~Surah an-Nasr (Pertolongan)~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

1)      Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan.

2)      Dan kamu melihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong.

3)      Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepadaNya. Sesungguhnya dia adalah Maha Penerima taubat.

Surah ini membawa berita gembira kepada Rasulallah mengenai kemenangan, penaklukan dan manusia yang berbondong-bondong menyertai agamaNya. Surah ini jua mengarahkan baginda supaya menghadap Allah dengan bertasbih memujiNya dan merendahkan diri supaya memohon keampunan daripada Allah. Surah ini turut memaparkan hakikat dan kebenaran aqidah ini dan teologinya – bagaimana tingginya manusia meningkat ke peringkat kemanusiaan yang cemerlang yang tidak dapat dicapai melainkan dengan menyahut seruan dakwah Islam.

Terdapat banyak riwayat yang menerangkan tentang turunnya surah ini, dipetik daripada riwayat Imam Ahmad seperti berikut :

“Aisyah meriwayatkan bahawa Rasulallah selalu mengakhiri urusannya dengan mengucapkan : ‘Subhanallah wa Bihamdihi astarghfirullah wa atubu ilaih.’ Baginda jua bersabda  :  Tuhanku telah memberitahu kepada ku bahawa aku akan melihat satu alamat dalam umatku. Dia memerintahkan aku supaya memujiNya dan memohon keampunan kepadaNya Yang Maha Pengampun apabila aku melihat tanda-tanda tersebut. Dan aku telah melihat tanda-tanda tersebut, iaitu : ‘Apabila telah datang pertolongan dan kemenangan…”

(Muslim)

Ibn Kathir berkata di dalam tafsirnya  : “Kemenangan yang dimakusdkan di sini adalah direbut kembali kota (Makkah). Suku-suku Arab menunggu penyelesaian terhadap konflik di antara kaum Quraisy dengan kaum Muslimin, sebelum menerima Islam dengan berkata ; ‘Kalau dia, Muhammad menang atas kaumnya, maka dialah Nabi.’ Maka setelah Allah memberi kemenangan tersebut kepada Nabi, mereka pun memeluk Islam dengan berbondong-bondong (beramai-ramai). Belum sampai 2 tahun selepas kemenangan ke atas Makkah, maka seluruh Jazirah Arab telah dikuasai oleh Islam, dan segala kesyukuran kepada Allah, setiap suku Arab mengisytiharkan keIslaman mereka.”

Di dalam kitab Sahihnya, al-Bukhari meriwayatkan “Amr ibn Salamah berkata bahwa ketika Makkah ditakluk, semua suku bersegera menyatakan pengIslaman mereka kepada Rasulallah. Dan orang-orang Arab yang masih hidup yang menunggu keIslamannya jika Makkah dapat ditkalukkan, berkata : ‘Biarkanlah dia dan kaumnya, maka apabila dia menang atas mereka, dialah Nabi.” Riwayat ini sesuai dengan lahirnya ayat pertama surah ini di dalam pengertian bahawa turunnya surah ini merupakan suatu alamat atau tanda terhadap sesuatu yang akan berlaku dengan beberapa arahan kepad Nabi, ke atas apa yang harus dilakukannya apabila peristiwa ini berlaku.

Namun demikian, terdapat riwayat lain yang sesuai dengan riwayat yang telah dipilh iaitu riwayat Ibn Abbas yang mengatakan :

“Umar menemui saya bersama tokoh-tokoh orang yang lebih tua yang menyertai Badr, sebahagian dari mereka tidak senang dan bertanya mengapa saya harus dibenarkan bersama mereka padahal saya masih lagi terlalu muda. Tetapi Umar berkata kepada mereka, ‘Sesungguhnya dia termasuk orang-orang yang telah kamu ketahui.’ Suatu hari Umar menjemput mereka semua dan turut menjemput saya jua. Saya tidak tahu bahawa Umar menjemput saya kepada kepada mereka hari itu melainkan untuk memperlihatkan kepada mereka. Umar berkata : ‘Apa pendapat kamu tentang firman Allah : “Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan?” Sebahagian dari mereka menawab : “Dia memerintahkan kepada kita supaya memujiNya dan memohon keampunan daripadaNya ketika Dia menolong kita untuk kemenangan dan mengurniakan nikmatNya ke atas kita,” yang lain-lain diam saja. Kemudian Umar bertanya kepada saya : “Hai Ibn Abbas. Apakah engkau bersetuju dengan pendapatnya itu?” Saya menjawab, “Tidak.” Umar bertanya lagi : “Lalu apakah pandanganmu?” Saya menjawab : “Itulah satu alamat dari Allah kepada RasulNya menandakan dekatnya ajal baginda, bermakna, apabila kemenangan dari Allah dan pertolongan telah sampai, ajalmu telah dekat, maka bertasbihlah kamu memujiNya dan mohonlah keampunan dariNya.” Umar berkata : “Tidak ku ketahui tentang surah itu melainkan apa yang telah kamu katakan.”

(al-Bukhari)

Maka adalah mungkin bahawa Rasulallah setelah menyaksikan alamat dari Tuhannya, menyedari bahawa dia telah melaksanakan misinya di atas muka bumi ini dan bahawa sudah sampai masanya baginda meninggalkan dunia ini untuk menemui Tuhannya, sebagaimana yang dimaksudkan oleh Ibn Abbas.

Walau bagaimanapun, terdapat riwayat lain yang disampaikan oleh al—Hafiz al-Baihaqi juga dari Ibn Abbas berkata :

“Ketika surah ini diturunkan, Rasulallah memanggil Fatimah lalu berkata, ‘Sesungguhnya kematianku telah diberitahukan kepdaku.’ Fatimah menangis tetapi kemudian dia tersenyum. Tidak lama kemudian Fatimah berkata, ‘Aku menangis bila baginda memberitahu kepadaku tentang kematiannya yang hampir tiba. Tetapi kemudian baginda berkata kepadaku, ‘Bersabarlah, kerana engkaulah orang yang pertama dari keluargaku yang akan menyertaiku,’ lalu aku pun tersenyum.”

Hadith di atas merupakan pembatasan bagi turunnya surah, seolah-olah surah ini diturunkan dan tanda-tanda tersebut sudah ada, iaitu kemenangan sudah dicapai dan manusia beramai-ramai memeluk Islam. Bila peristiwa ini berlaku menurut cara tersebut, maka Rasulallah mengetahui bahawa ajal baginda akan sampai tidak lama lagi. Namun hadith yang pertama tadi adalah lebih sahih dan sesuai dengan garis yang ditetapkan pada permulaan surah ini, terutmanya apabila peristiwa Fatimah itu diceritakan dalam bentuk yang berbeza yang memberi lebih timbangan terhadap apa yang diketengahkan. Bentuk ini adalah seperti berikut : Ummu Salamah, isteri Nabi berkata :

“Rasulallah memanggil fatimah pada tahun kemenangan tersebut dan baginda berkata sesuatu kepadanya. Fatimah menangis, kemudian baginda berkata kepadnya lagi lalu dia tersenyum. Selepas kewafatan baginda, aku bertanya kepada Fatimah mengenai kejadian itu lalu dia menerangkan : ‘Rasulallah memberitahuku bahawa tidak lama lagi dia akan mati, maka aku pun menangis. Kemudian baginda memberitahu ku  bahawa akulah perempuan utama yang akan menghuni syurga selepas maryam binti Imran, maka aku tertaw.”

Riwayat ini sesuai dengan makna umum ayat surah ini dan dengan apa yang telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam Sahih Muslim – iaitu, terdapat satu alamat (dalam surah) di antara Allah dan RasulNya dan apabila kemenangan dicapai baginda memanggil Fatimah sebagaimana telah diterangkan oleh Ummu Salamah.

Kini, kita akan melihat kembali ayat di dalam surah ini dan amanat yang diberikan sepanjang masa.

“Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan kamu melihat manusia masuk agam Allah dengan berbondong-bondong. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepadaNya. Sesungguhnya dia adalah Maha Penerima taubat.”

Ayat pertama dalam surah ini secara tersembunyi membawa satu konsep tentang apa yang berlaku di alam ini; peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam kehidupan ini, dan peranan Rasulallah serta para pengikutnya dalam mengembangkan Islam,  dan balasan ke atas mereka yang telah selesai menyelesaikan tugas itu. “Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan” menandakan bahawa itulah kemenangan Allah yang datang pada waktu yang ditentukanNya, di dalam  bentuk yang ditetapkanNya dan untuk matlamat yang ditentukanNya. Nabi dan para sahabat tidak bercampur tangan sedikit pun dalam urusan itu, mereka tidak mendapatkan pencapaian peribadi daripadanya. Cukuplah hal itu dilakukan oleh Allah melalui tangan mereka, menjadikan mereka sebagai pemegang dan penjaga amanah baginya. Hanya itulah yang mereka perolehi dari kemenangan Allah, penklukan Makkah dan  penerimaan ramai manusia ke dalam agamaNya.

Menurut konsep ini, tugas Rasulallah dan para sahabat baginda yang terpilih dan mendapat keistimewaan menjadi alat untuk kemenanganNya, adalah untuk menghadap Allah setelah puncak kemenangan itu dengan bersyukur, memuji dan memohon keampunan. Bertasbih dan memujiNya kerana Allah telah mengangkat mereka menjadi pemegang amanah terhadap agamaNya; kerana rahmat Allah  dan kasih sayangNya kepada manusia menjadikan agamaNya memang; dan kerana penaklukan Makkah serta manusia yang berbondong-bondong memeluk agama Islam.

Beristghfar kepadaNya adalah untuk mengetepikan segala noda-noda yang menyelinap di dalam jiwa; seperti istighfar dari kejahatan yang telah menikam hati atau kedzaliman yang sedang menguasai jiwa manusia  akibat mabuk dengan pertolongan yang dieperolehinya setelah berjuang dengan begitu lama, dan perasaan gembira di atas kemenangan yang diapai setealh banyak membuat pengorbanan. Istighfar jua hendaklah dilakukan kerana apa yang mungkin menyusup ke dalam hati semasa perjuangan yang panjang dan sukar dan kerana kemarahan akibat dari kemenangan yang lambat sampai atau akibat dari kesan-kesan putus asa, sebagimana dinyatakan oleh al-Quran :

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaiamana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehinggalah berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya ; ‘Bilakah datangnya pertolongan Allah?’ Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.”

(al-Baqarah:214)

Adalah penting juga untuk memohon kemapunan dari Allah kerana kurang bersyukur akan nikmat Allah dan tidak memujiNya.

“Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah nescaya kamu tak akan dapat menetukan jumlahnya.”

(an-Nahl:18)

Padahal bagaimana gigih pun manusia berusasha dan betapa tekun ia bekerja, namun tetap lemah dan tidak berdaya sedikit pun. Di samping itu, memohon kemapunan (istighfar) jua adalah perlu di saat-saat kemenangan kerana ia akan menimbulkan perasaan kelemahan dan kekurangan di saat sikap sombong dan tamak berleluasa. Semua faktor ini adalah untuk menyedari bahawa Allahlah yang telah memberi pertolongan  – manusia yang tidak memiliki apa-apa kuasa dan kekuatan pada dirinya – unutk menghadapi matlamat yang telah ditentukan sebelumnya; maka akibatnya kemenangan dan penklukan serta agama itu semuanya adalah milikNya, di mana akan kembali semula kepadaNya semua perkara.

Ia adalah kesempurnaan al-Quran yang tinggi dan mulia yang mendorong manusia untuk bekerja keras mendapatkannya, satu kesempurnaan yang mana mengangkat manusia daripda kesombongan dirinya dan di mana kebebasan jiwanya tunduk kepada Tuhannya. Matlamat yang digariskan adalah pembebasan yang menyeluruh jiwa manusia daripada ikatan kesombongan, dan cita-cita mereka hanyalah untuk mendapatkan keredhaan Allah. Dan disamping  itu mestilah ada jihad yang akan membantu manusia berkembang subur di dunia ini, mengemukakan peradaban  manusia dan mneyediakan petunjuk yang benar, pemimpin yang adil, tidak bernoda, bersifat membina dan berbakti hanya kepada Allah.

Sebaliknya usaha manusai untuk memebebaskan dirinya sewaktu dalam cengkaman kesombongan, terbelenggu oleh semangatnya  untuk mendapatkan keinginan-keinginan dunia, iaitu dikuasai oleh hawa nafsunya, lalu menjadi sia-sia sokmo  melainkan jika dia menetapkan dirinya agar beabs dari hawa nafsu dan taat hanya kepada Allah, terutamanya di saat-saat kemenangan dan banyaknya harta rampasan yang diperolehi. Tingkahlaku sedemikian yang diinginkan Allah agar menjadi impian dan cita-cita manusia, merupakan sifat dan keperibadian Rasulallah setiap masa dan ketika.

Begitu jualah yang berlaku kepada Nabi Yusuf ketika apa yang diinginkannya tercapai dan mimpinya menjadi benar :

“Dan ia menaikkan kedua ibu bapanya ke atas singgahsana, dan mereka (semuanya) merebahkan diri seraya sujud kepada Yususf. Dan berkata Yususf : ‘Wahai ayahku, inilah ta’bir mimpiku yang dahulu itu; sesungguhnya Tuhanku telah menjadikannya suatu kenyataan. Dan sesungguhnya Tuhanku telah berbuat baik kepadaku , ketika  Dia membebaskan aku daripada rumah penjara dan ketika membawa kamu daripada dusun padang pasir, setelah syaitan merosakkan (hubungan) antaraku dan saudara-saudaraku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Lembut terhadap apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”

(Yusuf:100)

Dan di saat-saat kemuncak itu, Yusuf mengeluarkan dirirnya dari sorakan gembira, angkuh dan kesenanagan untuk menghadap Tuhannya, memujiNya dengan rasa syukur yang sebenar:

“Ya Tuhanku! Sesungguhnya Engakau telah menganugerahkan kepadaku kekuasaan dan telah mengajarkan kepadakau sebahagian ta’bir mimpi. Ya Tuhan pencipta langit dan bumi, Engkaulah pelindungku di dunia dan akhirat. Matikanlah aku dalam keadaan Islam dan masukkanlah aku bersama-sama orang-orang yang soleh.”

(Yususf:101)

Setelah hilangnya perasaan bangga menjadi raja dan kegembiraan kerana keseronokan telah bertemu kembali dengan keluarganya, lalu Yusuf memohon doa supaya menolongnya agar sentiasa tunduk kepadaNya  hinggalah beliau wafat dan kerana rahmat dan kasih sayangNya supaya mengizinkannya menyertai hamba-hambaNya yang soleh.

Maka begitu jua yang berlaku kepad Nabi Sulaiman ketika beliau melihat singgahsana ratu Saba’ dibawakan kepadnya dalam sekelip mata :

“Maka tatkala Sualiman melihat singgahsana itu terletak di hadapannya, ia pun berkata  : ‘Ini termasuk kurnia Tuhanku untuk mencuba aku apakah aku bersyukur atau mengingkari (akan nikmatNya). Dan sesiapa yang bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri dan sesiap yang engkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia.”

(an-Naml:40)

Dan begitu jua yang berlaku kepada Rasulallah dalam seluruh kehidupannya. Di saat kemenangannya sebagaimana penaklukan terhadap kota Makkah dapat dijayakan, baginda masuk ke kota itu dia atas belakang untanya, al-Qushwa dengan kepalanya tertunduk ke bawah. Baginda lupa terhadap kegembiraan kemenangan tersebut lalu dengan penuh kesyukuran baginda menundukkan kepalanya untuk mendapat keampuanan Allah, meskipun baginda baru sahaja menawan kota Makkah, kota yang mana di mana penduduknya telah mendzalimi dan menghalau baginda keluar secara terbuka tanpa rasa malu.

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on August 13, 2011, in Tinta kehidupan. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: