Lagu dan Muzik

Muzik dan lagu merupakan halwa telinga. Selagi mana perkara ini tidak mengandungi perkataan yang kotor dan tidak menimbulkan hasrat dan keinginan untuk berbuat dosa, maka muzik dan lagu ini dibenarkan dalam syara’. Selagi mana perkara ini tidak melalaikan dan melenakan kita. Malahan hal ini digalakkan untuk saat-saat yang berbahagia, seperti di kala perayaan, pesta perkahwinan, dan sebagainya.

‘Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa dia menghantar pengantin wanita ke tempat mempelai lelaki dari  kalangan Ansar. Rasulallah bersabda kepadanya :

“Hai ‘Aisyah, apakah mereka tidak membawa hiburan? Orang Anshar sangat tertarik kepada hiburan.”

(Riwayat Bukhari)

Dalam Hadis lain dinyatakan :

“Ibn Abbas r.a. berkata:  ” ‘Aisyah menikahkan kerabatnya dengan seorang lelaki daripada kalangan Anshar, kemudian datang Rasulallah s.a.w. dan bertanya: “Kalian akan menghadiahkan gadis itu?” Mereka menjawab: “Benar.” Rasulallah s.a.w. bertanya lagi: “Apakah kalian mengirimkan bersamanya orang yang menyanyi?” ‘Aisyah menjawab: “Tidak.” Rasulallah berkata: “Orang Anshar adalah masyarakat yang romantik. Andai sahaja kalian mengutus bersamanya orang yang berkata: “Kami datang daripada kalian. Kami datang kepada kalian. Bahagialah kami dan bahagialah kalian.

Dalam hadis lainnya jua disebutkan :

“Diriwayatkan dari ‘Aisyah r.a. bahawa Abu Bakar r.a. menjenguknya, dan di sisinya ada 2 gadis dari Mina (Aidil Adha). Mereka berdua menyanyi dan memukul (kompang). Manakala Rasulallah s.a.w. menutup diri dengan pakaiannya, maka Abu Bakar mengusir mereka berdua, Rasulallah s.a.w. pun membuka wajahnya dan bersabda: “Biarkan mereka berdua kerana wahai Abu Bakar, kerana ini adalah Hari Raya.”
 

Di dalam Ihya ‘Ulumuddin, Imam Ghazali menyatakan bahawa hadis tentang hari Mina, permainan orang Habsyah di masjid dan tepukan tangan yang diberikan Rasulallah s.a.w. dan bagaimana Baginda menyuruh ‘Aisyah berada di belakangnya untuk menonton, jua tentang boneka ‘Aisyah yang dikatakan bahawa hadis tersebut terdapat dalam Kitab Sahih Bukhari dan Muslim, bahawa ini adalah dalil yang jelas bahawa nyanyian dan permainan adalah tidak haram hukumnya. Hadis ini turut memberi kelonggaran dan tolak ansur kepada beberapa perkara :

  • Bermain / kemahiran di mana orang Habsyah dikenal dengan cukup popular dengan tarian dan permainan.
  • Aktiviti tersebut dilakukan di masjid.
  • Tepukan tangan Rasulallah s.a.w. kepada orang Habsyah menunjukkan seolah-olah ianya merupakan satu galakan untuk meneruskan permainan itu. Bagaimana mungkin perkara ini diharamkan?
  • Penolakan Rasulallah s.a.w. ke atas sifat Abu Bakar dan Umar yang membenci hiburan dengan alasan hari raya.
  • Rasulallah s.a.w. berdiam diri begitu lama untuk menyenangkan hati ‘Aisyah dengan hiburan tersebut. Ini menunjukkan bahawa menyenangkan hati isteri dan anak dengan hiburan yang mubah adalah jelas baik daripada sifat keras dan tidak mempedulikan hiburan.
  • Pertanyaan Rasulallah s.a.w kepada ‘Aisyah r.a.: “Apakah kamu suka menontonnya?”
  • Sikap tolak ansur hukum untuk menyanyi dan memukul kompang.
  • Para sahabat dan tabi’in juga mendengarkan lagu dan tidak menganggapnya sebagai dosa. Hadis yang melarang nyanyian ternyata semuanya penuh dengan kecacatan dan dihujani dengan kritikan. Ibn ‘Arabi berkata : “Tidak ada satu hadis pun yang sahih mengenai pengharaman lagu.” Ibn Hazm berkata : “Semua riwayat yang mengharamkan nyanyian adalah batal dan palsu.”
  • Dalam masa yang sama, kita perlulah terima hakikat semasa yang mana pada masa kini, di mana ada aktiviti-aktiviti dan event seringkali disemarakkan dengan arak dan overnite ( tidak tidur sepanjang malam). Keadaan seperti inilah yang mendorong para ulama untuk menegah dan mengharamkan atau memakruhkannya. Sebahagiaan ulama berkata : “Lagu termasuk ke dalam kata-kata yang sia-sia yang dinyatakan Allah dalam sepotong ayat” :

“Dan di antara manusia (ada) orang yang mempergunakan perkataan tidak berguna (laghwul hadis) untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah tanpa pengetahuan, dan menjadikan jalan Allah itu sebagai olok-olokan. Mereka itu akan memperoleh azab yang menghinakan.”

(Luqman; 6)

 

Berkaitan dengan ayat ini, Ibn Hazm berkata : “Ayat ini secara jelas menyebutkan satu sikap di mana orang yang melakukannya dianggap kafir, tanpa perbezaan pendapat, iaitu orang yang menjadikan jalan Allah sebagai bahan ejekan dan cemuhan. Namun dalam ayat ini Allah tidak mencela orang yang mengambil laghwul hadis sebagai hiburan, dan bukan untuk menyesatkan orang dari jalan Allah s.w.t.”Lagu itu sendiri menurut Ibn Hazm, tidak dapat dikatakan sebagai sesuatu yang tidak termasuk dalam kebenaran-menurut sebahagian anggapan orang, kerana jika demikian keadaannya bererti dia menjadi sesuatu yang batil, yang mana Allah s.w.t. berfirman bermaskud:

 “Tidak ada sesudah kebenaran itu melainkan adalah kebaikan.”

 (Yunus; 32)

  

Ibn Hazm berkata, Rasulallah s.a.w bersabda :

“Sesungguhnya amalan itu adalah berdasarkan kepada niat. Dan seharusnya setiap orang mendapat  apa yang diniatkannya.”

(Muttafaqun ‘Alaih) 

Mereka yang mendengarkan lagu untuk perbuatan maksiat, maka mereka menjadi orang yang fasik. Hal yang sama berlaku kepada sesuatu selain dariapada lagu. Tetapi untuk mereka yang mendengarkannya sebagai saranan hiburan supaya ianya boleh semakin menguatkan kemahuan dan keinginan beribadah dan bersemangat dalam melaksanakan kebaikan, maka sudah tentulah dia adalah terdiri daripada orang yang baik. Dan bagi mereka yang melakukannya tanpa sebarang niat apa pun, maka dia telah melakukan sesuatu yang sia-sia dan dimaafkan untuk beriadah, menikmati pemandangan dan sebagainya.

Ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian dalam permasalahan lagu ini.

  • Kandungan lagu tidak boleh bercanggah dengan ajaran Islam dan akhlak. Jika terdapat sesebuah lagu yang mendorong seseorang untuk bermabuk-mabukkan, maka jelas nyata lagu dan perbuatan memperdengarkannya adalah haram.
  • Persembahan nyanyian itu berubah dengan bergerak dari sempadan yang halal kepada yang haram, sebagai contoh bila mana perkara itu disertai dengan tari-tarian yang merangsang nafsu syahwat.
  • Islam sangat menentang sikap berlebihan dan menbuang masa tanpa erti dan manfaat sedikit pun, apatah lagi sesuatu yang mubah yang mungkin sahaja dapat mengabaikan kewajipan. Ada sebuah pepatah menyebut : “Saya tidak melihat sikap berlebihan, selain dibalik itu adanya kewajipan yang diabaikan.”
  • Pendengar lagu itu mesti menjadi penasihat kepada dirinya sendiri. Jika lagu itu mendorongnya untuk melakukan maksiat, melonjakkan nafsu berahi atau menguatkan unsur haiwani dalam dirinya, maka dia hendaklah menjauhi lagu itu dan menyekat serta menutup pinti kemaksiatan.

Lagu yang diiringi dengan sesuatu yang haram, menjadi haram, misalkan sahaja lagu yang didendangkan mengiringi pesta yang memabukkan atau lucah, di mana pelakunya akan mendapat seksaan yang amat pedih lagi menyakitkan.

Rasulallah bersabda :

“Sungguh, akan ada satu sekumpulan seorang dari umatku yang meminum minuman keras, yang mana mereka menamakannya dengan nama selain namanya, dengan muzik yang dimainkan di atas kepalanya dan para penyanyi. Allah akan membenamkan mereka ke dalam bumi dan menjadikan sebahagian dari mereka sebagai kera dan babi”

(Riwayat Ibn Majah)

Perubahan bentuk ini sendiri tidak dijelaskan, sama ada ianya secara fizikal atau mental. Boleh sahaja mereka berupa manusia namun mental dan perlakuannya seperti babi dan kera, Wallahu’alam..

Dalam konteks kontemporari hari ini lebih-lebih lagi dalam ‘live campus’, tidak dapat dinafikan muzik dan lagu merupakan benda yang seolah-olah menjadi peneman dan halwa telinga kita setiap hari. Namun, telah diperjelas di atas tadi dan ingin ditambah beberapa perkara lagi untuk menjadi peringatn kepada diri sendiri dan kita semua.

Sebagai contoh apabila berada di hostel, tidak ada salahnya untuk kita membiarkan muzik dan lagu  yang kita minat berkemundang di corong-corong speaker tapi jangan sampai muzik dan lagu ini menganggu jiran-jiran yang berada di sekeliling kita sampai mereka berada dalam keadaan tekanan atau pun ingin menelaah ilmu. Mungkin ada yang selesa dengan muzik dan ada jua yang tidak, jadi lihatlah keadaan sekeliling kita kerna kita duduk berjiran.

Hormatilah mereka yang ingin beribadah khususnya mereka yang ingin menunaikan kewajiapan solat, sama ada berjemaah mahu pun individu. Sekiranya telah berkemundang azan menandakan telah masuk waktu solat, maka perlahankanlah atau matikan sahaja muzik. Dah kalau tidak boleh solat atau tak nak solat, jangan menyusahkan atau mengganggu mereka yang nak solat.

Jadi, sebagai seorang muslim. Wajibnya kita menjaga kebajikan muslim yang lain. Telah jelas nyata lagi terang Islam membenarkan muzik dan lagu dan benda ini adalah mubah. Jadi, marilah kita bersama-sama dengan muslim yang lain saling peringat dan menegur yang lain. Di sini kita hanya ada rakan dan teman yang dapat bersama kita. Sebagai satu jalan selamat, marilah kita mendekatkan diri kepada Allah dengan merapatkan diri ke masjid-masjid di samping mereka yang berusaha untuk membawa Islam seperti yang dapat dilihat pada Persatuan Mahasiswa Islam UPM. Jika kita sebagai seorang muslim tetapi kita segan untuk bersama dengan PMI, sedangkan ini adalah persatuan untuk mereka yang beragama Islam.. Marilah kita bersama-sama membawa dan menyebar luas Islam di muka bumi UPM ini khususnya.

Ingatlah Islam itu bukan hanya ada pada rukun ISLAM, tetapi meliputi seluruh aspek kehidupan ISLAM yang mana keindahannya telah ditunjukkan oleh Nabi s.a.w.. Islam akan menjadi mulia dan disanjung bila mana semua penganutnya mengamalkan Islam, dan ISLAm jualah yang menjadi hina kerana sifat dan perbuatan penganutnya sendiri.

 

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on November 18, 2011, in Tinta kehidupan. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: