Di Kala Senja RAMADHAN..

Alhamdulillah tanpa kita sedar Ramadhan hampir melabuhkan tirainya. Perginya bulan Ramadhan bermaksud bulan yang mulia ini telah melangkah pergi. Bagi Rasulallah dan para Sahabat dahulu tatkala detik seperti ini hampir, mereka semua menjadi sebak dan sedih. Ada yang menangis kerana Ramadhan telah berlalu, bukan kerana tibanya syawal dengan kegembiraan seperti kita pada masa kini.๐Ÿ˜ฆ

Benarlah Ramadhan amati dikenali dengan bulan ibadah. Ganjaran bonus yang Allah berikan dalam bulan ini amat tidak ternilai dan tiada taranya. Jika amalan sunnah yang dilakukan seolah-olah mendapat pahala seperti amalan wajib, jika amalan wajib pula yang dilaksanakan pasti tidak tergambar berapakah ganjaran yang diperolehi? Maha Pemurahnya Allah kepada kita. Alhamdulillah๐Ÿ™‚

Jom kita menyingkap semula sedikit sebanyak amalan yang bisa dilaksanakan dalam bulan Ramadhan. Antaranya yang pasti adalah solat fardhu berjemaah, puasa fardhu, membaca al-Quran hatta dapat dikhatamkan beberapa kali dalam tempoh sebulan, bersedeqah, memenuhi masjid dan surau hanya semata ingin tarawikh berjemaah, tidak mengata atau terkata mana pihak, qiamullail, melipat kali gandakan amalan solat sunat, dan banyak lagi. Apa yang dinyatakan ini hanyalah sebahagian kecil sahaja dan pasti banyak lagi amalan yang kita sudah laksanakan kan?๐Ÿ™‚

Sebahagian โ€˜ulama menyatakan bagaimana kita memulakan Ramadhan, bagaimana pula kita mengakhiri Ramadhan, itulah gambaran kepada penerimaan amalan kita sepanjang Ramadhan.

Graduasi Ramadhan Kareem yang melepasinya dengan penuh ketaqwaan pasti akan menggenggam segulung sijil taqwa yang tiada terkira nilainya.

Jika dalam bulan Ramadhan kita boleh melaksanakan segala macam bentuk amalan, mengapa amalan yang sudah kita latih hampir sebulan lamanya tidak diteruskan lagi?

Jika dalam bulan Ramadhan kita boleh memenuhi masjid dan surau hanya semata ingin mendapatkan pahala sunnah muakkad tarawikh berjemaah, mengapa pula kita tidak mengekalkan budaya ini untuk sepanjang tahun untuk memenuhi tuntutan fardhu โ€˜ain mendalami ilmu keagamaan di masijid dan surau yang diadakan pada waktu tertentu bahkan ada sebahagian tempat hampir setiap malam di masjid dan surau menyajikan kuliah ilmu serta solah fardhu secara berjemaah?

Jika dalam Ramadhan kita boleh memperbanyakkan sedeqah, mengapa kita tidak meneruskan sahaja sifat dermawan kita pada bulan yang lain. Apakah bersedeqah hanya digandakan dan ditunjukkan pada Ramadhan sahaja. Maaf bukan hendak mengata tapi jika kita sedar dalam bulan Ramadhanlah orang-orang yang memerlukan bantuan mendapat bantuan berlipat kali ganda banyaknya seperti anak yatim, ibu tunggal, dan yang lain. Boleh katakan ada sahaja upacara bersama anak mereka ini dan memberikan sumbangan pada mereka pada hampir setiap hari oleh individu atau agensi berkenaan. Mengapa budaya ini terus tenggelam bila Ramdhan pergi?

Jika dalam bulan Ramadhan kita dapat mengawal peribadi kita lebih-lebih lagi liidah kita yang tiada bertulang ini daripada mengucapkan kata-kata yang tidak baik, mengumpat, mengeji dan menghina orang, dengan beralasan โ€œAKU BERPUASAโ€, tetapi mengapa bila perginya Ramdhan segala sifat lama yang telah kita elakkan selama hampir sebulan mula menapak kembali?

Jika dalam bulan Ramadhan perokok dapat mengurangkan tabiat merokoknya, malahan ada yang berjaya berhenti, walhal bila berakhir Ramadhan tabiat merokok mula kian subur semula pada perokok-perokok tegar..

Jika bulan Ramadhan kita mengamalkan pelbagai amalan sunnah seperti solat sunnah awwabin, qiamullail, dan sunat dhuha, tapi mengapa dalam bulan lain kita tidak mengekalkan amalan sunah ini?

Jika dalam bulan Ramadhan kita dapat membaca al-Quran dan bertadarrus al-Quran dengan kaum keluarga, sahabat, dan rakan kita, tetapi mengapa dalam bulan lain kita tidak begitu teruja untuk membaca al-Quran. Bahkan ada yang meninggalkan al-Quran terus di dalam almari dan berhabuk bila perginya Ramadhan. Apakah al-Quran ini kitab bacaan Ramadhan sahaja?

Dan pelbagai amalan wajib dan sunnah yang kita amalkan sepanjang Ramadhan pada hakikatnya kian pudar bula Ramadhan berlalu. Adakah kita ini adalah HAMBA RAMADHAN atau HAMBA ALLAH? Adakah ALLAH hanya wujud dalam bulan RAMADHAN sahaja atau ALLAH kekal wujud selamanya?

Benarlah FirmanNYA

ูŠูŽุง ุฃูŽูŠูู‘ู‡ูŽุง ุงู„ูŽู‘ุฐููŠู†ูŽ ุขู…ูŽู†ููˆุง ูƒูุชูุจูŽ ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู ุงู„ุตูู‘ูŠูŽุงู…ู ูƒูŽู…ูŽุง ูƒูุชูุจูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ูŽู‘ุฐููŠู†ูŽ ู…ูู†ู’ ู‚ูŽุจู’ู„ููƒูู…ู’ ู„ูŽุนูŽู„ูŽู‘ูƒูู…ู’ ุชูŽุชูŽู‘ู‚ููˆู†ูŽ

ย 

โ€œHai orang2 yang beriman, diwajibkan bagimu berpuasa, sebagaimana telahย  diwajibkan ย pada orang2 sebelum kamu. Mudah2an kamu bertakwaโ€ (Al -Baqarah:183)ย 

โ€œMUDAHA2AN KAMU BERTAQWAโ€, mengapa ALLAH meletakkan MUDAH-MUDAHAN?? Kenapa tidak โ€˜AGAR KAMU BERTAQWAโ€™ .. Kerna ALLAH lebih tahu siapa kita, ย hanya segelintir sahaja yang istiqamah dalam beribadah sama ada yang sunah, apatah lagi yang wajib.. semoga kita menjadi HAMBA ALLAH, bukannya HAMBA RAMDHAN SAHAJA..ย  insya allah..๐Ÿ™‚

Semoga kita bersama-sama dapat mengambil pengajaran dan mula membuat perubahan pada diri kita. Jangan bertangguh lagi! Jangan menunggu lagi! Jom kita mulakan! Segalanya adalah bermula dengan diri sendiri..๐Ÿ™‚

Posted on August 28, 2011, in ~Coretan~. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: