasti kita akan membawa barang-barang buah tangan untuk diberikan kepada raja. Sedangkan apalah sangat nilainya barangan pemberian kita kepada raja jika nak dibandingkan dengan nilai harga barangan dengan kekayaan raja. Tapi, simbolok disebalik itu adalah sebagai tanda ingata kita kepada raja. Walau pun tidak seberapa pemberian kita, tapi raja akan menganggap kita sayang kepadanya dan dia akan mengingati kita. Begitu jualah dengan Rasulallah SAW. Semakin banyak kita berselawat kepada baginda SAW, semakin kuatlah tanda kasih sayang kita kepadanya dan mengingatinya. Mudah-mudahan dengan sedemikian kita akan menjadi antara golongan yang mendapata syafaat baginda SAW di hari kebangkitan di mana pada ketika itu hanya syafaat baginda SAW yang dapat membantu kita.

Jom kita imbas sedikit sejarah sambutan Maulidur Rasul ini. Secara ringkas, sambutan Maulidur Rasul adalah dilakukan oleh bapa saudara Nabi SAW ketika mana hari kelahiran baginda SAW. Abu Jahallah yang paling gembira dengan kelahiran baginda hatta sanggup menyembelih seekor unta. Namun apabila Nabi SAW memulakan misi da’wah baginda secara terbuka, ABU JAHAL jualah yang menjadi penentang kepada da’wah baginda. Dengan secara berdepan di khlayak ramai Abu Jahal menghina Nabi SAW. Antara kata-kata kesatnya “celaka engkau Muhammad, engkau nak pecah-belahkan ajaran masyarakat ini dan meninggalkan ajaran sembahan nenek moyang kita?” cubalah kita bayangkan bagaimana perasaan Nabi SAW ketika itu? Diherdik dan dihina oleh bapa saudaranya sendiri dikhalayak ramai. Jika Nabi SAW yang mulia ini duherdik sebegini rupa, apakah cabaran kita sebagai penda’wah pada hari ini. Ada ustaz menyatakan bahawa cabaran terbesarnya dalam menyebarkan da’wah adalah bila mana melihat pendengar ceramahnya tertidur tatkala dia sedang berceramah, kene pula yang tertidur itu adalah mereka yang paling di depan sekali termasuklah tok imam dan tok bilal..😀

Namun fenomena masyarakat kita ini pelik, Maulidur Rasul kita sambut, tapi sunnah dan ajaran Nabi SAW kita abaikan. Pelik kan? Kita pula bagaimana ? Sebelum kita menuding jari kepada orang lain, muhasabahlah diri kita dulu.

“Kadang-kadang semakin lama kita mengenali seseorang disekeliling kita, kita akan jadi lebih suka padanya atau mungkinkita akan lebih membencinya. Tetapi SEMAKIN KITA MENGENALI NABI SAW PASTI KITA AKAN LEBIH MENYAYANGINYA KERANA BAGINDA SAW ADALAH CONTOH INSAN TERBAIK DI ATAS MUKA BUMI INI”

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)”

 

Surah Al-Ahzab : Ayat 21

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on February 6, 2012, in ~Coretan~. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: