Life after DEATH??

Kepercayan kepada hari kemudian bukanlah kepercayaan yang membabi buta.

Ramai orang yang hairan bagaimana seseorang yang mempunyai pemikiran sains dan logik dapat mempercayai tentang kehidupan selepas kematian. Orang yang beranggapan bahawa sesudah mati berbuat demikian secara membabi buta.

Berdasarkan kepada hujah yang akan dinyatakan selepas ini adalah berdasarkan hujah logik.

Hidup sesudah mati adalah kepercayaan yang logik.

Terdapat lebih daripada seribu ayat al-Quran yang mengandungi fakta saintifik. Banyak fakta yang disebut dalam al-Quran telah ditemui sejak beberapa abad yang lalu. Tetapi hingga masa kini sains tidak dapat lagi mencapai tahap di mana ianya dapat mengesahkan setiap kenyataan di dalam al-Quran. Katakan 80% al-Quran telah terbukti benar. Selebihnya lagi 20% sains tidak dapat membuktikan secara mutlak kerana sains belum mencapai tahap di mana ia boleh membenarkan mahu pun menafikan kenyataan tersebut. Dengan pengetahuan yang dibekalkan dan yang mampu dicapai oleh pemikiran kita yang terhad, kita tidak akan dapat mengesahkan sama ada satu peratus atau pun satu ayat al-Quran daripada bahagian 20% tersebut adalah salah. Dengan itu, hanya 80% daripada al-Quran adalah 100% benar dan selebihnya adalah tidak dibuktikan salah, logik menyatakan bahawa selebihnya 20% juga adalah benar. Kewujudan kehidupan selepas kematian yang disebut dalam al-Quran termasuk dalam 20% kesamaran, di mana logik yang saya nyatkan adalah benar.

Konsep kesejahteraan dan nilai kemanusiaan tidak berguna tanpa konsep hari kemudiaan.

Sebagai contoh, mari kita ambil contoh merompak. Adakah merompak adalah perbuatan yang baik atau jahat?

Seseorang yang mempunyai pemikiran yang waras akan berkata bahawa perbuatan ini adalah jelas nyata jahat. Bagaimana seseorang yang tidak mempunyai kepercayaan terhadap hari kemudian akan meyakinkan seorang penjenayah yang berkuasa dan berpengaruh bahawa merompak adalah satu kesalahan.

Sebagai contoh, katakan saya adalah penjenayah yang paling berkuasa dan berpengaruh di dunia. Pada masa yang sama saya juga adalah seorang yang bijak dan berfikiran logik. Saya mengatakan bahawa merompak itu adalah baik  kerana membolehkan saya mempunyai kehidupan yang mewah. Oleh itu, merompak baik untuk saya. Jika ada sesiapa yang boleh menyatakan satu hujah logik kepada saya bahawa merompak adalah satu jenayah, saya akan berhenti dengan serta-merta. Kebiasaanya, ramai orang yang akan menyatakan hujah-hujah seperti di bawah ini :

  • Orang yang merompak akan mengalami kesukaran.

Mungkin ada yang akan berkata orang yang merompak akan mendapat kesusahan. Saya bersetuju ianya keburukan untuk orang yang dirompak dan menjadi mangsa. Tetapi ia adalah kebaikan kepada saya. Jika saya merompak sebagai contoh RM 1000.00, saya boleh membelanjakan untuk kemewahan dan kesenangan hidup saya.

  • Anda mungkin dirompak.

Anda yang berhujah, suatu masa nanti saya yang akan dirompak. Tiada siapa yang boleh merompak saya kerana saya merupakan penjenayah yang berkuasa dan mempunyai banyak gangster. Saya berkuasa untuk merompak siapa sahaja tetapi tiada siapa yang boleh merompak saya. Merompak adalah profesion berisiko untuk orang biasa tetapi tidak menjadi masalah untuk orang yang berpengaruh seperti saya.

  • Polis mumgkin akan menangkap saya.

Mungkin aka nada yang akan berkata, jika kamu merompak, anda akan ditangkap oleh pihak polis. Polis tidak akan menangkap saya kerana polis sendiri tersenarai dalam senarai mereka yang menjadi mata-mata untuk saya. Menteri jua mempunyai hubungan yang baik dengan saya. Saya bersetuju jika orang biasa yang merompak dia akan ditangkap dan akan memberi keburukan kepadanya. Tetapi saya adalah penjenayah kelas atasan yang berkuasa dan berpengaruh dan mempunyai kekuasaan yang luar biasa. Berikan satu alasan kepada saya mengapa merompak tidak baik dan saya akan berhenti dari terus merompak.

  • Cara yang mudah untuk mendapatkan wang ringgit.

Mungkin akan ada yang berkata, duit rompakan mudah diperolehi dan bukannya hasil kerja keras. Saya bersetuju sepenuhnya wang tersebut mudah diperolehi dan merupakan salah satu sebab utama saya merompak. Jika seseorang mempunyai pilihan sama ada mendapat wang secara mudah atau pun sukar, sesiapa yang berfikiran logik akan memilih untuk melalui jalan yang mudah.

  • Membelakangkan kemanusiaan.

Mungkin ada yang berhujah bahawa ianya membelakangkan kemanusiaan dan seseorang itu perlu mempunyai sifat prihatin terhadap orang lain. Saya membalas hujah ini dengan bertanya, siapa yang menulis undang-undang tentang ‘kemanusiaan’ dan saya perlu mematuhinya?
Undang-undang mungkin baik untuk mereka yang emosional dan sentimental tetapi saya berfikir secara logik dan saya tidak nampak sebarang manfaat untuk mengambil berat kepada orang lain.

  • Perbuatan yang mementingkan diri.

Mungkin ada yang berhujah perbuatan merompak adalah mementingkan diri sendiri. Memang benar mementingkan diri, tetapi kenapa saya tidak boleh mementingkan diri sendiri? Ia membantu saya untuk menikmati hidup.

Berdasakan kepada hujah di atas, tiada hujah dan alasan yang logik mengapa merompak adalah suatu perbuatan yang jahat.

Semua hujah yang cuba diberikan untuk membuktikan merompak adalah satu perbuatan jahat tidak berhasil. Hujah tersebut mungkin dapat memuaskan orang biasa tetapi tidak kepada seorang penjenayah yang berkuasa dan berpengaruh seperti saya. Tidak ada satu pun hujah dapat dipertahankan berdasarkan kekuatan alasan dan logik. Tidak menghairankan terdapat dan wujud banyak penjenayah di atas dunia ini.

Begitu jua dengan jenayah lain seperti merogol, menipu, rasuah, kroni, dan lain-lain boleh dijustifikasi sebagai baik untuk orang seperti saya dan tiada hujah logik yang boleh meyakinkan saya perkara tersebut adalah tidak baik.

Sebagai seorang Muslim, berupaya untuk meyakinkan penjenayah yang berkuasa dan berpengaruh.

Sekarang kita akan bertukar tempat. Katakan anda sebagai seorang penjenayah yang berkuasa dan berpengaruh di dunia yang mempunyai polis dan menteri yang sebulu dengan anda. Anda mempunyai konco-konco gangster untuk melindungi segala asset dan diri anda. Saya seorang Islam yang akan meyakinkan anda bahawa merompak, menipu, merasuah, dan lain-lainnya adalah perbuatan yang salah.

Walau pun saya mengemukakan hujah sama untuk merompak adalah sebagai jenayah, pasti penjenayah tadi akan memberi respons yang sama seperti tadi.

Saya bersetuju bahawa penjenayah itu berfikiran logik dan segala hujahnya hanya benar jika dia adalah seorang yang sangat berpengaruh dan berkuasa.

Secara hakikatnya, setiap insan mendambakan kepada keadilan.

Setiap insan mahukan keadilan. Walau pun dia tidak mahukan keadilan untuk orang lain, tapi pasti dia mahu kan keadilan untuk dirinya. Ada orang yang gila dan mabuk kuasa dan pengaruh hingga sanggup menyebabkan kesakitan dan penderitaan kepada orang lain. Orang yang sama walau bagaimana pun, pasti akan membantah walau sedikit ketidak adilan kepada diri mereka. Mereka menjadi kurang peka dan sensitif kepada kesengsaraan orang lain hanya disebabkan mereka mengagung-agungkan kuasa dan pengaruh, yang pada penilaian mereka, bukan sahaja membolehkan mereka melakukan ketidak adilan kepada orang lain tetapi jua menghalang orang lain berbuat sedemikian kepada mereka.

Tuhan itu adalah Maha Berkuasa lagi Adil.

Sebagai seorang Muslim, saya akan meyakinkan penjenayah tersebut tentang kewujudan Tuhan yang Maha Berkuasa. Tuhan itu adalah jauh lebih berkuasa daripada anda dan pada masa yang sama jua bersifat Maha Adil. Di dalam al-Quran ada disebut :

“Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walau hanya sebesar zarah…”

(an-Nisa’ 4;40)

Mengapa pula Tuhan hendak menghukum saya??

Penjenayah yang berfikiran logik dan saintifik tersebut mengakui kewujudan Tuhan, setelah diberikan fakta saintifik daripada al-Quran. Mungkin pula dia akan berhujah mengapa Tuahn, jika Dia Berkuasa dan Adil, tidak menghukumnya?

Orang yang mengalami ketidak adilan dan penindasan tidak kira dalam apa sudut sekali pun sama ada kewangan, social dan lain-lainnya sudah pasti orang yang melakukan ketidak adilan dan penindasan akan dihukum. Setiap mereka yang boleh berfikir dengan logik yang waras pasti ingin melihat perompak atau pun siapa jua penjenayah akan diberikan pengajaran. Walau pun sejumlah besar penjenayah dihukum, masih ramai lagi di luar sana yang masih lagi bergerak bebas. Mereka menikmati kehidupan yang mewah, selesa dan merasa aman akan keadaaannya. Jika ketidak adilan dilakukan kepada terhadapa seseorang berkuasa dan berpengaruh, oleh orang yang lebih berkuasa dan berpengaruh daripadanyua, orang itu jua pasti mahu kan keadilan dikenakan kepadanya.

Hidup ini adalah sebagai ujian untuk hari kemudian.

Dalam al-Quran ada merakamkan :

“Yang menjadikan mati dan hiduo supaya Dia menguji kamu, siapa diantara kamu yang lebih baik amalannya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.”

(al-Mulk 67:2)

Keadilan yang sebenar adalah pada hari pembalasan.

Al-Quran jua ada merakam :

“Tiap-tiap yang hidup pasti akan merasai mati. Dan sesungguhnya hari Qiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa yang diajtuhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga maka sungguh ia beruntung. Kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.”

(ali-‘Imran 3:185)

Keadilan yang sebenar akan dijalankan semasa hari pembalasan. Selepas seseorang itu mati, dia akan dibangkitkan semula pada hari Qiamat bersama dengan seluruh umat manusia. Terdapat kemungkinan seseorang itu akan menerima sebahagian hukuman di atas dunia ini. Balasan dan hukuman sebenar hanyalah pada hari kemudiaan. Tuhan yang Maha Berkuasa mungkin tidak akan menghukum perompak atau mana-mana penjenayah di atas dunia tetapi pasti dan pasti mereka akan dipertanggungjawabkan pada hari Qiamat dan akan di hukum pada hari kemudian, iaitu pada hari kebangkitan.

Apakah pula hukuman ciptaan manusiayang boleh diajtuhkan ke atas Hitler??

Hitler telah membakar enam juta Yahudi semasa zaman pemertintahan zaman kekejamannya. Jika pihak berkuasa dapat menangkapnya, hukuman ciptaan manusia yang manakah patut dijatuhkan keatasnya untuk menegakkan semula keadilan? Hukuman yang paling berat yang boleh dijatuhkan adalah hukuman gas beracun. Tetapi itu hanyalah pembunuhan seorang Yahudi. Bagaimana pula dengan baki lima juta, sembilan puluh sembilan ribu, sembilan ratus dan sembilan puluh sembilan Yahudi?

Allah S.W.T berkuasa untuk membakar Hitler melebihi enam juta kali di dalam api neraka.

Allah S.W.T telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud :

“Sesungguhnya orang-orang kafir kepada ayat-ayat Kami, kelak akan Kami masukkan mereka ke dalam api neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, akan Kami gantikan kulit mereka dengan kulit yang lain, supaya mereka merasakan azab. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”

(an-Nisa 4:56)

Jika Allah S.W.T menghendaki, Dia berkuasa membakar Hitler enam juta kali pada hari pembalasan di dalam api neraka, bahkan mungkin lebih lagi.

Tiada konsep nilai kemanusiaan yang baik atau pun buruk tanpa disusuli dengan konsep hari kemudian.

Jelas bahawa tanpa keyakinan kepada hari akhirat, iaitu kehidupan selepas mati, adalah mustahil untuk dibuktikan nilai kemanusiaan dan perbuatan yang baik atau buruk kepada siapa yang tidak melakukan keadilan, terutamanya kepada merak yang berkuasa dan berpengaruh seperti yang jelas dapat kita lihat dalam Negara kita sendiri jika kita memandang dengan kebenaran, bukan dengan kepentingan.

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on November 27, 2011, in ~Coretan~. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: