Sekilas tentang Falsafah Pendidikan Negara & sejauh mana kerelevenan dengan Misi, Visi & Falsafah UPM

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dulunya dan kini lebih dikenali dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPN) merupakan dasar kepada pendidikan negara yang masih digunakan sehingga kini. Hal ini bermakna, semua aktiviti pendidikan tidak kira sama ada pada peringkat rendah, tinggi mahu pun pengajian tinggi mestilah selaras dan bertepatan dengan dasar ini. Maka, setiap pendidik dan guru diwajibkan
membaca, memahami malahan mengaplikasi serta mengadaptasi falsafah ini agar setiap tindakan manusia melalui proses pembelajaran dan pengajaran sentiasa berada di atas laluan dan landasan yang benar. Intipati utama dalam FPN adalah bertujuan melahirkan individu yang seimbang daripada sudut jasmani, emosi, rohani dan intelek. Perlu diingat tiada yang lebih utama antara 4 elemen ini, yakni tidak boleh dikatakan jasmani lebih penting daripada intelek atau sebaliknya. Segalanya perlulah bergerak dengan selari dan sepadu dalam melestarikan keberkesanaan pendidikan yang diimpikan sekian lama.

Berikut adalah teks lengkap Falsafah Pendidikan Negara:

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan, usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, berketerampilan, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.“

Falsafah Pendidikan Negara telah memberi ruang yang cukup baik untuk perkembangan kurikulum agar kedua-dua aspek intelek dan etika dibina secara bersepadu untuk melahirkan pelajar yang mempunyai kesepaduan akhlak dan ilmu. Di peringkat pengajian tinggi pula, adalah berhasrat tentang kesatuan dan kesepaduan ilmu bakal melahirkan graduan dan saintis yang bertaqwa serta sarat dengan nilai etika.

Secara ringkas, FPN menggariskan bahawa individu yang diimpikan ialah individu yang baik, cemerlang, dan harmonis dalam pelbagai aspek iaitu meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. “Seimbang“ di sini bermaksud bahawa individu yang ingin dilahirkan adalah individu yang tidak melampaui batas; dan tidak mengutamakan atau meletakkan satu sahaja aspek setelah mengabaikan aspek yang lain. “Harmonis“ dan saling mengukuhkan antara satu sama lain. Namun, keseimbangan dan keharmonian dalam keempat-empat aspek ini tidak akan sempurna melainkan hanya bila mana perkara ini didasari dan dipaksikan oleh ketaatan kepada Tuhan. Di sinilah kemuncak kejayaan dan matlamat FPN yang menentukan keberkesanan dalam sistem pendidikan negara. Jelas bahawa sistem pendidikan negara tiada komporomi dalam perkara yang bersifat ketuhanan sebagai asas dan paksi kepada pembangunan holistik seseorang individu.

Setelah melihat secara ringkas mengenai FPN, marilah kita melihat dan menilai apakah Falsafah, Misi dan Visi Universti Putra Malaysia yang merupakan antara universiti ternama dan berpengaruh di tanah air mendokong kepada kesepaduan rohani, emosi, jasmani dan intelek.

Universiti Putra Malaysia merupakan antara lima buah Research Univeriti yang berada di tanah air, termasuklah Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Untuk mencapai dan mengekalkan status “RU“ bukanlah perkara yang mudah kerana segala sudut perlu di ambil kira termasuklah dalam kalangan pelajar, tenaga pengajar, sistem urus tadbir, pusat kajian dan hubungan serantau adalah antara dalam kalangan yang terbaik. Pada 2tahun lepas, UPM telah mendapat status swaakreditasi berdasarkan kejayaan melepasi status audit Institut APA. Swaakreditasi adalah sebuah status yang melayakkan UPM mengakreditasi sendiri program pengajian tanpa perlu mendapat kelulusan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) dan hanya perlu dimaklunkan sahaja kepada MQA dan KPTM yang mana tertakluk kepada pemantuan berterusan dan audit institusi oleh MQA . TAHNIAH UPM!!

Tetapi apakah Falsafah Pendidikan Negara adalah selaras dengan apa yang ingin dicapai oleh UPM. Marilah kita kupas secara ringkas.

UPM mempunyai visi untuk menjadi universiti bereputasi anatarabangsa. Di sini dapatlah dilihat bahawa UPM bercita-cita untuk menjadi sebuah universiti yang terkenal dengan kejayaannya bukan sahaja di Asia Tenggara malahan di persada dunia.

Misi UPM pula adalah untuk menjadi Pusat Pembelajaran dan Penyelidikan yang utama, yang memberikan sumbangan bukan sahaja kepada pembentukan kekayaan dan pembangunan negara bangsa, tetapi juga kepada kemajuan manusia dan penerokaan ilmu sejagat.

Falsafah UPM pula adalah Universiti beriltizam kepada kecemerlangan dalam pendidikan untuk melahirkan individu pemikir yang berilmu, kreatif, berdisiplin, dan dapat menyesuaikan diri dalam semua keadaan, di samping berkhidmat kepada masyarakat dan negara menerusi penyelidikan dan khidmat negara.

Jika kita lihat kepada falsafah UPM dan Falsafah Pendidikan Negara dan dikaji secara jujur lagi amanah, kita dapat melihat bahawa falsafah UPM telah menepati dan selaras dengan apa yang diinginkan dalam Falsafah Pendidikan Negara. FPN menekankan 4 aspek utama yang sangat jelas dan penting iaitu meliputi aspek Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek dan selaras jua dengan Rukun Negara iaitu antara inti patinya adalah Kepercayaan Kepada Tuhan dan Kesopanan dan Kesusilaan. Akan tetapi, malangnya jika dilihat dalam Falsafah UPM hanyalah menyentuh kepada 3 aspek sahaja iaitu aspek Jasmani, Emosi dan Intelek dengan menolak tepi aspek Rohani. Tiada sedikit pun unsur ketuhanan disentuh mahu pun diselitkan.

Dengan dinyatakan seolah-olah telah wujud falsafah Dualisme dalam pembawaan Falsafah UPM dengan memisahkan unsur ketuhanan dengan sistem tadbir urus dan pembelajaran di UPM. Dualisme adalah dimana aspek sesuatu aspek dipisahkan daripada yang lain, tidak bersifat holistik. Antara alasan mahu pun hujah yang diutarakan adalah UPM adalah universiti yang berteraskan sains dan tidak memiliki Fakulti Pengajian Islam bukanalah jawapan yang rasional, kerana sewajarnya Falsafah UPM adalah dirangka berdasarkan FPN dan mencapah kepada 4 aspek yang digariskan. Maka tidak hairanlah unsur kerohanian dan ketuhanan tidak disentuh sama ada dalam pembelajaran yang formal mahu pun sistem tadbir urus UPM kerana pada dasarnya tiada unsur rohani yang dapat diterjemah kepada unsur ketuhanan yang dinyatakan dengan jelas dan nyata dalam segala misi, visi dan Falsafah UPM sendiri. Maka tidak hairanlah seolah-olah segalanya sekular dalam bumi UPM. Jangan disalahkan sepenuhnya kepada pelajar atau warga UPM jika terdapatnya banyak masalah dalam kalangan warganya kerna unsur kerohanian telah diketepikan. Mana mungkin lahir bayangan yang lurus elok jika datangnya dari kayu yang bengkok.

Posted on November 20, 2011, in ~Coretan~. Bookmark the permalink. 1 Comment.

  1. Nas Azhari Hamzah

    thanz for the info bro. xsia2 aku bukak blog ko mada. buleh wat untuk siapkan assigment falsafah sains ni. ha3

    -bai-

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: