Mengapa Aku Pilih ISLAM??

Semua agama pada dasarnya mengajar pengikutnya agar melakukan kebaikan. Mengapa seseorang itu perlu menganut hanya agama Islam? Apakah salahnya jika dia menganut agama lain?

Mungkin terdapat persoalan ini yang berlegar di ruang kotak pemikiran orang yang bukan Islam mahu pun pada orang Islam sendiri? Disini akan cuba dirungkai secara ringkas bagi membuka simpulan kepada persoalan ini.

Perbezaan yang paling jelas ketara antara agama Islam dengan agam-agama lain yang wujud di atas muka bumi ini terdapat beberapa faktor yang dapat diketengahkan.

Semua agama secara dasarnya menggesa kepada semua penganutnya untuk melakukan kebaikan dan menjauhkan diri daripada kejahatan. Tetapi hakikatnya Islam adalah agama yang lebih daripada itu. Ia membimbing kita ke arah cara hidup yang praktikal untuk memperoleh kebaikan dan mengahapuskan kejahatan daripada kehidupan individu dan masayarakat. Islam mengambil kira fitrah manusia dan kerumitan masyarakat manusia. Islam adalah petunjuk daripada Yang Maha Pencipta. Maka Islam juga digelar sebagai Dinul-Fitrah (agama tabi’i manusia). Maka Dia sebagai PENCIPTA kepada kita, pastinya DIA mengetahui segala-galanya tentang kita dan menyediakan segalanya terbaik untuk kita. Hanya kita sahaja yang menentukan. Analoginya Toyota sebagai syarikat automobil terkemuka dan terkenal di dunia, maka hanya Toyota sahajalah tahu yang terbaik bagaimana untuk menyusun atur dan membaik pulih sebarang masalah yang berlaku dalam produk pasarannya. Sekiranya sebarang kerosakan diatasi oleh bukan yang pakar dari Toyota, maka pastilah akan menambahkan lagi kerosakan yang telah sedia ada!!

Sebagai contoh, Islam memerintahkan umatnya agar menghindari perbuatan merompak dan jua menganjurkan cara untuk menghapuskan dan menjauhkan perbuatan tersebut.

Semua agama utama mengajar bahawa mencuri adalah perbuatan yang salah. Islam turut mengajar benda yang sama. Oleh itu, apakah pula perbezaannya antara Islam dengan agama-agama yang lain? Perbezaannya adalah berlandaskan hakikat bahawa Islam, selain daripada mengajar bahawa merompak ini adalah perbuatan yang salah, ISLAM jua menunjukkan praktikal yang terbaik untuk mewujudkan organisasi sosial di mana tidak akan merompak dan akan hidup dalam keadaan harmoni.

Islam menetapkan zakat.

Islam menentukan satu sistem zakat (sumbangan wajib tahunan). Undang-undang Islam menentukan setiap orang yang mempunyai wang simpanan melebihi tahap nisab iaitu lebih daripada 85 gram emas, patut membayar 2.5% daripada simpanan tersebut kepada yang memerlukan pada setiap tahun qamariah. Sekiranya setiap orang kaya mengeluarkan zakat dengan ikhlas, kemiskinan akan dapat dibasmi dari atas muka bumi ini. Tidak ada seorang pun yang akan mati kelaparan mahu pun hidup merempat dan mengemis di jalanan.

Menerusi hukum HUDDUD yang memontong tangan sebagai hukuman merompak. Islam menetapkan hukuman potong tangan kepada mereka yang disabit dengan kesalahannya. Al-Quran telah merakamkan perkara ini yang bermaksud :

“Lelaki dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan kedua-duanya (sebagai) balasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai seksaan daripada Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”

(al-Maaidah 5:38)

Hasil akan jelas nyata apabila syariah Islam ditegakkan dengan syumul.

Amerika Syarikat adalah sebuah negara yang amat termaju di dunia. Malangnya, ia jua mempunyai kadar jenayah yang paling tertinggi, kecurian dan rompakan. Katakanlah syariah Islam dilaksanakan dengan menyeluruh di bumi Amerika Syarikat, iaitu setiap orang yang kaya akan mengeluarkan zakat (2.5% daripada simpanan melebihi 85 gram emas setiap tahun qamariah), dan setiap perompak yang dijatuhkan hukuman akan dipotong tangan sebagai hukuman. Adakah kadar kecurian dan rompakan di Amerika akan terus menaik, atau di paras yang sama atau menurun? Sudah pasti dan pasti ia akan berkurangan. Apatah lagi dengan adanya hukuman yang tegas akan melemahkan mereka yang berkeinginan untuk merompak.

Saya bersetuju bahawa bilangan kecurian di dunia pada masa kini  sangat tinggi dan berada pada paras marabahaya, dan sekiranya anda memotong setiap tangan pencuri setelah disiasat dengan teliti lagi telus, maka berpuluh ribu tangan yang akan di potong. Apa yang penting di sini adalah kadar kecurian akan menurun dengan mendadak sebaik sahaja hukuman HUDDUD ini dijalankan. Orang yang merompak akan berfikir berkali-kali sebelum menjadikan tangannya sebagai korban. Hanya dengan membayangkan hukuman yang bakal ditempanya sudah cukup melemahkan malahan membatalkan niat seseorang untuk merompak. Tapi pasti akan ada segelintir jua yang akan merompak. Justeru, hanya ada beberapa tangan orang sahaja yang akan di potong tetapi berpuluh ribu orang yang lain akan berada dalam keadaan yang aman, selamat dan tiada ketakutan untuk dirompak.

Syariah Islam adalah praktikal dan pasti akan membuahkan hasil bila mana segalanya dijalankan dengan sempurna.

Sebagai contoh, Islam amat melarang tegas merogol dan mencabul  wanita. Islam menyuruh kepada umatnya berpakaian menutup aurat (hijab) dan menetapkan hukuman rejam sampai mati terhadap perogol yang sabit kesalahannya.

Islam menetapkan cara untuk mengelakkan pencabulan dan rogol. Semua agama utama menegaskan bahawa pencabulan dan rogol adalah berdosa besar. Islam turut menganjurkan hukum yang sama. Jika begitu, apakah pulanya beza Islam dengan agama-agama lain? Perbezaannya adalah berlandaskan hakikat bahawa Islam bukan sahaja menyuruh supaya hormat terhadapa wanita, atau membenci pencabulan dan rogol sebagai jenayah yang sangat serius, tetapi memberi petunjuk yang sangat jelas bagaimana masyarakat boleh mengahapuskan jenayah tersebut.

Hijab untuk lelaki.

Islam mempunyai hijab sistem. Al-Quran menyatakan hukum hijab wajib bagi lelaki dahulu kemudian barulah untuk wanita. Hijab untuk lelaki adalah seperti yang dinyatakan dalam al-Quran yang bermaksud :

“Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: “Hendaklah mereka menundukkan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa ynag mereka perbuat.”

(an-Nuur 24:30)

Hijab untuk wanita.

Manakala hijab untuk wanita pula adalah seperti berikut :

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendakalh mereka menutupkan kain tudungnya ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka…”

(an-Nuur 24:31)

Hijab untuk wanita adalah menutupi tubuhnya secara keseluruhan. Bahagian yang boleh dilihat adalah muka dan tapak tangan hinggalah ke pergelangan tangan. Mereka jua boleh menutupi bahagian ini sekiranya mahu. Terdapat sebahagian ‘ulama yang berpendapat bahagian muka adalah perlu ditutup jua.

Hijab akan dapat mengelakkan percabulan.

Ayat al-Quran yang berikut menerangkan tentang sebab mengapa Allah menetapkan hukum hijab yang sedemikan rupa kepada wanita :

“Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min: “Hendaklah mereka menjulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikan itu supaya mereka itu mudah untuk dikena, kerana itu mereka tidak akan diganggu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

(al-Ahzab 33:59)

Al-Quran menyatakan bahawa hukum hijab diturunkan untuk supaya golongan wanita dikenali sebagai wanita yang sopan dan secara tidak langsung dapat menyelamatkan mereka daripada tercabul dan dicabul.

Contoh wanita kembar.

Misalnya, dua orang wanita kembar yang sama cantik keluar untuk bersiar-siar. Seorang menutup aurat, iaitu menutup seluruh tubuh badannya kecuali muka dan tapak tangan hinggalah ke pergelangan tangan. Manakala seorang lagi keluar dengan memakai skirt mini atau pun berseluar pendek. Sekiranya terdapat kutu-kutu jalanan yang suka menganggu , gemar mengusik gadis-gadis. Siapakah yang akan diusiknya? Gadis yang berpakaian hijab seperti yang dianjurkan Islam atau si dia yang berpakaian skirt mini atau berseluar pendek? Pakaian yang mendedahkan lebih dari menutupi adalah secara tidak langsung mengundang mereka yang berbeza jantina untuk mengusik. Al-Quran dengan kebenarannya telah menyatakan bahawa hijab dapat mengahalang berlakunya masalah pencabulan dan masalah sosial.

Hukuman bunuh terhadap perogol.

Syariah Islam menetapkan hukum bunuh terhadap perogol yang sabit kesalahannya. Ramai orang bukan Islam berasa takut terhadap hukuman yang berat seperti ini pada masa kini, tetapi lebih ramai yang menuduh dan menyelar Islam itu adalah kejam. Berdasarkan kepada satu kajian, soalan seperti ini telah diajukan kepada beratus-ratus orang lelaki yang bukan Islam.

Katakanlah, seseorang telah merogol isteri, ibu atau adik perempuan anda dan anda adalah hakim kepada perogol tersebut. Perogol di bawa ke hadapan anda. Apakah hukuman yang akan berikan kepadanya? Mereka semua menjawab, “Kami akan jatuhkan hukuman bunuh ke atasnya.” Ada jua yang menambah dengan menyebut, “Kami akan seksanya sehingga mati.” Tetapi apabila isteri, atau ibu anda dirogol, hukum bunuh dikatakan kejam. Mengapa ada double standard atau dwistandard?

Amerika Syarikat merupakan negara yang mempunyai kadar kes rogol yang paling tinggi.

Amerika Syarikat merupakan antara salah sebuah negara yang paling maju. Menurut laporan F.B.I. pada tahun 1990, menyatakan 102, 555 kes rogol telah dilaporkan. Ia seterusnya menyatakan hanya 16% kes rogol yang telah dilaporkan. Maka untuk mengetahui jumlah sebenar kes rogol yang telah berlaku hanya pada tahun 1990, bilangan yang dilaporkan hendaklah didarabkan dengan 6.25. kita dapati sejumlah 640, 968 kes rogol berlaku hanya dalam tahun 1990. Jika jumlah ini dibahagi dengan 365 hari dalam tempoh setahun, secara purata kita akan dapati 1, 756 kes rogol berlaku pada setiap hari.

Kemudian, terdapat laporan kes lain yang menyatakan purata pada tahun 1990 mengenai kes rogol yang berlaku di Amerika Syarikat. Menurut Biro Keadilan Mangsa Jenayah Kebangsaan (Jabatan Keadilan Amerika Syarikat) dalam tahun 1996 sahaja sebanyak 307, 000 kes rogol telah dilaporkan. Maka, 307, 000 x 3.226 = 990, 322 kes kejadian rogol yang telah berlaku pada tahun 1996. Setiap 32 saat satu kejadian rogol telah berlaku. Mungkin para perogol di Amerika Syarikat semakin berani. Laporan F.B.I. pada tahun 1990 seterusnya menyatakan bahawa daripada jumlah kes rogol yang dilaporkan, hanya 10% perogol sahaja yang berjaya ditangkap, iaitu hanya 1.6% daripada kejadian rogol sebenar yang dilakukan, 50% dibebaskan tanpa sebarang perbicaraan. Ini bermakna hanya 0.8% daripada perogol yang dibicarakan. Dengan kata lain, sekiranya seseorang melakukan jenayah rogol sebanyak 125 kali, peluang untuknya ditangkap dan dihukum hanyalah sekali. Ramai yang menganggap ini adalah perjudian yang baik. Dan laporan itu mengatakan 50% daripada orang yang dibicarakan menerima hukuman penjara kurang daripada setahun walu pun undang-undang di Amerika Syarikat menyatakan rogol membawa hukuman kepada tujuh tahun penjara. Bagi seorang perogol, hakim akan mengenakan hukuman yang ringan bagi pesalah untuk pertama kalinya. Bayangkan seseorang melakukan 125 jenayah rogol dan peluang untuk didakwa hanya sekali, dan 50% daripadanya, hakim akan memberi kelonggaran dan mengenakan hukuman penjara kurang daripada setahun.

Hasil akan hanya tercapai bila mana syariah Islam ditegakkan!!

Bayangkan jika scenario hijab Islam dilaksanakan di Amerika Syarikat. Setiap kali seorang lelaki memandag kepada wanita dengan pemikiran dan perasaan yang kurang baik atau mengaibkan, dia menahan pandangannya. Setiap wanita memakai hijab Islam, iaitu menutup keseluruhan anggota badannya kecuali muka dan tapak tangan hinggalah ke pergelangan sahaja, selepas itu jika mana-mana lelaki melakukan jenayah rogol, dia akan dijatuhkan hukuman mati. Saya ingin bertanya, jika dalam keadaan demikian, apakah kadar jenayah rogol di Amerika Syarikat aka nada perubahan, sama ada bertambah, berkurang atau pun kekal pada tahap yang sama? Secara tabi’I dan logik pasti akan berkurangan. Maka jelas nyatalah Syariah Islam pasti akan mendatangkan hasil.

Islam mempunyai penyelesaian yang praktikal terhadapa segenap aspek masalah manusia yang sejagat.

Islam adalah satu-satunya cara hidup yang terbaik kerana ajaran yang ada padanya bukanlah hanya pada teori semata tanpa mempedulikan masalah praktikal, tetapi merupakan penyelesaian praktikal terhadap manusia sejagat. Islam membuahkan hasil terhadap individu dan jua masyarakat sekeliling. Islam adalah cara hidup yang terbaik kerana ia adalah praktikal, agama yang universal bukannya jumud dan terkongkong kepada mana-mana bangsa dan etnik mahu pun peredaran masa semasa.

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on December 4, 2011, in ~Coretan~. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: