Mengapa LELAKI dibenarkan POLIGAMI?

Poligami bermaksud satu sistem perkahwinan yang mana seseorang mempunyai lebih daripada seorang pasangan hidup. Terdapat dua jenis poligami. Pertama, poligini, iaitu seorang lelaki berkahwin lebih daripada seorang isteri, dan satu lagi ialah poliandri, iaitu seorang wanita boleh mempunyai lebih daripada seorang suami. Dalam Islam, poligini terhad adalah dibenarkan; manakala poliandri adalah dilarang sama sekali.

Mengapa seorang lelaki dibenarkan mempunyai lebih daripada seorang isteri??

Al-Qur’an adalah satu-satunya kitab suci agama di atas muka bumi yang menyebut, “Kahwinlah seorang sahaja”. Al-Qur’an satu-satunya kitab di atas muka bumi ini yang mengandungi ungkapan ‘Kahwinlah seorang sahaja”. Tiada kitab lain yang menyuruh lelaki untuk beristeri satu sahaja. Tiada dalam kitab agama lain, sama ada Vedas, Ramayana, Mahabharat, Geetha, Talmud atau pun Bible boleh ditemui pembatasan had jumlah isteri yang dibenarkan. Menurut kitab tersebut, seseorang dibenarkan berkahwin dengan seramai mana yang diingini. Hanya kemudiannya, pendeta Hindu dan Gereja Kristian membatasi jumlah isteri kepada satu.

Menurut kitab tersebut, ramai personaliti agama Hindu mempunyai ramai isteri. Raja Dashrat, bapa Rama mempunyai lebih daripada seorang isteri. Krishna mempunyai beberapa orang isteri.

Dahulu, lelaki Kristian dibenarkan beristeri seramai yang diingini, oleh kerana kitab Bible tidak mengehadkan kepada seorang isteri sahaja. Hanya beberapa abad lalu, pihak Gereja membatasi bilangan isteri kepada satu.

Poligini dibenarkan dalam agama Yahudi. Menurut undang-undang Talmud, Ibrahim mempunyai tiga orang isteri manakala Sulaiman mempunyai ratusan isteri. Amalan poligini berterusan sehingga Rabai Gersom ben Yehudah (960-1030) mengeluarkan perintah melarangnya. Komuniti Yahudi Sephardic yang tinggal di Negara Islam, berterusan mengamalkan poligini sehingga selewat-lewatnya tahun 1950, sehingga satu akta yang dikeluarkan oleh Mahkamah Ketua Rabai Israel mengharamkan penganutnya beristeri lebih daripada seorang.

Poligini banyak diamalkan oleh penganut agam Hindu dibandingkan dengan penganut Islam.

Laporan Jawatankuasa Status Wanita dalam Islam; diterbitkan pada 1975 menyebut pada halaman 66 dan 67 bahawa peratusan perkahwinan berpoligami di antara tahun 1951 hingga 1961 adalah 5.06% di kalangan penganut Hindu dan hanya 4.31% di kalangan penganut Islam. Menurut perundangan India, hanya lelaki Islam dibenarkan beristeri lebih daripada seorang. Walau pun diharamkan, penganut Hindu mempunyai lebih ramai isteri berbanding dengan penganut Islam. Dahulu, tiada had jumlah isteri, walau pun kepada lelaki Hindu. Hanya pada tahun 1954, apabila Akta Perkahwinan Hindu diluluskan, penganut agama Hindu adalah diharamkan beristeri lebih daripada seorang. Sekarang, undang-undang India dan bukannya kitab agama Hindu yang menghalang lelaki Hindu beristeri lebih daripada satu.

Mari kita menganalisis mengapa Islam membenarkan lelaki beristeri lebih daripada seorang.

Al-Qur’an membenarkan poligini terhad.

Seperti yang selalu disebutkan, al-Qur’an satu-satunya kitab suci di atas muka bumi ini menyebut “Kahwinlah seorang sahaja”. Konteks ungkapan ini adalah melalui ayat daripada Kitab Suci al-Qur’an iaitu Surah an-Nisa’ yang bermaksud :

“Maka kahwinlah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga, atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka kahwinlah seorang sahaja..”

(an-Nisa’ 4:3)

Sebelum al-Qur’an diturunkan, tiada had untuk pologini dan ramai lelaki yang memiliki ramai isteri. Islam meletakkan had sehingga empat isteri. Islam membenarkan untuk berkahwin sehingga dua, tiga, atau pun empat, dengan SYARAT berlaku adil kepada semua isteri.

Dalam surah yang sama, surah an-Nisa’ yang bermaksud:

“Dan kamu tidak sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isterimu…”


(an-Nisa’ 4:129)

Bukanlah lessen besar untuk berpoligami, jika Tuhan dan Tuan kepada kita telah menyatakan dengan jelas lagi tanpa sebarang penafian, mana mungkin sama sekali mereka yang berpoligami dapat berlaku adil dan saksama..

Oleh itu, poligini bukanlah peraturan tetapi kekecualian. Ramai yang tersalah anggap bahawa kemestian bagi seorang lelaki Islam mempunyai lebih daripada seorang isteri.

Secara umum, ada lima perkara yang dibenarkan dan tidak boleh dalam Islam:

i)                    “Fardhu” iaitu wajib atau perlu
ii)                  “Mustahab” iaitu disyorkan atau digalakkan
iii)                “Mubah” iaitu dibolehkan atau dibenarkan
iv)                “Makruh” iaitu tidak disyorkan atau tidakdigalakkan
v)                  “Haram” iaitu dilarang atau tidak dibenarkan

Poligini termasuk dalam kategori ketiga perkara-perkara yang dibenarkan. Tidak boleh diandaikan bahawa seorang lelaki Islam yang mempunyai dua, tiga atau empat isteri adalah beriman, dibandingkan dengan seorang Islam yang hanya memiliki seorang isteri.

Hakikatnya pada masa kini, jangka hayat seorang wanita adalah melebihi daripada lelaki.

Lelaki dan wanita dilahirkan dengan anggaran nisbah yang sama. Seorang kanak-kanak perempuan mempunyai imuniti yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak lelaki. Atas sebab ini, semasa umur pediatrik lagi terdapat lebih banyak kematian di kalangan lelaki berbanding wanita.

Semasa peperangan, lebih ramai lelaki yang terkorban daripada wanita. Lebih ramai lelaki yang mati akibat kemalangan dan penyakit berbanding wanita. Purata jangka hayat wanita adalah  lebih tinggi daripada lelaki pada bila-bila masa jua, bilangan balu adalah melebihi bilangan duda.

India mempunyai populasi lelaki yang lebih tinggi akibat pembunuhan janin dan bayi perempuan. India merupakan di antara Negara bersam dengan beberapa Negara jiran di mana populasi wanita adalah lebih rendah daripada lelaki. Ini disebabkan kadar pembunuhan bayi perempuan yang tinggi di India, dan hakikat bahwa lebih daripada satu juta janin perempuan digugurkan setiap tahun di India, hanya selepas jantinanya dikenali. Sekiranya amalan jahiliyyah ini dihapuskan, maka India jua akan mempunyai lebih ramai wanita berbanding dengan lelaki.

Populasi wanita di dunia melebihi populasi lelaki.

Di Amerika Syarikat, wanita melebihi lelaki sebanyak 7.8 juta. Di New York sahaja mempunyai jumlah wanita yang melebihi sebanyak satu juta, dan populasi lelaki yang berada di New York, satu pertiga merupakan homoseksual. Amerika Syarikat secara keseluruhannya mempunyai lebih daripada dua puluh juta homoseksual dan lesbian. Wanita di Great Britain melebihi lelaki seramai empat juta. Wanita German melebihi lelaki sebanyak lima juta. Wanita Russia pula kaum wanitanya melebihi lelaki sebanyak Sembilan juta. Hanya Tuhan sahaja yang tahu jumlah wanita di seluruh dunia melebihi dengan jumlah lelaki.

Menyekat setiap dan semua lelaki untuk beristeri satu sahaja adalah tidak praktikal.

Sekiranya setiap lelaki sahaja hanya beristeri satu, masih terdapat lebih daripada tiga puluh juta wanita di Amerika Syarikat yang mana tidak bersuami (memandangkan Amerika Syarikat mempunyai dua puluh juta homoseksual dan lesbian). Di Britain akan terdapat lebih daripada empat juta wanita, lima juta wanita di German dan di Russia sahaja Sembilan juta wanitanyan akan gagal untuk mendapatkan suami.

Andaikan saudara perempuan anda merupakan salah seorang wanita yang belum berkahwin dan menetap di Amerika Syarikat. Hanya terdapat 2 pilihan baginya iaitu sama ada berkahwin dengan suami orang atau pun menjadi “milik awam”. Siapa yang bermaruah pasti akan pilih yang pertama.

Dalam masyarakat Barat, adalah menjadi kebiasaan bagi seorang lelaki untuk mempunyai perempuan simpanan atau pun menjalin hubungan luar nikah yang banyak yang mana wanita tersebut menjalani kehidupaj yang mengaibkan dan tidak dilindungi. Masyarakat yang sama jua bagaimana pun tidak dapat menerima lelaki yang mempunyai lebih daripada seorang isteri, di mana wanita itu dapat mempertahankan kehormatan dan maruah diri dalam masyarakat dan menjalani kehidupan yang dilindungi.

Oleh sebab itu, hanya dua pilihan yang tinggal untuk seorang wanita yang gagal mencari suami, iaitu sama ada berkahwin dengan suami atau pun menjadi harta milik awam. Islam mementingkan kedudukan yang terhormat untuk wanita dengan membenarkan pilihan pertama dan tidak akan sama sekali membenarkan pilihan yang kedua.

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on November 24, 2011, in ~Coretan~. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: