Secebis Renungan dalam Ramadhan

Berjaya jua kita menjejakkan kaki kita ke pertengahan fasa ke-3 dalam bulan ramadhan al-mubaraq  ini. Seperti yang kita sedia tahu, ramdahan adalah bulan ibadah . Berdasarakan hadis, tiada ada 1 bulan yang didalamnya Nabi S.A.W memenuhinya dengan ibadah kecuali dalam bulan  ramadhan.

Terdapat banyak pendapat yang disuarakan mengenai LAILATUL QADR, tetapi antara pendapat yang masyhur adalah pada malam2 ganjil pada 10 malam terakhir.

Suasana yang kita acap kali terlihat dalam  masyarakat kita pada masa kini, masjid dan surau hanya menjadi tempat persinggahan bagi mereka yang telah berusia, tetapi dimanakah golongan belia dan remaja. Apa yang lebih mendukacitakan, bilangan mereka yang meramaikan rumah Allah dalam bulan ramadhan ini saban hari kian susut bilangannya. Ramai yang ada pada awalnya, sederhana yang ada pada pertengahannya dan hanya sedikit yang tinggal hingga ke akhirnya.

Jika kita lihat Nabi S.A.W dahulu akan menghabiskan ramadhannya dengan ibadah, lebih-lebih lagi pada 10 malam terakhir. Hatta ada riwayat yang menyatakan Nabi S.A.W akan mengikat perut baginda dengan kain untuk nabi beri’tikaf di masjid  bagi mengelakkan perasaan lapar dan mendatangi isterinya. Nabi akan berqiamullail sepanjang malam pada fasa 10 malam terakhir dan nabi jua akan mengejutkan ahli keluarganya untuk qiam bersama. Ibadah yang Nabi lakukan hingga bengkak kakinya. Pernah ‘Aisyah bertanya pada nabi S.A.W ‘mengapa engkau beribadah hingga sedemikian rupa, bukankah ALLAH telah mengampunkan dosa-dosamu sama ada yang telah berlaku atau yang akan berlaku?’ , lalu Nabi S.A.W menjawab “ bukankah aku dikalangan hambanya yang bersyukur?”. SUBHANALLAH , jika Nabi S.A.W yang telah dijanjikan syurga beribadah kepada ALLAH hingga demikian rupa, adakah kita ini yang ibadah tidaklah  seberapa, adakah layak syurga itu untuk kit?? Renungkanlah…..

Jika dahulu nabi S.A.W dan para sahabat beribdah dengan sebanyak-banyaknya dalam bulan ramadhan dan merasa sedih tatkala ramadhan meninggalkan pergi dan berlalu, tetapi kita pada masa kini beribadah pun tidak seberapa dan merasa lebih gembira tatkala Hari Raya dmenjelang tiba, tidak ada sekelumit pun rasa sedih mahupun hiba tatkala ramadhan pergi meninggalkan kita.. Walhal kita lebih sibuk untuk membuat persiapan raya yang berlebihan bagi menghadapi raya hingga sanggup meninggalkan amalan sunah mahupun fardhu khususnya pada malam-malam  terakhir yang mana ada padanya LAILTUL QADR.. Dan sejauh mana penhyatan yang ada bulan ramadhan yang telah kita laksanakan akan berterusan, adakah kita hanya beribadah dalam bulan ramadhan atau pun untuk sepanjang hayat kita???  ADAKAH KITA HAMBA KEPADA RAMADHAN SAHAJA ATAUPUN HAMBA KEPADA ALLAH???

RENUNGKANLAH FIRMAN ALLAH S.W.T :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

“Hai orang2 yang beriman, diwajibkan bagimu berpuasa, sebagaimana telah  diwajibkan  pada orang2 sebelum kamu. Mudah2an kamu bertakwa”

(Al -Baqarah:183)

“MUDAHA2AN KAMU BERTAQWA”, mengapa ALLAH meletakkan MUDAH-MUDAHAN?? Kenapa tidak ‘AGAR KAMU BERTAQWA’ .. Kerna ALLAH lebih tahu siapa kita,  hanya segelintir sahaja yang istiqamah dalam beribadah sama ada yang sunah, apatah lagi yang wajib.. semoga kita menjadi HAMBA ALLAH, bukannya HAMBA RAMDHAN SAHAJA..  insya allah..=)

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on August 21, 2011, in ~Coretan~. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: