Ahlan Wasahlan ya Ramadhan

Rasanya masih tidak terlewat  untuk saya mengucapakan Ahlan Wasahlan ya Ramadhan kepada sesiapa jua kita walaupun sudah berada hampir setengah daripada bulan Ramadhan. Jika kita sibuk dan sudah terbiasa dengan ucapan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITIRI. MAAF ZAHIR BATIN selama hampir sebulan penuh dalam bulan Syawal, jadi mengapa kita tidak biasakan dengan ucapan Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan selama tempoh sebulan?🙂


Rasanya semua orang tahu dan sedar Ramadhan ini memang sungguh istimewa kan?🙂 Bulan ini dikenali dengan pelbagai gelaran jika kita sedar. Ramadhan dikenali dengan nama bulan Ibadah, bulan membaca al-Quran, bulan Bersedeqah dan sebagainya? Kenapa pula macam ni? jom kita saksikan satu per satu per satu..

Dalam bulan Ramadhan sajalah kita akan dapat menunaikan solat Tarawikh, dalam bulan lain kalau kita kerjakan solat Tarawikh, solat ni tidak sah. Cuma masyarakat di tempat kita ni kadang-kadang berbalah sama sendiri  ada 8 atau pun 20 raka’at? Benar Rasulallah hanya buat 8 sahaja dan selepas kewafatan baginda, masjidil Haram hanya membuat 20 raka’at sampai hari ini. Andai 20 raka’at yang kita buat hari ini tidak akan sama dengan zaman Rasulallah dulu, apatah lagi 8? Alhamdulillah kita masih lagi mampu untuk mendirikan sunat mu’akkad ini dan ada setengah masjid yang hanya buat 8 raka’at dan ditambah pula dengan tazkirah ringkas selama 20-30 minit, dan ada jua yang buat 20 raka’at. Pada hakikatnya, menuntut ilmu  adalah WAJIB sedangkan sunat Tarawikh adalah sunat muakkad. Terpulanglah kepada inisiatif masjid dan surau untuk melaksanakan benda ini. Andai hanya mendirikan 8 raka’at berjemaah di masjid atau surau tidak bermaksud tidak boleh melengkapkan 20 raka’at secara sendirian di rumah? Bagi siapa yang dah dapat ilmu melalui tazkirah jangan lupa pula untuk berkongsi bersama🙂 Dan andai sudah melaksanakan 20 raka’at berjemaah pun masih banyak lagi masa lain untuk mendengar tazkirah lebih-lebih lagi dalam bulan mulia ini. Daripada sibuk bertikam lidah pasal perkara ini, ramai lagi yang Muslim tidak berkesempatan untuk menunaikan Tarawikh secara berjemaah dengan kita di masjid atau pun surau, lebih baik kita fikir cara terbaik macam mana nak mengajak mereka. Saya serah kepada anda untuk menilai dan menentukan..:)

Selain itu, dalam bulan ini jualah kita dapat menyaksikan begitu ramai orang yang membaca al-Quran dan bertadarus sama ada secara berkumpulan atau pun individu. Kebanyakannya akan cuba untuk mengkhatamkan al-Quran dalam Ramadhan sekurang-kurangnya sekali, bahkan ada yang mampu lebih lagi, alhamdulillah..:) Bagi yang sudah berkeluarga kan lebih molek jika dapat sama bertadarus antara suami dan isteri, dan bersama anak sekali jika sudah mendapat cahaya mata. Atau pun bersama-sama rakan jika masih berada di campus atau bersama masyarakat setempat di masijd atau pun surau. Jika berkesempatan, sesudah membaca al-Quran  adalah lebih baik jika kita dapat memahami dan mentadabbur al-Quran serta  hikmahnya.. (peringatan untuk diri sendiri jua🙂 )

Tambahan, ramai dikalangan kita yang suka bersedeqah dalam bulan ini. Sebagai contoh, hampir pasti kita dapat melihat juadah makanan berbuka puasa di masjid mahu pun untuk moreh dan kebanyakannya adalah sumbangan daripada penduduk setempat. Jangan kita menyempitkan ruang pemikiran kita bersedeqah hanya boleh dengan harta benda. Banyak lagi cabang lain yang kita terlepas pandang. Senyum kepada orang lain , berjalan kaki menuju ke masjid, kata-kata yang baik pun dianggap sedeqah. Kata-kata yang baik nampak mudah walhal susah untuk kita laksanakan. Terkadang tanpa sedar kita termengata orang tanpa sedar, dan kalau boleh sempena dalam Ramadhan ini mana-mana yang suka bersembang tentang politik, kendur-kendurlah semangat politik  supaya tidak termengata mana-mana pihak, membicarakan keburukan mana-mana pihak, mendedahkan ‘aib orang.😀 Jadi rebutlah sebanyaknya peluang yang ada sempena dalam bulan yang mulia ini untuk kita melakukan amal sunah sebanyak mungkin kerana dalam satu riwayat menyebut amalan sunah yang dilakukan dalam bulan Ramadhan ini pahalanya adalah menyamai pahala wajib, dan pahala bagi amalan wajib pula tidak terkira banyaknya. Bersedeqahlah di atas  kapasiti  dan kemampuan yang kita ada.🙂

Jadi bagaimana  pula dengan diri kita? Ada sebahagian ulama’ mengatakan bagaimana cara kita memasuki, mengakhiri, dan bagaimana kita keluar selepas  Ramadhan itulah penerimaan puasanya di sisi Allah. Kita bukan hendak menilai orang lain, tapi untuk diri sendiri sebenarnya..😉. Jom kita mengubah diri kita bersama menjadi lebih baik sementara masih lagi dalam bulan yang mulia  ini.

Suatu ketika Rasulallah bersama para sahabat ketika dalam hari pertama bulan Ramadhan, yang mana mereka berpuasa wajib dalam bulan Ramadhan, Nabi menyatakan kepada sahabat :

“Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan, yang memberikan perhatianNya kepadamu, dengan sebab itu Dia mencurah-curahkan rahmat kepadamu, dan Dia menggugurkan dosa-dosa kamu selain daripada dosa syirik, dan Dia memaqbulkan doa hambaNya, Allah sentiasa melihat perlumbaan ibadah kamu dalam bulan Ramadhan, Sesungguhnya orang Celaka di sisi Allah adalah orang yang diharamkan rahmat Allah Ta’ala dalam bulan Ramadhan”.

Justeru, marilah kita bersama memperbanyakkan segala mungkin amal ibadah, tunjukkan segala kebaikan yang ada pada kita kepada Allah, tunjukkan amal soleh kita kepada Allah, panjatkan doa dan permintaan kita kepada Allah, tunjukkan keikhlasan kita kepada Allah, tunjukkan segala macam kebaikan dan kebjikan yang mampu kita laksankan.

Jom   kita layan video ini, ada la sikit sebanyak amal sunah yang ditunjukkan boleh kita ikuti, yang mana tidak elok tu sebagai pengajaran kepada kita semua🙂

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on August 15, 2011, in ~Coretan~. Bookmark the permalink. 1 Comment.

  1. oit2…nge…e…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: