Selintas Coretan Kisah Nabi Yusuf

Al-Quran telah merakamkan pelbagai kisah yang menjadi contoh dan teladan kita untuk bersabar dan antara kisah mereka yang dapat dijadikan contoh kesabarannya sepanjang zaman adalah kisah Nabi Yusuf bin Ya’akub a.s. kehidupan baginda adalah penuh dengan cubaan yang tidak pernah henti.

Setelah ia menghadapi cubaan yang dilakukan oleh adik beradiknya sendiri, di mana wujudnya pakatan yang menyatakan Nabi Yusuf telah mati dibunuh. Pakatan ini telah memisahkan Nabi Yusuf dengan bapanya, Nabi Ya’akub. Akibat pakatan ini menyebabkan kedua anak beranak ini terpisah dan perkara ini bukanlah perkara yang remeh. Ini kerana Nabi Yusuf a.s. bukanlah seperti anak yang lain kerana beliau masih kecil dan sangat dikasihi berbanding dengan anak-anak tua yang lain. Baginda jua seorang anak yatim yang kematian ibu yang menjadi buah hati tersayang kepada Nabi Ya’akub. Selain daripada ketampanannya, baginda jua adalah seorang yang cerdik semenjak kecil lagi. Nabi Ya’akub telah melihat dalam mimpinya sesuatu yang bakal diterima nabi Yusuf  setelah dewasa nanti.

Tambahan pula, muncul pula cubaan lain daripada isteri Raja Mesir dan tipu dayanya kepada Nabi Yusuf. Ini diikuti pula dengan kemasukan baginda ke dalam penjara beebrapa tahun lamanya akibat kesan difitnah.

Selepas itu baginda dicuba pula dengan kesenangan dan kelapangan. Baginda dilantik menjawat jawatan menteri yang bertanggungjawab mengenai pertanian, kewangan serta mengawasi perbelanjaan pada zaman kemerosotan kerajaan Mesir.

Baginda diuji dengan pelbagai dugaan tetapi baginda tidak pernah tidak pernah berrputus asa, malah baginda tetap berpegang dengan sifat kesabaran. Tidak hairan jika Allah menempatkan di muka bumi ini orang-orang yang dikehendaki-Nya. –seperti Nabi Yusuf denagn diberinya pangkat untuk mentadbir perbendaharaan negara sebagai balasan terhadap kesabaran dan ketaqwaannya.

Ada orang pernah bertanya kepada Imam Syafi’e mengenai manakah yang lebih utama bagi orang mukmin itu, orang yang dicuba atau diberi pangkat

Katanya, Tidaklah seseorang itu diberi pangkat, kecuali setelah dia dicuba!

Seseungguhnya Allah telah menduga Nabi Yusuf kemudiannya diberi pangkat. Firman Allah S.W.T.:

“Dan demikianlah caranya. Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumi Mesir; ia bebas tinggal di negeri itu di mana sahaja yang sukainya. Kami limpahkan rahmat Kami kepada sesiapa sahaja yang Kami kehendaki, dan Kami tidak menghilangkan balasan baik orang-orang yang berbuat kebaikan.”

(Yusuf:56)

Sebenarnya rahsia kejayaan Nbi Yusuf a.s. dalam hidupnya ialah setelah ia mengalami berbagai-bagai penyeksaaan dan penderitaan. Penderitaan demi penderitaan yang baginda alami ini ada dirakamakan dalam al-Quran sebagaimana Yusuf berkata kepada saudaranya tatkala memperkenalkna dirinya;

“Akulah Yusuf dan ini adikku (Bunyamin). Sesungguhnya Allah telah mengurniakan nikmatNya kepada kami. Sebenarnya sesiapa yang bertaqwa dan bersabar, maka sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan.”

Apabila seseorang itu mempunyai kedua sifat ini maka ia akan tergolong dalam golongan yang “muhsin” (baik). Lantas Allah tidak akan mensia-siakan orang yang berbuat baik.

Kesabaran Nabi Yusuf lebih hebat daripada kesabaran Nabi Ya’akub. Lebih-lebih lagi kesabarannya untuk memperkenankan ajakan isteri Raja Mesir dalam suasana yang mendorongkan ke arah itu tetapi baginda menolak dan mementingkan iman dengan katanya:

“Yusuf menjawab : “Aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu). Sesungguhnya Tuhan telah memeliharaku dengan sebaik-baiknya. Sesungguhnya orang-orang yang dzalim tidak akan berjaya.”

Pada masa lain pula, ia telah diancam oleh perempuan-perempuan istana. Dengan nada marah pemaisuri raja itu berkata kepada mereka :

“(Zulaikha) berkata : “Inilah orang yang kamu tempelak aku menganiayanya! Sebenarnya aku telah memujuknya berkehendakkan dirinya tetapi ia menolak dan berpegang teguh kepada kesuciannya: dan demi sesungguhnya kalau ia tidak melakukan apa yang aku suruh tentulah ia akan dipenjarakan dan akan menjadi dari orang yang hina.”

  (Yusuf:32)

Apakah pendirian Nabi Yusuf dalam menghadapi dorongan dan ancaman ini?

Ia mendapati dirinya boleh memilih antara dua cubaan agamanya; iaitu berzina yang akan menjadikan dirinya seorang fasiq; dan cubaan dunianya: iaitu ia akan dipenjarakan sehingga menjadi orang yang hina.

Nabi Yusuf telah memilh jalan yang kedua, dikorbankan dunianya kerana mempertahankn agamanya; dikorbankan kemerdekaannya semata-mata kerana akidahnya dengan katanya:

“Yusuf (merayu ke hadhrat Allah dengan) berkata : Wahai Tuhanku! Aku lebih suka penjara dari apa yang perempuan itu ajak kepadanya. Dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin aku akan cenderung kepada mereka, dan aku menjadi dari orang-orang yang tidak mengamalkan ilmunya

(Yususf:33)

Kesabaran Nabi Yususf lebih tinggi daripada sabar ayahnya Anbi Ya’akub dalam “peristiwa perpisahannya” dan berpisah dengan keluarganya. Ini kerana kesabaran yang seumpama ini adalah terpaksa tanpa mempunyai jalan untuk melarikan diri sebaliknya Nabi Yusuf bersabar dalam keadaan ia boleh dan mampu memilih.

Dalam perkara ini Ibnu Qayyim telah memetik kata-kata gurunya Sheikh al-Islam Ibnu Taimiah iaitu katanya : “Kesabaran nabi Yusuf daripada mengikut kehendak isteri Raja itu lebih sempurna daripada kesabaran ayahnya kerana kesemuanya itu berlaku tanpa dapat membuat sebarang pilihan, tidak ada usaha dan tidak ada cara-cara unruk melepaskan diri. Akan tetapi kesabarannya melakukuan maksiat merupakan suatu kesabaran pilihan dalam memerangi hawa nafsu, lebih-lebih lagi ada faktor pendorong seperti :

1)      Dia seorang pemuda, nafsunya masih kuat.

2)      Seorang yang bujang tidak ada orang lain yang boleh menahan nafsunya.

3)      Dia seorang dagang. Orang dagang biasanya tidak merasa malu di negeri orang sebagaimana ia malu di negerinya sendiri, di kalangan sahabatnya dan kaum keluarganya.

4)      Seorang hamba, sifatnya berlainan dengan orang yang merdeka.

5)      Isteri raja itu cantik serta mempunyai kedudukan apatah lagi dia pula yang merayu-rayu.

6)      Nabi Yusuf jua diancam dan sekiranya beliau tidak mahu mengiktu pujukan rayuannya ia akan dipenjarakan.

Kesemua faktor ini adalah suatu kesabaran yang boleh dipilh dan diutamakan.

Kasabaran manakah yang lebih istimewa? Kesabarannya apabila dicampakkan ke dalam perigi atau kesabaran yang ia tiada daya untuk melepas diri.

Perlu jua disebut kesabaran nabi Yusuf ketika raja datang untuk melepaskannya serta memerintahkan nabi Yusuf supaya dibawa menemuinya. Tidak terlintas di hatinya untuk menceritakan hakikatnya yang sebenar.

“Dan (apabila mendengar ta’bir itu) berkatalah Raja Mesir : “Bawalah dia kepadaku!” Maka tatkala utusan raja datang kepada Yusuf (menjemputnya menghadap Raja), Yusuf berkata kepadnya : ‘Apa halnya perempuan-perempuan yang melukakan tangan mereka? Sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengetahui akan tipu daya mereka.”

(Setelah perempuan-perempuan itu dipanggil), raja bertanya kepada mereka, “Apa hal kamu, semasa kamu memujuk Yusuf mengenai cela, dan kami tidak mengetahui sesuatu kejahatan terhadap Yusuf.” Isteri al-Aziz (yakni Zulaikha) pun berkata : “Sekarang ternyatalah kebenaran (yang selama ini tersembunyi), akulah yang memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya (tetapi ia telah menolak); dan sesungguhnya adalah ia dari orang-orang yang benar.

(Yusuf:50-51)

Kebenaran dan kemulian, Nabi Yusuf tetap terserlah meskipun beliau dipenjarakan bertahun-tahun lamanya sehingga bertambah kehairanan Raja lantas memberikan penghargaan terhadapanya. Ini sebagaimana yang telah difahamkan dalam al-Quran :

“Dan (setelah mendengar pengakuan perempuan itu), raja berkata ; “Bawalah Yusuf kepadaku. Aku hendak menjadikan dia orang khas untuk aku bermesyuarat dengannya. Setelah (Yusuf dibawa mengahadap dan Raja) berkata-kata dengannya  (serta mengetahui kebijaksanaannya) berkatalah raja kepadanya : “Sesungguhnya engkau pada hari ini  (wahai Yusuf), seorang yang berpangkat tinggi lagi dipercayai di kalangan kami.”

(Yususf:54)

Raja menerima kebenaran peringkat pertana Nabi Yusuf dengan katanya :

“Aku hendak menjadikan dia orang khas untuk aku bermesyuarat dengannya.”                                                                                                                                                                                                                                                                                    (Yususf:54)

Ini menunjukkan Raja semakin mengambil berat hingga ia memberi kemuliaan kepada Nabi Yusuf dengan berkata : Sesungguhnya engkau pada hari ini (wahai Yusuf), seorang yang berpangkat tinggi lagi dipercayai di kalangan kami.

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on August 12, 2011, in Tinta kehidupan. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: