Antara 6 golongan yang dilaknat Allah, Rasulallah S.A.W

Alhamdulilliah masih lagi diberi kesempatan dan kekuatan oleh Allah untuk terus menggali ilmu permata dalam usaha mempelajari ilmu-ilmu yang menjadi fadhu ‘ain kepada setiap kita. Sedikit perkongsian yang dapat diperolehi daripada USTAZ ABDUL RAHMAN AWANG SUH dalam pengajian berkalanya mengenai kitab BAHRUL MAZI dalam bab kepercayaan kepada QADR ALLAH.

Dipetik daripada hadis Rasulallah S.A.W daripada Saidatina ‘Aisyah r.a menyatakan bahawa terdapat 6 golongan yang di laknat oleh Allah, di laknat oleh Rasulallah S.A.W., di laknat oleh semua Nabi A.S. Antara 6 golongan tersebut ialah :

  1. Orang yang menambah pada kitab Allah (al-Quran)
  2. Orang yang membohongkan qadar Allah
  3. Orang yang diminta hormat kepadanya dengan penggunaan kekerasan
  4. Menghalalkan dan mengharuskan apa yang diharamkan oleh Allah
  5. Menyakiti ahli Bait (golongan ahli keluarga Rasulallah S.A.W)
  6. Tidak mengikuti sunnah Rasulallah malah membencinya.

Sedar atau tidak hakikatnya 6 golongan manusia ini telah muncul pada masa kini sama ada di depan mata kita, di masyarakat kita, di Malaysia atau di mana sahaja di muka bumi ini.

Sedikit kupasan yang saya kongsikan ini mungkin dapat dikongsikan bersama. Saya melontar pandangan secara jujur kerana kebenaran itu perlu dilkatakan walaupun ianya terkadang pahit. Hanya beberapa contoh yang saya bangkitkan di sini. Sebagai contoh golongan pertama, saya rasa sedar semua kita sedar dengan isu yang tidak pernah lekang lebih-lebih lagi daripada bibir pemimpin parti politik berkaitan dengan isu hudud. Seorang pemimpin negara yang mengaku sebagai negara ISLAM telah menyatakan bahawa hudud tidak lagi relevan untuk dijalankan pada masa kini di Malaysia. Siapakah dia untuk mempetikai hukum ALLAH, adakah dia ini terlibat dalam golongan “orang yang menambah pada kitab Allah?” saya rasa anda semua mampu untuk menilai dan mentafsir.

Sebagai contoh lain pula, dalam golongan ketiga pula, perkara seperti ini adalah sangat popular di kalangan kita, dengan istilah yang mudah adalah golongan pemerintah berkuku besi. Perkara seperti ini adalah lazim berlaku dalam mana-mana organisasi sama ada sebuah organisasi yang kecil mahu pun ke peringkat tertinggi pentadbiran negara.

Sebagai contoh dalam sesebuah institusi keluarga, sebagai seorang suami dan jua bapa, terdapat sebahagian mereka yang menggunakan kekerasan dengan sifat “hot temper, keras kepala” dan lain-lain. Saya bercerita ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri. Ramai ketua keluarga yang mencegkam keluarga mereka dengan kuku besi, mengharapakn si anak dan isteri menghormatinya sebaliknya dia menggunakan kekerasan. Tekanan demi tekanan diberi sama ada dalam bentuk fizikal mahu pun mental diberi pada keluarga dengan harapan si bapa dan ayah ini akan terus dihormati Sudahnya, hilang dan hancurlah keharmonian serta kebahagiaan rumah tangga itu kerana perkara seperti ini.

Dalam contoh lain pula dalam sesebuah organsisai sama ada dalam bidang kepimpinan di peringkat pelajar mahu pun pekerjaan pula, sebahagian para majikan dan ketua-ketua mencegkam mereka  yang berada di bawah mereka. Segala bentuk yang disukai oleh ketua-ketua ini perlu dan dibenarkan oleh orang yang berada di bawah mereka untuk dilaksanakan. Sebagai contoh segala bentuk hiburan dan perkara yang dapat memberi kebaikan kepada ketua mereka dibenarkan. Sebaliknya bila ada mana-mana di antara golongan bawahan yang bersuara dengan tujuan untuk menegur dalam usaha untuk amar ma’ruf nahi mungkar adalah dibenci sama sekali. Mereka yang seperti ini akan dicengkam dengan kuku besi pemrintah mereka daripada terus bersuara. Demi untuk menjaga periuk nasi, harta dan pangkat mereka, ada sebahagian di antara mereka yang dulunya tegar dan tegas bersuara secara perlahan akan mula menyepi. Tetapi bagi mereka yang tetap dengan pendirian untuk menegur pimpinan mereka daripada terus melakukan kesilapan, mereka secara berterusan akan terus menyatakan tentangan kepada golongan  atasan bukan untuk mendaptkan perhatian atau pangkat , tetapi hanya untuk membawa kebenaran. Syabas kepada mereka!!

Dalam hal negara pula, jika kita lihat di seluruh dunia,  sejarah telah merekodkan bahkan terus berulang-ulang didepan mata kita memperlihatkan mereke yang mentadbir dengan kuku besi ini terus dibenci, ditentang dan digulingkan oleh rakyat mereka sendiri. Pada mulanya memang rakyat akan takut untuk bangkit. Tetapi lama-kelamaan mereka tetap akan bangkit jua. KEBENERAN TIDAK DAPAT DISEMBUNYIKAN, KEBENARAN TETAP AKAN MUNCUL UMPAMA MUNCULNYA SINAR MENTARI MENYINARI HARI. Sebagai contoh, kebangkitan di Indonesia pada suatu masa dahulu, kebnangkitan di timur tengah lebih dikenali sebagai “Arabic spring” di Mesir, Tunisia, Syria dan beberapa negara lain, kebangkitan di Moscow. Segala kebangkitan ini adalah semata-mata rakyat yang menuntut keadilan dak kebebasan daripada terus berada dalam ketakutan di bawah pemerintahan yang mencengkam. Begitu banyak contoh yang telah didatangkan kepada kita, negara kita MALAYSIA YANG TERCINTA pula bagaimana? Adaakah kita selesa dengan keadaan sebegini? Atau kita sudah mula sedar dan bersedia untuk bangkit? Segalanya adalah terserah kepada kita.

Secara kesimpilannya, 6 golongan ini adalah golongan yang telah dibenci oleh Allah, Rasulallah S.A.W dan para nabi. Maka kita jua perlu membenci mereka, bukannya bersikap toleransi kepada mereka. Saya sedar bahawa masyarakat Melayu ini adalah berbudi luhur dan santun, tapi ketegasan adalah perlu dalam usaha menegekkan kebenaran. Sebagai contoh ada pula di masjid yang mana ustaz-ustaznya “menapis isi-isi kuliah” kerana takut untuk menyetuh isu-isu kedzaliman yang sedang berlaku di negara ini sendiri. Perkara yang melibatkan kelompangan dan kekurangan pucuk pimpinan negara mereka tidak disampaikan dan diselindung. Ini adalah SALAH SAMA SEKALI! Kita sendiri sebagai contoh perlu tegas dengan kebenaran. Ya benar mungkin kita kadang kala bila disoal tentang apa yang berlaku mungkin kita takut untuk bersuara, tetapi hendaklah wajib ada setidaknya sekelumit kebencian dan laknat kepada mereka yang terlibat dengan 6 golongan ini sama ada pada peringkat keluargam, masyarakat dan negara sekali pun.

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on December 29, 2011, in Tinta kehidupan. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: