Coretan mengenai Kesabaran para ‘Ulul-‘Azmi

Kesabaran para rasul ‘Ulul-‘Azmi adalah kesabaran yang tertinggi yang ada pada manusia yang diuji oleh Allah kepada manusia yang tertentu sahaja. Sabar jenis ini sangat tinggi darjatnya kerana ia merupakan suatu kesabaran yang sangat perlu ketika menempuh kesusahan untuk berdakwah di jalan Allah. Ia jua merupakan masalah yang sangat berat yang dtanggung oleh seorang Nabi itu serta perlu kepada menempuh pelbagai ranjau pengorbanan dan bahaya yang bakal menimpa.

Kesabaran ini merupakan suatu hakikat yang jelas untuk orang lain.  Kesabaran ini diberi gelaran ‘Ulul-‘Azmi kerana ia menjadi perintah Allah kepada RasulNya, Nabi Muhammad (S.A.W) sebagai khatamun Nabi, insan yang paling agung yang menjadi pilihanNya, serta Nabi yang membawa rahmat ke seluruh alam. Firman Allah S.W.T.;

“Bersabarlah sebagaimana sabarnya ‘ulul-‘azmi (ketabahan hati) daripada rasul-rasul (a.s)..”

Mereka yang mendapat gelaran ‘Ulul-‘Azmi ialah Nuh a.s, Ibrahim a.s, Musa a.s, Isa a.s, serta Nabi Muhammad s.a.w. Nabi-nabi ini disebut secara khusus dalam al-Quran dengan firmannya :

“Dan (ingatlah) tatkala Kami mengambil dari nabi-nabi (umumnya) : perjanjian setia mereka, dan (khasnya) dari engkau sendiri (wahai Muhammad), dan dari Nabi Nuh, dan Nabi Ibrahaim, dan Nabi Musa, serta nabi Isa ibni Maryam : dan kami telah mengambil dari mereka : perjanjian setia yang teguh (bagi menyempurnakan apa yang ditugaskan kepada mereka).”

(al-Ahzab:7)

Sebagaimana jua firman Allah :

“Allah telah menerangkan kepada kamu – di antara perkara-perkara agama yang Ia tetapkan hukumnya – apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan yang telah kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), dan jua yang telah kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya.”

(asy-Syura:13)

4 orang Nabi itu iaitu Nuh a.s., Ibrahim a.s., Musa a.s. serta Nabi Muhammad S.A.W banyak daripada rasul yang lain.

Nabi Nuh a.s. telah berdakwah selama 950 tahun sama ada secara rahsia ataupun terangan. Apa yang baginda dapati hanyalah orang yang memekakkan telinganya, orang yang menutup penglihatannya serta orang yang tertetutup pintu hatinya.

Nabi Nuh a.s. berusaha dan bertungkus lumus dalam menjalani dakwah tetapi menerima tentangan yang sangat hebat. Lalu baginda bermunajat kepada Allah yang dirakamkan dalam al-Quran :

“(Setelah puas menyeru mereka), nabi Nuh berdoa dengan berkata : “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku  siang dan malam (supaya mereka beriman) ; maka seruanku itu tidak memberikan mereka (sesuatu faedah pun) selain daripada menambahi mereka melarikan diri (daripada kebenaran). Dan sesungguhnya aku, tiap-tiap kali menyeru mereka supaya (beriman) Engkau mengampunkan dosa-dosa mereka, mereka menyumbatkan telinganya dengan jari masing-masing, dan berselubung dengan pakaiannya, serta berdegil dengan keingkarannya, dan berlaku sombong takbur dengan melampau-lampau.”

(Nuh:5-7)

Demikianlah keadaan mereka yang tidak mahu mendengar seruan Nabi Nuh, tidak ingin melihat wajahnya sebaliknya meletakkan jari-jari mereka di telinga supaya mereka tidak mendengar seruan Nabi Nuh ini. Nyatalah mereka itu merupakan golongan yang keras kepala, sombong dan degil. Lalu Nuh berkata :

“Kemudian aku telah menyeru mereka terang-terang: selain dari itu, aku (berulang-ulang) menyeru mereka dengan secara beramai-ramai  dengan berterus terang, dan menyeru mereka lagi dengan secara berseorangan dengan perlahan-lahan. Sehingga aku berkata (kepada mereka): ‘Pohonlah ampun kepada  Tuahnmu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah kepada kamu. Dan Ia akan memberi kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).”

(Nuh:8-12)

Apa yang diterima oleh Nabi Nuh hanyalah ejekan kedegilan, sumpahan, penentangan sebagaimana yang diriwayatkan dalam al-Quran :

“Maka berkatalah ketua-ketua orang kafir dari kaumnya: ‘Kami tidak memandangmu (wahai Nuh) melainkan sebagai seorang manusia seperti kami; dan kami tidak nampak golongan yang mengikutimu melainkan orang-orang kami yang miskin hina lagi berfikiran singkat; dan kami juga tidak memandang kamu (semua) mempunyai sebarang kelebihan yang mengatasi kami, bahkan kami menganggap kamu orang-orang yang pendusta.”

(Hud:27)

Begitu jua dalam surah al-Mu’minun :

“ia tidak lain hanayalah seorang lelaki yang menghidap sakit gila. Oleh itu tunggulah akan keadaannya hingga ke suatu masa.”

(al-Mu’minun:24)

Akhirnya Nabi Nuh a.s. pun berputus asa lalu berdoa kepada Tuhannya;

“Dan Nabi Nuh (merayu lagi dengan) berkata : ‘Wahai Tuhanku, janganlah Engkau biarkan seorang pun dari orang-orang kafir itu hidup di atas muka bumi! Kerana sesungguhnya jika Engakau biarkan mereka (hidup), nescaya mereka akan menyesatkan hamba-hamba Mu, dan mereka tidak akan melahirkan anak melainkan yang berbuat dosa lagi kufur ingkar”.

(Nuh:26-27)

Nabi Ibrahim merupakan seorang Nabi yang sangat sabar untuk menyeru ayah serta kaumnya mengesakan Allah. Walau bagaimana pun ia terpaksa memanggung kekasaran dan ancaman daripada bapanya sendiri. Tindakan bapanya ini ada dirakamkan dalam al-Quran yang bermaksud :

“(Bapanya) menjawab : “Patutkah engkau bencikan tuhan-tuhanku, wahai Ibrahim? Demi sesungguhnya! Jika engkau tidak berhenti dariapda menyeru dan menasihati daku, nescaya daku akan melontarmu dengan batu ; Dan (ingatlah, lebih baik) engkau tinggalkan daku sepanjang masa.”

(Mariyam:46)

Sebaliknya Nabi Ibrahim hanya berkata :

“Nabi Ibrahim berkata : “Selamat tinggal ayah, aku akan memeohon kepada Tuhanku mengampuni dosamu ; sesungguhnya ia sentiasa melimpahkan kemurahan ihsanNya kepadaku. Dan aku akan membawa diri meninggalkan kamu semua serta apa yang kamu sembah yang lain daripada Allah ; dan aku akan beribadat kepada Tuhanku iti tidak menjadi hampa (dan derhaka seperti kamu).”

(Mariyam:47-48)

Nabi Ibrahim terus berdakwah sedangkan kaumnya pula terus dalam kesesatan hingga sampai ke puncak berlakunya persitiwa kemusanahan berhala-berhala mereka oleh Nabi Ibrahim a.s. kaumnya megetahui orang yang melakukan perbuatan itu tentulah  Nabi Ibrahim a.s yang mana akhirnya mereka telah bermuafakat untuk mengambil tindakan membakar Nabi Ibrahim a.s sebagaimana Nabi Ibrahim membakar hati dan perasaan mereka.

Mereka pun menyalakan api dengan kayu yang bertimbun-timbun yang mana akhirnya Nabi Ibrahim pun dicampakkan ke dalamnya. Walaupun demikian, Nabi Ibrahim tidak merasa takut sebaliknya hanya memohon kepada Allah S.W.t sebagaimana yang selalu disebut-sebut olehnya : “Cukuplah Allah sahaja yang memelihara akan daku.” Dari doanya itu Allah tidka pula membiarkannya sebaliknya baginda dipelihara dari tabiat api yang sentiasa membakar itu. Firman Allah yang bermaksud :

“Kami berfirman : “hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!”

(al-Anbiya’:69)

Begitulah kehendak Allah maka batallah tipu daya musuh-musuh Allah.

Nabi Musa a.s. pula dilahirkan dalam suasana kaumnya merasa takut ancaman Firaun untuk membunuh anak-anak lelaki. Ibu Nabi Musa mendapat wahyu supaya Nabi Musa dihanyutkan ke dalam sungai. Walau bagaimana pun Nabi Musa ditemui musuh Allah dan musuhnya sendiri iaitu Firaun.

Kemudian Nabi Musa keluar dari Mesir setelah membunuh musuh-musuhnya. Selama 10 tahun baginda berada di perantauan, jauh daripada keluarga dan kaumnya. Akhirnya Nabi Musa diperintahkan oleh Allah supaya menghadapi Firaun, Haman serta kedua-duanya. Belum pun baginda menyampaikan risalahnya, tiba-tiba ia diancam, diugut dan dihina dan diperkecilkan oleh musuhnya sebagaimana yang diriwiyatkan dalam al-Quran yang bermaksud :

“Firaun mnejawab : “Bukankah kami telah memelihara kamu dalam kalangan kami semasa engkau kanak-kanak yang baru lahir, setelah engkau telah tinggal dalam kalangan kami beberapa tahun dari umurnu? Dan (bukankah) engkau lakukan dan (dengan itu) engkau dari golongan yang tidak mengenang budi?”

(asy-Syuara’:18-19)

Firaun mendengar seruan Nabi Musa mengenai mentauhidkan Allah dan menolak ketuhanan selain daripada Allah. Sebaliknya Firaun pernah berkata kepada orang ramai :

“Akulah tuhanmu yang paling tinggi, dan aku tidak tahu adanya tuhan selain daripada aku…”

Oleh kerana dakwah Nabi Musa itu berlawanan dengan apa yang didakyahkan oleh Firaun akhirnya baginda diancam akan dipenjarakan :

“Sekiranya engaku mengambil tuhan selain daripada aku, engkau akan dimasukkan ke dalam penjara.”

(asy-Syuara’:29)

Malahan pada lainnya pula baginda diancam bunuh, begitu jua dengan pengikut-pengikutnya.

“Dan berkatalah Firaun (kepada orang-orangnya) : “Biarkanlah aku membunuh Musa, dan biarlah dia memohon kepada Tuhannya (meminta pertolongan)! Sesungguhnya aku bimbang dia akan menukar agama kamu, atau menimbulkan kerosakan di muka bumi!”

(al-Mu’min:26)

Begitu jua Firaun Haman dan Qarun berkata :

“Setelah Nabi Musa datang kepada mereka membawa kebenaran dari sisi kami, mereka berkata (dengan marahnya) : “Bunuhlah anak-anak lelaki orang-orang yang beriman yang mengikutnya, dan biarkan hidup anak-anak perempuan mereka.” (Tetapi usaha) dan tipu daya orang-orang kafir itu hanya menyebabkan mereka tenggelam dalam kesesatandan kebinasaan sahaja.”

(al-Mu’mim;25)

Nabi Musa a.s. tetap bersabar menghadapi semua ancaman tersebut. Bbaginda hadapi kaumnya dengan memohon pertolongan daripada Allah serta bersabar sehingga Allah menurunkan pertolongan dan membinasakan musuh-musuhnya.

Demikianlah dapat diuraikan dengan secara ringkas kisah mereka yang wajib bagi mengambil taladan kepada kita. Semoga kita termasuk dalam kalangan mereka yang tinggi sifat sabarnya. Insya allah🙂

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on August 24, 2011, in Tinta kehidupan. Bookmark the permalink. 2 Comments.

  1. Terima Kasih😉
    Anda membantu saya dalam mendapatkan pengisian dan ayat qur;an berkaitan rasul – rasul ulul ‘azmi..

    semoga Allah mengurniakan pahala buatmu diatas perkongsian ini.
    Amin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: