Keberkesanan Islam dalam menyelesaikan masalah jenayah

Sejarah Perlaksanaan Undang-Undang Jenayah Islam

1.       Zaman Rasulallah SAW

Zaman ini adalah zaman pertumbuhan dan zaman perletakan asas perundangan Islam. Perlaksanaan undang-undang pada zaman Rasulallah SAW adalah hasil daripada wahyu Allah SWT secara langsung yang diturunkan kepada Rasulalllah SAW melalui perantaraan malaikat Jibril a.s. Oleh yang demikian, zaman Rasulallah SAW merupakan zaman perundangan yang lengkap

Perlaksanaan undang-undang jenayah Islam pada zaman Rasulallah SAW dikuatkuasa dan dijalankan oleh Rasulallah SAW sendiri. Apabila jenyah berlaku, Rasulallh SAW akan menunggu wahyu dari Allah SWT sebelum dijatuhkan hukuman ke atas penjenayah. Sekiranya tiada wahyu yang diberikan, maka Rasulallah SAW yang akan berijtihad.

Sebagai contoh Anas bin Malik meriwayatkan apabila bapa saudaranya menampar hamba sahaya sehingga tercabut giginya, Rasulallah SAW memerintahkan agar dilaksanakan hukuman qisas terhadap bapa saudaranya itu. Rasulallah SAW sendiri menyatakan bahawa itu adalah sebenarnya hukuman daripada Allah SWT.

2.       Zaman Sahabat

Zaman bermula apabila Rasulallah SAW wafat sehinggalah berakhirnya zaman abad pertama hijrah. Penguatkuasaan undang-undang Islam dapat dilaksanakan dengan baik kerana para sahabat mengambil contoh teladan daripada baginda SAW dalam melaksanakan hukum undang-undang jeanayah Islam. Sebagai contoh, Abu Bakar r.a. memerangi golongan yang enggan membayar zakat kerana keengganan mereka itu bererti mereka telah menolak Islam

3.       Zaman Tabi’in dan Imam Mujtahid

Zaman ini bermula pada awal kedua hijrah hinggalah kurun keempat hijrah. Pada zaman ini, kegiatan penulisan buku berjalan dengan amat aktif sekali. Pada masa ini jualah dibukukan segala hadis, fatwa, tafsir al-Quran, fiqah, usul fiqh dan sebagainya. Zaman ini dianggao sebagai zaman keemasan dan kemajuan perundangan Islam. Antara faktor zaman perkembangannya adalah seperti berikut :

–          Kerajaan Islam bertambah luas

–          Ahli perundangan dan fatwa menkimati kemudahan yang luas dalam kegiatan perundangan ekoran lambakan sumber yang tersedia

–          Lahir tokoh perundangan Islam yang hebat seperti Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi’e dan Imam Ahamd bin Hanbal

 

4.       Malaysia sebelum merdeka

Sebelum kedatangan penjajah Barat, undang-undang jenayah Islam dijalankan di negeri-negeri Melayu dan ia menjadi dasar undang-undang Negara. Kenyataan ini berlandaskan kepada kewujudan Hukum Kanun Melaka, Undang-Undang Pahang, dan Undang-Undang Kedah. Hukum Kanun Melaka dilaksanakan sejaka zaman Kesultanan Melayu Melaka, berpaksikan kepada mazhab Syafi’e. ia mempunyai pengaruh yang besar dan berkesan dalam  negeri Melayu di bawah pemerintahan emapayar dan negeri sekitarnya seperti Johor, Kedah, Pahang dan Brunei. Secara umum, perundangan Islam telah dijalankan di Tanah Melayu sebelum kedatangan penjajah.

Apabila Inggeris mula menjajah Tanah Melayu,mereka melakukan perubahan yang ketara dalam perundangan Peruntukan Piagam Keadilan I (1 807), Piagam II (1 826), penguatkuasaan undang-undang sivil (1 837), dan undang-undang Tanah Melayu baru pada 1 956 memberi kuasa yang amat banyak kepada British untuk mengubah dan menghapuskan undang-undang tempatan dan menggantikan dengan undang-undang mereka.

Undang-undang British ini dikuatkuasakan oleh British memberi impak yang besar keapda perundangan Islam , terutamanya undang-undang jenayah Islam. Maka, undang-undang Inggeris menyelinap masuk sedikit demi sedikit dan menggantikan perundagan Islam yang dilaksanakan sebelum itu.

Faktor Keberkesanan Undang-Undang Jenayah Islam

1.       Memberi Kesedaran kepada Penjenayah dan Masyarakat

Islam menjatuhkan hukuman kesalahan jenayah bukan sekadar sebagai pembalasan yang setimpal di atas perlakuan jenayah, bahkan ia lebih tertumpu kepada aspek pencegahan jenayah daripada terus merebak. Justeru, hukuman dalam undang-undang Islam bertujuan untuk memberi keinsafan kepada penjenayah dan masyarakat sekeliling. Oleh it, hukuman perlu dilakukan di khalayak ramai agar dapat memberi pengajaran kepada orang ramai dan siapa jua yang menyaksikannya. Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Dan hendaklah disaksikan hukuman yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan orang yang beriman.”

(an-Nur; 24:2)

Imam Ibn Kathir berkata, cara perlaksanaan yang dianjurkan dalam ayat al-Quran adalah tegahan dan cegahan kepada mereka yang melakukan zina. Apabila mereka disebat dikhalayak ramai, keadaan ini berkesan untuk mencegah perbuatan mereka.  Bukan sekadar itu, malahan ia dapat menjadi ikhtibar dan pengajaran kepada mereka yang hadir menyaksikan.

Kesimpulannya, pencegahan dalam hukuman berdasarkan undang-undang jenayah Islam tertumpu kepada 2 sasaran iaitu :

a.       Pencegahan secara umum

Kepada setiap ahli anggota masyarakat secara keseluruhannya agar tidak melakukan jenayah

b.      Pencegahan secara khusus

Bantuan mencegah dan tidak memberi kesedaran kepada penjenayah terbabit agar tidak mengulangi kesilapan lalu.

Kamal ibn al-Humam berkata, hukuman Islam apabila dilaksanakan, dapat mencegah penjenayah daripada mengulangi jenayah itu dan apabila hukuman ini dijalankan secara terbuka, pencegahan umum boleh berlaku.

Oleh itu, hukuman menurut kaca mata Islam bertujuan untuk menjaga kemaslahatan ummah dan ia adalah rahmat kepada mereka kerana hukuman yang dijalankan dapat memelihara masyarakat daripada bahana jenayah.

 

2.       Pencegahan daripada Allah SWT

Allah SWT menurunkan keberkatan kepada penduduk bumi yang melaksanakan undang-undang Islam dengan mencegah daripada perbuatan jenayah terus berleluasa. Keberkatan daripada Alllah SWT dapat dirasai apabila undang-undang Islam dilaksanakan oleh manusia. Firman Allah SWT yang bermaksud :

“… pencegahan yang datang daripada Allah SWT.”

(al-Ma’idah; 5:38)

Cegahan daripada terlibat dengan jenayah mencuri adalah rahmat Allah SWT ke atas orang yang hendak melakukan jenayah. Ini kerana hasratnya akan terhenti apabila merasa takut kepada Allah SWT melalui pencegahan itu. Ia jua sebagai rahmat kepada masyarakat apabila bebas daripada msalah jenayah. Imam al-Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim menyatakan yang perkataan ‘nakalan’ membawa maksud ikhtibar bagi orang yang melihat hukuman untuk menjauhkan diri daripada melakukan perbuatan yang sama.

Jelas, apabila undang-undang Islam tertegak, kadar jenayah dapat diturunkan dan berkurang ekoran daripada pertolongan dan keberkatan daripada Allah SWT. Rasulallah SAW bersabda yang bermaksud :

“Daripada Ibn ‘Umar r.a. bahawa Rasulallas SAW bersabda : Perlaksanaan sesuatu hukum huddud Allah SWT adalah lebih baik daripada hujan yang turun selama 40 malam di atasa muka bumi ini”

(Hadis riwayat Ibn Majah)

3.       Keadilan Dapat Ditegakkan

Keberkesanan undang-undang jenayah Islam dapat dihasilkan kerana ia berprinsipkan keadilan sejagat tanpa mengambil kira penjenayah itu berpangkat, berharta atau pun tidak. Ini kerana perlaksanaan hukuman dalam undang-undang Islam bersangkut-paut secara langsung dengan soal keagamaan. Dalam arti kata lain, ia mempunyai roh syariah Islamiyah secara mendalam. Justeru, hakim yang mengadili perbicaraan akan bersikap adil terhadap semua tanpa mengira pangkat, harata, mahu pun keturunan.

Di samping itu, teras yang menjamin keadilan dalam Islam datangnya daripada aqidah. Kekuatan aqidah menjadi sokongan dan dorongan utama dalam menegakkan keadilan. Firaman Allah SWT yang bermaksud :

“… dan apabila kamu mengadili antara manusia, maka hendaklah kamu menjatuhkan hukuman dengan seadil-adilnya.”

(an-Nisa’ ; 4:48)

4.       Penerimaan Kembali Masyarakat Terhadap Bekas Penjenayah

Mengikut peraturan Islam, setiap pesalah yang menjalani hukuman (kecuali hukuman mati), tetap diberi tempat dalam masyarakat. Sikap memupuk rasa penerimaan masyarakat terhadap bekas penjenayah amat penting dalam Islam. Antara sebab penjenayah kembali mengulangi perbuatan jenayah mereka ialah penolakan masyarakat terhadap diri mereka.

Tujuan hukuman dalam Islam bukan semata-mata menghukum dan mencegah penjenayah daripada melakuakn jenayah. Sebenarnya, ia bagi memperbaik akhlak penjenayah, mendidik dan mengajaknya ke arah ketaqwaan. Oleh itu, Islam membuka ruang dan peluang kepada mereka yang pernah melakukan jenayah untuk kembali ke pangkal jalan, bertaubat dengan taubat nasuha kepada Allah SWT, menyesal dengan perbuatan jenayah yang dilakukan dan berusaha untuk Memperbaiki diri mereka. Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Maka sesiapa yang bertaubat sesudah melakukan kejahatan serta memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah SWT akan menerima taubatnya, Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

(al-Ma’idah; 5:39)

Manakala sabda Rasulallah SAW yang bermaksud :

“Orang yang bertaubat daripada dosa samalah seperti orang yang tidak beroda”

(Riwayat Ibn Majah)

 

Bukti Keberkesanan Undang-Undang Jenayah Islam

1.       Pengakuan Orientalis dan Sarjana Barat

Kesesuaian dan keberkesanan undang-undang jenayah Islam yang merangkumi qisas, hudud dan ta’zir diakui oleh semua pengkaji Barat yang ikhlas dalam kajian mereka. Bahkan mereka yang memusuhi Islam jua mengakui kukuhnya prinsip yang dibawa oleh Islam melalui seminar peringkat antarabangsa yang mereka adakan.

Sebagai contoh, seorang yang bukan Islam yang jua tokoh dan pakar undang-undang Syria, Faris al-Khori, memuji bentuk hukuman yang terdapat dalam undang-undang Islam. Beliau sering memuji kelebihan perundagan Islam dalam mewujudkan keamanan dan kestabilan dalam masyarakat.

Antara kata-kata yang pernah diucap oleh Faris al-Khori adalah :

Anda semua pasti mashi ingat tentang peruntukan belanjawan negara dengan jumlah yang amat banyak dikhususkan untuk perkhidmatan keselamatan seperti polis, penguatkuasa dan mahkamah. Sekiranya syariah Islam dilaksanakan, sebagai contohnya, dipotong tangan di Halab (bagi mereka yang mencuri), disebat di Dir al-Zur, direjam pula penjenayah ketiga di Damsyik, begitu jua di daerah lain, nescaya jenayah terhapus dan tersimpan untuk negara tiga perempat daripada belanjawan ini… (Dr. yusuf al-Qardhawi)

Seorang lagi tokoh, Dr. Ezco Ensabato berkata :

Syariah Islam mengatsai segala perundangan Barat, bahkan ia menyediakan kepada dunia perundangan yang paling kukuh dan kekal (Dr. Yusuf al-Qardhawi)

Jelaslah kepada kita bahawa sekiranya kajian dibuat dengan mendalam dan secara ikhlas, perundangan islam akan dapat tempat dalam dasar hati manusia termasuklah orang bukan Islam. Ini kerana keberkesanan undang-undang jenayah Islam dapat membendung dan menangani permasalahan jenayah.

2.       Perangkaan (statistic kadar) Jenayah

Amerika Syarikat dan barat yang mendakwa menggunakan undang-undang moden dan canggih terus dibelenggu peningkatan kadar jenayah yang begitu pesat. Perangkaan menunjukkan yang perlakuan jenayah membabatikan remaja belasan tahun. Setiap detik di Amerika Syarikat dan Barat, berlaku jenayah rogol, rompakan dan sebagainya. Begitu jua dengan pengulangan jenayah yang terus bertambah dari masa ke semasa. Penjenayah yang sudah menjalani hukuman kembali mengulangi perbuatan jenayah mereka apabila dibebaskan daripada penjara.

UNDANG-UNDANG CIPTAAN MANUSIA yang diamalkan dikebanyakan negara termasuklah MALAYSIA ternyata gagal memberi keinsafan kepada penjenayah tegar. Ini menjelaskan walau bagaimana canggih sekalipun undang-undang itu, selagi ia ciptaan manusia, IA TIDAK AKAN BERKESAN DALAM MENANGANI JENAYAH!

Secara kesimpulannya, undang-undang jenayah Islam yang diredhai oleh Allah adalah undang-undang yang paling sesuai dan berkesan dalam menangani permasalahan jenayah. Justeru, sekiranya masyarakat ingin melihat kewujudan keamanan dan keharmonian pada individu, masayrakat dan negara, mereka seharusnya bersedia kembali kepada perlaksanaan undang-undang jenayah Islam. Sekiranya masyarakat masih lagi menaruh harapan kepada undang-undang jenayah ciptaan manusia, jenayah pasti akan terus berkembang pesat kerana sudah jelas tebukti nyata undang-undang ciptaan manusia gagal menangani permasalahan jenayah.

Posted on January 4, 2012, in Tinta kehidupan. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: