“Sumbangan Bahagian Keselamatan tidak pernah kami lupakan”

Bersempena dengan sambutan Hari Raya ‘Eid Adha atau lebih di kenali dengan Hari Raya Haji pada 10 Dzulhijjah 1432H bersamaan  6 November 2011, perwakilan daripada Majlis Perwakilan Pelajar Pro Mahasiswa UPM telah memberi sedikit sumbangan dan agihan makanan kepada beberapa post guard dan pengawal keselamatan sebagai salah satu tanda menghargai pengorbanan dan jasa baik mereka dalam menjaga keselamatan dan keamanan di kawasan UPM disamping dalam usaha untuk merapatkan hubungan yang baik sesama mereka.

Bermula jam 6.00 petang; 5 Oktober 2011 (Sabtu), bersama dengan kami iaitu, Mohd Sufiyan Mohamed Nor, Muhammad Syafiq Ashari dan Muhamad Amiruddin Hassan serta Nur Arasyi Yahaya dan Syahirah Hatta yang terdiri dariapada MPP PRO M UPM bersama dengan Tarmizi bin Anuwar sebagai pengerusi PRO Mahasiswa telah memulakan proses agihan di sekitar post guard yang beroperasi pada hari kejadian iaitu di post guard zon A dan zon B yang mana di zon A ( zon akademik) terdiri daripada Pintu 2 (berhampiran Jalan Asam Jawa; bagi menggantikan Pintu1 di Anjung tutup yang tidak beroperasi) ,Pintu1 di Kolej 10/11, post guard Fakulti Kejuruteraan serta Fakulti Reka bentuk & Seni Bina serta di Unit Bantu Mula yang terletak berhampiran Fakulti Sains  , zon B (zon kolej kediaman) pula Pintu16 (berhampiran Jalan Alpa; berdekatan Padang Kawat)  Pintu8 berhampiran di Stadium, Pintu1 berhampiran Lebuh Silikon, Pusat Pengaduan Keselamatan (zon Kolej) di Kolej Pendeta Za’ba (KPZ) dan Pintu2 di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan.

Alhamdulillah, sambutan daripada bahagian keselamatan amatlah menggalakakn dan positif. Walaupun perlu bekerja dan berkhidmat semasa cuti Hari Raya, namun mereka masih lagi mampu tersenyum dan bekerja seperti biasa dalam menjalankan tugas .  Sumbangan dairpada pihak kami terdiri daripada Nasi putih bersama lauk dan sayur, serta air kotak dan tidak dilupakan jua sedikit kuih raya. Walau tidak seberapa yang dapat disediakan, Cuma inilah yang termampu dan diharapakan ini sebagai langkah awal dan seterusnya perkara seperti ini dapat dilakukan dan ditambah baik pada masa-masa akan datang.

Semoga hubungan baik antara pelajar dan bahagian keselamatan dapat terus dikekalkan ditambah baik pada masa-masa akan datang.=)

Posted on November 15, 2011, in ~Coretan~. Bookmark the permalink. 1 Comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: