Bergembira di kala hari KEMENAGAN tapi SUNNAH jangan dilupa. :)

Coretan kali ini bertemakan kepada debaran lebaran yang bakal dirasai tidak lama lagi. Mengimbau semula pada Zaman Rasulallah dan para sahabat, bila mana tibanya penghujung Ramadhan seperti pada yang berlaku kini mereka menjadi sebak dan sedih. Tidak pun merasai kehangatan mahu pun kemeriahan ‘Eidul Fitri seperti kita di sini. Mereka semua bersedih dan menangis kerana Ramadhan bulan yang penuh keberkatan dan ketenangan telah berlalu melangkah pergi. Ketenangan yang ada bulan Ramadhan ini pasti tidak dapat dirasai dalam bulan lain. Mereka mengharapakn ketenangn ini berlaku sepanjang tahun. Namun, sebagai seorang Muslim tidak salah untuk kita buat persediaan menghadapi hari kemenangan ini.

Nabi saw di dalam hadith baginda yang diriwayatkan dari Anas bin Malik ra. katanya:

Maksudnya: “Ketika Rasulallah s.a.w. sampai di Madinah, bagi penduduk Madinah itu ada dua hari (raya) yang mereka bermain (berseronok) pada hari tersebut sepertimana kebiasaan semua kaum (Rom dan Parsi), setiap umat itu bagi mereka hari raya mereka tersendiri. Dan adalah bagi orang Arab Madinah ketika zaman Jahiliyah terdapat dua hari yang mana mereka bermain (dan berseronok) pada hari tersebut. (apabila Nabi s.a.w. melihat mereka menyambut dua hari tersebut) Nabi saw bertanya: “hari apakah dua hari ini?” Mereka menjawab: “Adalah kami di zaman Jahiliyah bermain (berseronok) dalam dua hari ini.” Sabda Nabi saw: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan bagi kamu semua dengan hari yang lebih baik dari dua hari tersebut iaitulah hari raya al-Adha dan Hari raya al-Fitr.” (Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Nasa-ie dari Anas Bin Malik. Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah berkata: “Sesungguhnya Isnad hadith ini berdasarkan syarat Muslim)

 

Sebagai contoh, acap kali bila mana tibanya Syawal, kita akan mengucapkan atau di dengarkan dengan “SELMAT HARI RAYA.” Ada jua yaang terbiasa dengan “SELAMAT HARI RAYA/ HAPPY HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN”. Atau yang paling biasa ringkas sekali pun, “MAAF ZAHIR BATIN.” Ucapan seperti ini bukanlah dilarang dalam Islam, tapi pada hakikatnya ada beberapa ucapan yang diucapkan sendiri Rasulallah untuk mendokan kebaikan kepada diri sendiri dan jua kepada mereka yang mendengarinya. Jom kita menyambut hari kemenangan dan turut mengamalkan sunnah🙂

Sebagai contoh,

Bermaksud pulang ini adalah kita kembali kepada fitrah kita, yang mana selepas kita berpuasa hampir sebulan dan mendapat rahmat dan ganjaran dari Allah berkat segala amalan kita serta diampunkan dosa kita, kita kembali dalam keadaan fitrah kita yang suci. Jom kita mulakan sunnah ini agar budaya kita adalah budaya yang bersesuaian dengan SUNNAH.. Insya Allah.🙂

Selain itu, ada beberapa lagi SUNNAH yang boleh kita amalkan dan rasanya SUNNAH seperti ini terlepas pandang dalam budaya hidup masyarakat kita lewat kini. Antaranya ialah di awal pagi 1 Syawal, sebelum bergerak menuju untuk menunaikan solat sunat ‘eidul fitri, kita adalah disunatkan untuk bersarapan terlebih dahulu. Rasulallah sendiri sebelum menuju ke masjid akan memakan 3 biji kurma dan adalah afdhal untuk kita turut mengamalkannya. Usahlah kita mengatakan “ah, x pe, aku dah puasa 30 hari, kalau x makan pagi 1 syawal pun x pe”. Tanggapan ini salah, kerana ‘eidul fitri bermaksud kemenangan dan kita kembali semula kepada fitrah semulajadi kita. Jadi, fitrah kita adalah makan sarapan sebelah pagi, jadi lebih baik kita mengekalkan fitrah kita, dan dalam pada masa yang sama, untuk membezakan antara Ramadhan dan Syawal. Di mana dalam Ramadhan adalah wajib berpuasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari, sedangkan Syawal pula terpadamlah kewajipan puasa ini.

Selain itu, kita adalah digalakkan untuk memakai pakaian yang baru, dan paling cantik yang kita ada. Pakaian PALING CANTIK tidak bermaksud PAKAIAN PALING MAHAL. Jangan salah faham! Dan lazimnya orang tua akan mengatakan tidak mengapa bagi mereka untuk menyambut ‘eid dengan pakaian biasa , berilah peluang pada anak-anak untuk merasai kegembiraan SYAWAL. Hal ini adalah tidak berlandaskan islam sebenarnya kerana HAri KEMENANGAN ‘EIDUL FITRI adalah kemenangan untuk semua, bukan untuk golongan yang muda sahaja. Sedangkan Nabi telah mendidik kita sebegini, mengapa pula kita tidak mengikutinya, sedangkan kita akui NABI adalah sebaik-baik insan.🙂

Bila mana ingin mengerjakan solat sunah ‘eidul fitri, adalah digalakkan agar semua golongan dan lapisan untuk bersama ke masjid. Di zaman Nabi sendiri, NABI menyeru kepada mereka yang haid dan nifas untuk bersama ke masjid, tujuannya adalah untuk memperlihatkan kepada semua tentang kegembiraan kemenangan SYAWAL yang kita raikan tanpa mengira jantina dan klassifikasi. Jadi, kepada wanita, perawan, anak dara, dan muslimat jom keluar ke masjid atau surau berdekatan dan rasai kegembiraan ini. Bagi siapa yang usai mengerjakan solat sunat ‘eidul fitri, adalah NABI tidak mewajibkan kepada semua jema’ah untuk memperdengar kepada khutbah raya. Kerana Nabi faham keadaan sebahagian umatnya yang ingin membuat persaiapan di rumah bagi menyambut Syawal. Inilah yang membezakan anatara khutbah jumaat dan khutbah hari raya dimana Khutbah jumaat adalah wajib walhal khutbah raya adalh sunah.

Perkara lain pula adalah untuk menuju ke masjid adalah diSUNNAHKAN untuk dengan berjalan kaki bagi mampu,dan dalam perjalanan adalah diSUNNAHKAN untuk bertakbir walaupun secara individu. Dalam hal lain, adalah digalakkan untuk kita menggunakan jalan yang berbeza untuk pergi dan pulang ke masjid supaya kita nampaknya suasana kegembiraan kemenangan Syawal di kawasan tempat kita.

Mudah-mudahan kita semua yang usai menjalani tarbiyyah Ramadhan menjadikan kita Graduan Universiti Ramadhan yang tiada tara nilainya, yang begitu mertabatnya, yang berkekalan di dalam rahmatNya. Insya allah!! 🙂

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on August 29, 2011, in ~Coretan~. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: