AUKU apakah perlu dipinda semula, digubal, atau di mansuh??

AUKU atau lebih dikenali dengan Akta Universiti Kolej Universiti yang diperkenalkan semenjak tahun 1971 dan mendapat perkenan raja pada 27 April 1971 telah banyak mengubah life student di campus lebih-lebih lagi penglibatan mahasiswa dalam bidang politik. Sehingga kini mahasiswa seolah-olah dimomokkan dengan AUKU dan seakan-akan AUKU ini menjadi hantu yang telah menghantui mereka semenjak menjejakkan kaki di menara gading hinggalah melangkah kaki ke alam pekerjaan. Hanya segelintir sahaja yang berani untul berdepan dengan “kuasa AUKU” ini.

Baru-baru ini pada 24 November 2o11 Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Dewan Rakyat mengumumkan untuk meminda Seksyen 15 AUKU bagi membolehkan mahasiswa menjadi ahli parti politik. Setelah hampir sekian lamanya mahasiswa menjadi mangsa dan dimomokkan dengan AUKU baru kini YAB PM bertindak untuk menggubal akta ini. Adakah ini secara tidak langsung berkait rapat dengan PRU yang bakal berlangsung tidak lama lagi atau pun YAB PM sudah bersedia untuk menerima mahasiswa sebagai partipitasi ahli politik? Saya serah kepada anda untuk menilai dan menentukan.

Setelah mendapat mandat ini, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Saifuddin Abdullah telah mengambil langkah yang bijak dengan mengadakan perundingan dan perbincangan yang luas dan terbuka akan diadakan dan digalakkan dengan pelbagai pihak kepentingan, seperti badan-badan mahasiswa, academia, belia, professional, masyarakat  sivil dan parti politik. Dengan pindaan ini Dato’ menjangka perkara ini dapat dibentangkan di mesyuarat pertama Parlimen tahun 2012.

Perkara hangat ini telah membangkitkan 1001 jawapan dari pelbagai pihak yang mendalami AUKU ini. Walaupun hakikatnya tidak semua pelajar didedahkan dengan AUKU walaupun setelah bergelar mahasiswa selama 4-5 tahun lamanya, mereka tidak lain hanyalah dimomokkan sahaja dengan AUKU. Bahkan di kalangan mereka yang menyandang jawatan di dalam universiti sendiri pun sama ada majlis perwakilan pelajar, majlis tertinggi mahasiswa dan lain-lain masih kabur tentang perkara ini.

Hasil daripada Persidangan Meja Bulat Pindaan AUKU ini yang di adakan pada 17 Disember 2011 di ibu kota, , hampir 7/8 daripada perwakilan yang hadir yang terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar yang merupakan antara Stake Holder terpenting, non-Government Organization and Government Organization telah bersetuju untuk tindakan diambil ke atas AUKU ini sama ada dengan pandangan ingin menggubal atau memansuhkan dan diganti dengan akta lain. masing-masing berhujah dengan pandangan masing-masing. Dan rata-rata bagi mereka yang pernah “bersama AUKU” pasti mahukan AUKU di MANSUHKAN.

Antara persoalan yang hangat dibangkitkan mengapakah hanya selepas umur 21 tahun barulah mahasiswa di IPT dibenarkan untuk terlibat dalam parti politik? Jika kita dilihat sebagai contoh di Philippine mereka telah dibenarkan untuk terjun ke kancah politik setelah mencapai umur 15 tahun dan Australia pula tiada had limit umur untuk menceburkan diri dalam bidang politik. Bahkan di University of Massachutes mahasiswa sendiri dibenarkan untuk menggubal silibus pendidikan di NEGARA mereka. Di manakah letaknya peranan mahasiswa sebagai pelapis pucuk pimpinan masa depan jika terus diketepikan oleh pihak pemerintah? Saya serahkan kepada anda untuk menilai dan menentukan..

Melihat kepada statistik setelah AUKU diperkenalkan, apa yang dapat dilihat dalam hasil implementasi AUKU hanyalah kebanyakan antaranya adalah sekadar memenuhi peluang pekerjaan dan mengalami proses “PEMBODOHAN BERULANG-ULANG”. Masakan tidak, jika mereka dikekang dan dihantui dengan bayangan AUKU semenjak di life campus lagi, maka apabila mereka melangkah masuk alam pekerjaan mereka terus dibelenggu kongkongan AUKU dan menjadikan mereka takut untuk tampil ke hadapan untuk membawa idea baru yang mungkin boleh mentranformasi masa depan negara ini khususnya dalam kalangan belia. Jika mereka seorang pendidik di peringkat sekolah, ada di antara mereka yang akan memomokkan AUKU kepada pelajarnya lantas mencetuskan perasaan takut kepada AUKU semenjak di bangku persekolahan lagi.

Lantaran itu, ramai dari kalangan pimpinan mahasiswa mahu pun aktivis mahasiswa berhujah untuk memansuhkan AUKU terus dan tiada guna jika digubal akta tertentu tetapi kebebasan mahasisiwa masih lagi dikawal seperti kebebasan berhujah, kebebasan berkumpul, kebebasan menggunakan media dan sebagainya. Apalah guna meminda akta tertentu tapi impliaksinya adalah sama, di mana pandangan mahasiswa masih lagi dipandang enteng oleh pemerintah dan mahasiswa tidak berpeluang menyertai politik.

Adakah dengan partipitasi mahasisiwa ke kancah politik boleh menjerumuskan mereka ke tahap hingga GB (Gagal Berhenti)? Hingga ke masa kini tiada kajian emperikal yang menunjukkan bahawa mahasisiwa yang telibat dengan parti poltik GB dalam pengajian mereka (Prof. Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi- salah seorang penggubal AUKU pada tahun 2009). Bahkan lebih ramai mereka yang bermasalah dalam pointer dan ada yang GB kerana terlalu asyik bermain game di hostel termasuklah Dota, War Craft, PES dan terlibat dengan perkara yang tidak mendatangkan hasil.

Atau pun kerajaan lebih suka menghasilkan mahasiswa yang nerd dalam mengisi ruang pekerjaan. Mereka yang hanya tahu belajar sahaja tapi tiada nilai tambah pada mereka. Pernah saya menemu ramah seorang CEO Perodua bahawa masa kini pointer bukan lagui kayu ukur dalam mengisi peluang pekerjaan, bahkan pointer jatuh tempat ke 7 @ 8 dalam penilaian temuduga. Hatta ada penemuduga yang langsung tidak melihat slip keputusan kita bila ditemuramah. Mereka hanya menilai nilai tambah yang ada pada kita. Perlu diingat bukan segala apa yang kita pelajari di menara gading akan diguna pakai dalam bidang pekerjaan. Pointer bukan asbab kepada kita untuk mendapat pekerjaan tetapi ia boleh menjadi faktor utama kepada meraih peluang pekerjaan.

Selain itu, antara topic perbualan hangat adalah mengapakah jawatankuasa pemindaan AUKU ini tidak melibatkan daripada golongan mahasiswa sendiri? Bukankah mahasiswa perlu diberikan sedikit ruang untuk bersuara dan menentukan masa depan mereka. Mengapa hanya pihak KPT dan mereka yang berkepentingan dalam HEP university tertentu sahaja yang telibat. Zaman mereka sudah berlalu, dan zaman kini adalah zaman anak muda. Anak muda lebih faham tentang apa yang mereka inginkan. “Siapa yang tidak melaluinya tidak akan merasainya”. Dan jika dilihat kepada pandangan yang dilontar oleh beberepa orang menteri, hakikatnya pandangan daripada menteri yang pernah terlibat dalam kancah politik semenjak di alam campus lagi adalah lebih berfikiran terbuka dan meluas berbanding dengan mereka yang tidak pernah melalui suasansa politik campus.

Kebebasan mahasiswa di university tempatan terus di sekat. Jika dilihat kepada mereka yang pernah melanjutkan pelajaran di luar negara seperti di United Kingdom, mereka (pelajar bukan warganegara) adalah bebas untuk memberi partisipati kepada politik tempatan. Sebagai contoh, ada di kalangan pemimpin pada masa kini yang mana ketika berada di UK semasa berada dalam life campus telibat dengan Labour party dan dia tidak dikenakan tindakan undang-undang atau sekatan daripada pihak kerajaan UK. Apakah sebenarnya nasib mahasiswa di negara sendiri? Adakah hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri??

Apa yang lebih mendukacitakan lagi adalah persepsi dan stigma masyarakat kepada mahasiswa yang ingib berpatisipati dalam kancah politik terlalu horror. Masakan tidak masyarakat telah memberi tanggapan yang salah sebenarnya kerana kebanyakan politik horror dan kotor ini sebenarnya adalah berlaku dalam dunia sebenar politik, bukannya di kalangan mahasiswa. Politik campus tidaklah seteruk yang dimomokkan oleh sebahagian pihak atau yang bermain dalam kotak minda kita sebenarnya.

Menurut Commissioner SUHAKAM (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia) – Muhammad Sha’ani bin Abdullah, bahawa stigma masyarakat yang gemar memandang serong pada sesuatu perkara memburukkan lagi keadaan. Sebagai contoh bila mana SUHAKAM membela seseorang tertuduh masyarakat seolah-olah melihat SUHAKAM membela orang yang BERSALAH sedangkan si tertuduh belum lagi bersalah sehingga dibicarakan dan dijatuhkan hukuman oleh mahkamah. Dan secara jujur dan ikhlas, jika kita menilai AUKU dengan jelas, kita akan dapat mengenal pasti bahawa AUKU adalah bertentangan dengan human rights. Ketepikan padangan prejudis pada mana-mana parti atau pihak, dan lihatlah dengan keikhlasan dan kejujuran, bahawa human rights adalah hampir kosong nilainya dalam AUKU disebabkan banyaknya perkara yang buyers dan menyekat kebebasan. Percayalah kebenaran tetap akan muncul umpama munculnya sinaran matahari menerangi waktu siang walaupun kebenaran berada dalam pihak yang minoriti

Persoalannya sampai bilakah perkara ini? Adakah kerajaan terlalu takut untuk berdepan dengan pengaruh kuasa mahasiswa dalam kancah politik? Atau kerajaan tidak pernah percaya kepada mahasiswa untuk berpolitik walaupun mahasiswa merupaka perintis masa depan pucuk pimpinan negara?

Perlu diingat bahawa “FREEDOM IS NOT A PREVILLAGE, BUT FREEDOM IS A HUMAN RIGHT WHICH MUST DESERVE BY EACH OF US”

Perlukah dengan statement ini lagi kepada mahasiswa “YOU CAN GO TO SWIM, BUT YOU CANT GET SWEAT…IF YOU ARE SWEAT YOU WILL BE PUNISH!!”

Atau telah sampai masanya kerajaan mengorak langkah perubahan demi kemaslhatan negara pada masa akan datang. Bersamalah kita cuba renungkan dan fikirkanapakah pula masa depan mahasiswa dan anak cucu kita?? Saya serah kepada anda untuk menentukan..

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on December 18, 2011, in ~Coretan~. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: