Umar al-Khattab r.a : Ketakutan Insan Paling Berani

Imam al-Zahabi berkata mengenai Umar ibn al-Khattab r.a.: Bahawa pada suatu malam, dia keluar mengelilingi ke pelusuk-pelusuk perkampungan di Madinah. Tiba-tiba dia terdengar suara seorang perempuan sedang menangis dari sebalik pintu rumahnya. Umar terdaim sebentar, pembantunya Aslam berkata kepadanya: “Apa yang terjadi kepada tuan, wahai Amirul Mukminin?” Sementara Umar masih menangis. Lalu beliau berkata: “Wahai Aslam, mari kita pergi.”

Aslam berkata: “ Kami kembali ke Baitulmal milik kaum Muslimin, lalu beliau membawa seguni lemak, seguni minyak dan seguni tepung (gandum). Dia berkata: “Tolong letakkan ini di bahuku.” Saya berkata: “Wahai Amirul Mukminin, biarkan sahaja saya mengangkatnya.” Umar berkata: “Apakah kamu yang akan menanggung dosa-dosaku di hari qiamat kelak?”

Aslam berkata: “Beliau sendiri yang membawanya. Demi Allah, saya melihatnya berjalan sambil berlari-lari kecil di depanku. Belaiu masuk ke rumah tersebut dan meminta izin untuk izin duduk di sudut rumah untuk membuat hidangan makanan bagi keluarga itu, maka perempuan itu bertanya kepadanya: “Siapakah kamu? Semoga Allah merahmatimu. Demi Allah, kamu lebih baik daripada Umar.”

Seolah-olah perempuan itu mengatakan: Dengan segala sikap rendah hati, layanan dan bantuanmu dalam mempersiapkan urusan rumah tangganya, kamu lebih baik daripada Khalifah Umar al-Khattab. Padahal dia belum mengetahui bahawa yang di hadapannya adalah Umar al-Khattab r.a.

Aslam berkata: Tatkala kami sudah selesai, aku pun pulang bersamanya, semenatara azan subuh mulai berkemundang, lalu dia memnunaikan solat Subuh bersama kami. Tatkala sampai kepada ayat:

“Dan tahanlah mereka (di tempat perhatian) kerana sesungguhnya mereka akan ditanya”

                                                                                                                                                            (al-Shaafat:24)

Dia pun menangis, hingga ada orang yang berada pada saff paling terakhir mendengar suara tangusannya. Selepas itu dia sakit selama sebulan, kerana rasa takutnya kepada Allah.

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on August 11, 2011, in Tinta kehidupan. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: