Jom Bersama Kita penuhi Kuliah-Kuliah Ilmu..

Alhamdulillah tanpa kita sedar kini telah masuk hampir ke penghujung tahun dan berada pada minggu ke-4 bulan Disember 2011, bermaksud tahun 2012 bakal menjelang.. Tanpa kita sedar jua bagi sesiapa yang menuntut di IPTA tempatan, kini sudah berada di penghujung semester bagi sesi 2011/2012..

Biasanya hujung semester begini, ramai yang sudah tamat sesi kuliah, dan ada jua yang bertungkus lumus untuk menyiapkan assignment dan ada jua yang sibuk dengan perkara lain dengan tanggungjawab masing-masing.

Namun, sedarkah kita apa yang kita pelajari selama ini terutamanya bagi seorang MUSLIM kita mempelajari ilmu-ilmu fadhu kifayah yang mana hampir  kebanyakan adalah ilmu-ilmu yang wajib dituntut oleh sebahagian kita, dan jika ada sebahagian kita telah menuntut ilmu itu maka terlepaslah pula kewaipan bagi yang lain. (kecuali bagi mereka yang menuntut di Pengajian Islam). Tapi bagi mereka yang menuntut di IPT yang secular yang langsung tiada pengisian agama dalam sillibus pelajaran mereka, mereka perlu untuk menuntut ILMU FARDHU ‘AIN yang menjadi kewajipan bagi setiap di antara kita.

Lebih-lebih lagi dalam hujung semester sebegini, saya yakin dan percaya kita semua ada banyak masa yang terluang, mengapa kita tidak mendekatkan diri kepada majis ilmu yang diadakan di masjid atau surau yang berdekatan? Memanglah tidak dapat dinafikan bahawa capaian globalisasi masa kini yang pantas yang hanya dengan menonton youtube kita sudah dapat mendalami ilmu agama. Tapi bukankah menuntut ilmu secar berdepan dan bersemuka itu lebih menarik dan mudah difahami dalam masa yang sama kita dapat mengenali warga setempat.

Saya menyeru kepada rakan-rakan yang ada masa berkelapangan dan lebih-lebih lagi yang memiliki kenderaan pergilah ke surau-surau dan masjid berdekatan agar masa kita semua dapat terisi dengan perkara yang berfaedah.

Kalau dulu di alam persekolahan mungkin kita selalu disuap atau didedahkan dengan ilmu-ilmu agama, tapi kini kita semua telah dewasa dan berada di university dan segalanya terletak di tangan kita untuk mencorakkan masa depan kita.

Sebenarnya saya agak sedikit terkilan kerana rata-rata kawasan yang telah pergi, saya melihat ketandusan anak muda dalam mendalami ilmu agama? Saya beranggapan mungkin selam ini mereka sibuk dengan tugasan dan tanggungjawab lain, tapi kin saya yakin dan percaya ramai yang sudah mempunyai masa terluang ini. Maka marilah kita bersama-sama mengisi masa yang ada supaya kita tidak merasa rugi kelak.

Di sini saya link kan beberpa masjid dan surau yang berdekatan dengan campus kita, yang mana penceramahnya adalah tidak kurang hebatnya seperti Ustaz Fauzi Mustafa (Pengacara al-Kuliyyah), Ustaz Sukki Othman, Ustaz Haron Din, Ustaz Hasrizal dan ramai lagi.. kalo nak taw, mai jangan x mai..:) :

  • Masjid Mardi
  • Surau yang berdekatan Pak Ya corner
  • Masjid UPM
  • Masjid Hasanah, sekseyen 8 Bandar Baru Bangi
  • Surau an-Nur, Seksyen 2, (berdekatan dengan darus as-syifa) Bangi (surau ini yang paling best sebab boleh katakana setiap malam ada kuliah dan ustaznya pun meanrik sangat..:) lamanannur.blogspot.com

Di sini saya sisipkan sepotong hadis yang mungkin dapat menjadi motivasi kepada kita semua:

7 Golongan Manusia Yang Akan Mendaptkan Naungan Allah Di Hari Kiamat

Telah bercerita kepada kami Muhammad bin Basysyar Bundar berkata, telah menceritakan kepada kami Yahya dari ‘Ubaidullah berkata, telah menceritakan kepadaku Khubaib bin ‘Abdurrahman dari Hafs bin Ashim dari Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu dari Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:

Ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah pada Hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya.(1)Pemimpin yang Adil,(2) Seorang pemuda yang menyibukkan dirinya dengan ibadah kepada Rabbnya,(3) seorang yang hatinya selalu terikat pada Masjid, (4) Dua orang yang saling mencintai karena Allah Subhanahu wa Ta’ala, berkumpul dan berpisah karena Allah pula,(5) Seorang lelaki yang di ajak zina oleh wanita yang kaya dan cantik tapi ia menolaknya seraya berkata ‘Aku Takut kepada Allah’(6) seseorang yang bersedekah dengan menyembuyikannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dinfaqkan oleh tangan kanannya,(7) serta seorang yang berzikir kepada Allah dikala sendiri hingga kedua matanya basah karena menangis.” (Shohih Bukhari, Hadits no 620)

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on December 20, 2011, in ~Coretan~. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: