Batasan Tabarruj

Tabarruj merupakan istilah yang digunakan untuk menampakkan sifat seorang wanita yang ingin memperlihat dan menunjuk perhiasan yang ada padanya. Namun, wanita masih lagi di beri sedikit ruang untuk membebaskan diri daripada kategori ini berdasarkan beberapa panduan yang dinyatakan di sini:

  • Menundukkan pandangan. Perhiasan yang paling berharga bagi seorang wanita adalah perasaan malu, dan sebagai satu kayu pengukur yang jelas dan nyata adalah tertunduk pandangannya. Dalam sepotong ayat, Allah s.w.t telah berfirman:

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman, hendaklah mereka menundukkan sebahagian pandangan mereka“.

  • Tidak bercampur baur dengan bebas sesama lelaki dan bersentuhan dengan mereka, seperti di tempat awam dan tersembunyi termasuklah campus, cinema, atau dalam pengangkutan awam. Dalam sepotong hadis yang diriwayatkan dari Ma’qil bin Yasar r.a. Rasulallah s.a.w bersabda:

“Sungguh, andai salah salah seorang daripada kalian melukai kepalanya dengan jarum besi, itu lebih baik daripada jika dia menyentuh wanita yang tidak halal untuknya“

Beberapa spesifikasi pakaian wanita yang sesuai berlandaskan aturan syari’at seperti berikut:

  • Menutup seluruh anggota tubuh, kecuali muka dan tapak tangan.
  • Dapat menutup warna kulit dengan baik di balik pakaian, sebagaimana sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Sesungguhnya di antara penghuni neraka adalah wanita yang berpakaian tapi telanjang, kepalanya bergoyang dan berlenggak-lenggok. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat menghirum bau harumnya.“

Mereka memakai kain yang nipis dan samar sehingga tidak dapat menutup warna kulit yangh terselindung di balik baju itu dan masih  menggambarkan lekuk-lekuk tubuh. Wanita dari Bani Tamim berkunjung kepada ‘Aisyah r.a. dengan memakai pakaian yang nipis. ‘Aisyah kemudiaannya berkata: “Jika kalian adalah wanita beriman, maka pakaian ini bukanlah pakaian wanita beriman.“ Ada seorang pengantin muda yang dipertemukan kepada ‘Aisyah r.a. dengan memakai tudung nipis, maka dia pun berkata: “Tidak dapat beriman kepada surah an-Nur, wanita yang memakai tudung seumpama ini..“

  • Tidak ketat, sendat, padat, dan memperlihat lekuk-lekuk tubuh, yang jelas dapat ditatap dalam racangan fesyen mahu pun program realiti tv yang kini menonjolkan bentuk dan lurah payudara, lurah punggung mahu pun pusat, yang sering diperagakan dengan gerakan yang merangsang dan sensual. Mereka tidak ubah seperti telanjang, bahkan mungkin lebih sensual daripada berpakaian nipis.
  • Bukan pakaian yang yang menjadi lambang golongan kafir, yang mana Rasulallah s.a.w. bersabda:

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah sebahagian daripada mereka.“

  • Menjaga kehoramtan semasa berjalan dan bertutur serta menghindari dandanan dan gerakan yang menggoda, yang menjadi simbolik kepada wanita nakal. Dalam firman Allah bermaksud:

“Kerana itu, janganlah ada kalian merendahkan suara sehingga orang-orang yang di dalam hatinya ada penyakit menjadi tergoda.”                                                                                                      (al-Ahzab; 32)

  • Tidak menarik perhatian lelaki dengan perhiasan yang tersembunyi, dengan bau wangi-wangian dan gemerincing gelang kaki. Dalam firman Allah s.w.t:

”Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya dengan maksud agar perhiasan
yang disembunyikan itu dapat diketahui.”

Wanita jahiliyyah suka menghentakkan gelang kakinya di saat berjalan, supaya gemerincingnya dapat terdengar. Al-Quran melarang perbuatan seperti ini, kerana benda ini dapat merangsang nafsu lelaki. Begitu jua dengan minyak wangi dengan baunya yang menusuk hidung, seolah-olah menjadi aspek penarik perhatian lelaki. Dalam sepotong hadis dinyatakan:

 ”Jika seorang wanita memakai minyak wangi dan lalu di sebuah majlis, maka dia adalah begini dan begini.” Ertinya, dia dianggap mendekati zina.”

Islam tidak melarang wanita untuk menjadi penunggu rumah dan hanya keluar untuk ke tempat makan semata. Tetapi Islam jua membenarkan mereka keluar untuk pelbagai kepentingan dan keperluan, seperti solat, menuntut ilmu, atau pelbagai kepentingan agama dan dunia yang mubah (harus) bagi kita, sebagaimana yang telah berlaku pada zaman sahabat dan tabi’in, yang dapat dijadikan sebagai ikon kepada kita. Ada yang ikut berperang, sama ada bersama Rasulallah s.a.w. mahu pun bersama khalifah kemudian.

Kepada Saudahh r.a (isteri Rasulallah s.a.w), baginda bersabda:

            ”Sungguh Allah s.w.t. telah mengizinkan kalian untuk keluar demi kepemtingan kalian.”

Dalam hadis lain, Rasulallah s.a.w. bersabda:

            ”Jika salah seorang daripada kalian meminta izin ke masjid, janganlah kalian melarangnya.”

Dalam situasi kini di campus yang kini kecelaruan dan kepincangan dalam etika pemakaian khusunya dalam kalangan wanita, marilah para mahasiswi sertai dan bersama rakan dan teman yang berjaya untuk menjaga adab dan pemakaian mereka seperti yang dapat dilihat kepada Persatuan Mahasiswa Islam UPM (PMIUPM). Supaya kita dapat bersama dan ada teman di sisi yang dapat menyokong dan mengingatkan kita..ツ

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on November 17, 2011, in Tinta kehidupan. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: