Perang Muktah

Dalam usaha menyebarkan dakwah Islam kepada Semenanjung Tanah Arab, peluang ini semakin bertambah cerah selepasa termetrainya Perjanjian Hudaibiyah, walaupun pada permulaanya perjanjian ini adalah tidak mendatangkan sebarang manfaat. Pada akhir tahun 6 Hijrah, Nabi mengirim beberapa utusan membawa surat-surat dakwah kepada para raja dan para pembesar negara. Seorang daripada utusan itu ialah al-Harits bin Umair al-Azaidi yang diutus kepada Amir Bushra. Akan tetapi, sebelum sempat al-Harits sampai di tempat yang ditujui, di pertengahan jalan (di Muktah) utusan Nabi ini dipenggal lehernya oleh Syurahbil, pembesar di kota itu.

Menurut catatan, tiada seorang pun daripada utusan Nabi yang membawa surat dakwah kepada pembesar negara yang mati dibunuh, seperti yang berlaku kepada al-Harits bin Umair al-Azadi.

Pada mulanya, al-Harits tidak menyagka Syurahbil akian melakukan tindakan begitu kejam terhadap dirinya kerana Syurahbil adalah salah seorang pembesar wakil Raja Heraklius  dan dia menghadapi al-Harits dengan penuh ramah-tamah. Akan tetapi, setelah Syurahbil mengetahui al-Harits ialah utusan Nabi yang membawa surat dakwah beliau, dia memerintahkan supaya al-Harits diikat kuat-kuat dan dibunuh dengan cara yang kejam.

Kisah kematian al-Harits ini tentu sahaja memerlukan penyiasatan yang lama kerana tiada seorang pun daripada kaum Muslimin yang tahu tentang kematiannya. Sekalipun demikian, Nabi terus menyiasat dan akhirnya beliau mendapat tahu utusannya mati dibunuh oleh pembesar Muktah, Syurahbil bin Amr al-Ghassani.

Nabi juga mendapat tahu kekacauan yang berlaku di daerah-daerah bahagian utara kota Madinah ditujukan kepada kaum Muslimin. Walaupun perkara ini dilakukan oleh kabilah-kabilah bangsa Arab, semuanya ada latar belakangya. Oleh itu, Nabi mengutuskan angkatan perang seramai 3,000 orang di satu tempat yang bernama Jaraf (sebuah dusun yang jaraknya terletak lima kilometer dari Madinah) untuk dikirim ke Syam.

Di dusun Jaraf ini, nabi mempersiapkan dan menyusun angkatan perangnya yang berjumlah 3,000 orang. Zaid bin Haritsah, anak angkat baginda yang menjadi ketua angkatan perang ini (sebagai wakil Nabi).

Nabi bersabda di hadapan bala tentera Muslimin yang telah bersiap sedia, “Jika Zaid tewas, Jaafar bin Abi Thalib (sebagai penggantinya) yang menjadi ketua angkatan perang. Jika Jaafar tewas, Abdullahbin Rawahah (sebagai penggantinya) yang menjadi ketua angkatan perang.”

Demikinlah sabda Nabi sebagai amanat kepada mereka supaya difahami oleh semua angkatan perang.

Menurut suatu catatan lain, wasiat ini ada tambahannya, iaitu, “Jika ibnu Rawahah tewas, hendaklah kaum Muslimin memilih seorang daripada mereka, atau hendaklah mereka menetapkannya sebagai pemimpin mereka sendiri.”

Amanah ini didengari oleh seorang Yahudi yang bernama Nukman yang berada berhampiran dengan tempat tersebut. Setelah mendengar amanat Nabi itu, dia menghampiri beliau dan berkata, “Ya Muhammad, kamu menyebut nama-nama itu, padahal jika benar-benar seorang Nabi, nescaya mereka itu mati terbunuh. Para Nabi bani Israel, jika menyerahkan pimpinan angkata perangnya kepada seseorang daripada tenteranya dengan mengatakan, ‘Jika si fulan tewas, si fulanlah yang akan menggantikannya ,’ orang yang disebutkan namanya itu tentu tewas dibunuh oleh pihak lawannya. Jika yang disebut itu adalah 100 orang, tentulah mereka itu tewas seluruhnya.”

Nabi membiarkan sahaja kata-kata Yahudi itu, tidak dijawab sepatah pun. Orang Yahudi itu pun berkata kepada Zaid bin Hartisah, “Saya mengingatkan kepadamu, hendaklah kamu meminta izin kepada Muhammad kerana kamu pasti tewas dibunuh oleh pihak musuh yang hendak kamu lawan, jika Muhammad itu benar seorang Nabi.”

Zaid yang mendengar itu lalu berkata, “Saya bersaksi sesungguhnya beliau adalah sorang rasul yang benar”.

Nabi terus menyerahkan bendera Islam yang berwarna putih kepada Zaid bin Haritsah. Di samping itu, Nabi berpesan kepda mereka, apabila sampai di Muktah hendaklah terlebih dahulu menyampaikan dakwah kepada penduduknya supaya mereke mengikut Islam. Jika mereka menolak dengan kekerasan, barulah mereka diperangi. Dalam pada itu hendaklah mereka (tentera Musilimin) memohon pertolongan kepada Allah untuk mengalahkan mereka.

Setelah itu, Nabi membawa mereka ke luar kota Madinah, di Tsaniyyatul-Wada. Di sini, Nabi berhenti seketika dan seluruh tentera Islam serentak berhenti jua, lali baginda berkhutbah di hapadan mereka.

“Aku berpesan kepada kamu dengan taqwa kepada Allah dan orang-orang Islam yang beserta kamu dengan baik-baik. Berperanglah kamu dengan nama Allah di jalan Allah, terhadap orang-orang yang tidak percaya Allah. Jangan kamu bercerai, jangan kamu berbuat melampaui batas, jangan kamu bunuh anak-anak dan orang-orang perempuan, jangan kamu bunuh orang yang lanjut usia,  jangan kamu membunuh orang yang mengasingkin diri (tinggal di biara-biara atau gereja-gereja), jangan kamu hampiri pohon-pohon tamar (kurma), jangan kamu tebang pohon-pohon kayu dan jangan kamu rosakkan rumah-rumah.”

Setelah Nabi selesai mengucapkan khutbah yang mengandungi 9 larangan ini, beliau memerintahkan tentera Muslimin meneruskan perjalanan ke Muktah. Mereka meminta izin kepada seluruh kaum Muslimin yang turut menghantarkan mereka di tempat tersebut. Setelah itu, beliau beserta kaum Muslimin memohon kepada Alllah dengan ucapan, “Mudah-mudahan Allah menyertai kamu dan menjauhkan kamu daripada segala bahaya dan mengembalikan kamu dengan selamat.”

Setelah itu, Nabi beserta kaum Muslimin yang tidak turut serta kembali ke Madinah.

Berita keluarnya tentera Muslimin ini dedengari oleh Syurahbil dan dengan segera dia berangkat ke Romawi untuk menyampaikan berita ini kepada Heraklius bagi meminta bantuan.

Setelah meneriam berita ini, dengan tanpa menyelidik dengan lebih lanjut, kerajaan Romawi Timur segera menyediakan angkatan perang yang berjumlah 100,000 orang. Kerajaan Romawi Timur turut mengadakan persekutuan dengan kabilah-kabilah Arab yang berdekatan dengan Syam, yang pada umumnya memusuhi Islam. Tujuannya adalah untuk menghimpunkan tentera. Akhirnya seramai 100,000 tentera dapat dikumpulkan, menjadikan jumlah mereka seramai 200,000 orang. Bukan sahaja angakatan tentera yang ramai, kelengkapan bersenjata yang lengkap turut dibekalkan kepada mereka. Maklumlah, kerajaan Romawi Timur pada ketika itu adalah kerajaan terbesar di dunia.

Ketika sampai di suatu tempat yang bernama Mu’an, tentera Islam berhenti seketika untuk berbincang kerana mereka mendapat tahu tentera kerajaan Romawi Timur yang mereka akan hadapi berjumlah 200,000 orang atau bersamaan 70 kali ganda kekuatan mereka dengan senjata yang lengkap. Mereka difahamkan bahawa Raja Heraklius sendiri yang akan memimpin angkatan perang yang besar ini dan sudah berada di Maab yang terletak di daerah Balqa. Selama dua hari dua malam, para ketua angkatan perang Muslimin berhenti di Mu’an untuk bermesyuarat bagi merungkai masalah yang sulit ini.

Dalam mesyuarat ini, ada yang berpendapat lebih baik mengirimkan laporan terlebih dahulu kepada Nabi tentang kekuatan angkatan perang yang begitu besar yang akan mereka hadapi. Kemudian, mereka perlu menunggu arahan belaiu, sama ada mengirimkan bantuan tentera tambahan, menyuruh mereka kembali ke Madinah atau terus melawan musuh.

Pada mulanya, pendapat tersebut diterima sebahagian besar daripada mereka. Tetapi kemudian Abdullah bin Rawahah mengeluarkan pendapatnya. Katanya, “Wahai kaum Muslimin! Demi Allah, sesungguhnya yang saudara-mara benci itulah yang telah saudara-saudara keluar mencarinya, iaitu mati syahid. Kita berperang memerangi musuh bukan kerana adanaya alat yang lengkap, bukan kerana kekuatan yang besar, melainkan dengan agama ini, yang Allah telah memuliakn kita dengannya. Kerana itulah, marilah berangkat, maju untuk terus merebut salah satu dariapda kebaikan; menang atau syahid.”

Dengan perkataan yang bersemangat itulah, segenap angakatan perang kaum Muslimin serentak dengan suara bulat membenarkannya, lalu bergerak meneruskan perjalanan.

Dari Mu’an, angkatan perang kaum Muslimin terus berjalan menuju perbatasan kota Balqa. Sebaik sahaja mereka tiba di kampung yang bernama Masyarif yang terletak di tanah perbatasan, mereka dapat melihat barisan tentera Romawi yang sangat besar. Sebenarnya apa yang mereka lihat hanyalah sebahagian kecil, tidak semuanya. Tentera Islam lalu membelok ke Muktah kerena mereka beranggapan tempat ini lebih baik daripada Masyarif untuk dijadikan tempat pertahanan. Maka, di sinilah mereka mendirikan khemah-khemah dan menyediakan semua angkatan perang.

Ketika itu, sudah terlihat orang mereka tentera Romawi telah terlebih dahulu mengatur barisan dan dan telah membuat pertahanan dengan segala persediaan yang serba lengkap.

Waktu itu, terasalah oleh seluruh tentera Islam suatu ujian besar yang tidak disangka-sangka sebelumnya. ‘Aqidah dan kekuatan Iman mereka benar-benar diduga oleh Allah. Tentera Islam hanyalah berjumlah 3,000 orang dengan senjata dan kelengkapan yang serba kurang. Meminta bantuan daripad pusat bantuan mereka (di Madinah) sangat sukar dan kedatangan bala tentera bantuan dengan mereka adalah sangat sulit kerana jarak antara mereka dengan kota Madinah adalah beribu kilometer jauhnya, sedangkan angkatan perang musuh yang bakal dihadapi adalah berjumlah 70 kali ganda yang dilengkapi dengan kelengkapan senjata.

Kita dapat menggambarkan betapa berat dan besar ujian angkatan tentera Muslimin tatkala itu. Angkatan perang yang hanya 3,000 tentera dengan serba kekurangan kelengkapan peperangan menentang angkatan perang yang berjumlah 200,000 tentera dengan persediaan dan senjata yang serba lengkap, tentulah dapat dikalahkan dalam jangka masa yang singkat. Namun, angkatan perang tentera Muslimin adalah mereka yang dipenuhi dengan kalimah tauhid di dadanya beserta dengan tawakkal bulat, tidak sedikit pun berasa takut dan tidak jua ragu-ragu menghadapi lawan mereka. Mereka begitu yakin terhadap kebesaran dan kekuasaan Tuhan sekalian alam, sangat yakin kepada bantuan yang akan Allah sampaikan dan sangat percaya bahawa Allah akan mencukupkan segala kekurangan dan keperluan mereka walaupun kesengsaraan harus ditempa terlebih dahulu.

Mereka tetap dengan pendirian mereka sebagaimana yang dilaungkan oleh pahlawan mereka,Abdullah bin Rawahah sama ada menang mahupun syahid.

Seluruh tentera Islam tekad untuk berperang. Dengan berbekalkan senjata tauhid dan tawakkal, mereka berhadapan dengan pihak lawan, bersiap sedia untuk bertempur, maka berlakulah pertempuran antara pejuang Islam dan pembela Kuffar.

Dengan membawa bendera Islam dan dengan penuh tauhid dalam dadanya, panglima Zaid bin Haritsah terus maju menyerbu, memberika arahan kepada pasukannya, membelah barisan tentera musuh. Dia penuh yakin maut menanti di tempat itu, namun sedikit dia tidak gentar dan mundur. Jangankan undur, sekelumit rasa takut pun tiada kerana dia sangat yakin mati dalam pertempuran seperti ini adalah mati syahid. Mata syahid adalah mati dalam membela agama Allah, mati dalam kesucian dan kemenangan dan inilah kemenangan yang hakiki.

Seluruh tentera Islam memperlihatkan kepahlawanan masing-masing sehingga jumlah mereka yang sedikit itu tidak terlihat di tengah-tengah barisan tentera musuh yang tidak sebanding jumlah dan kekeuatannya itu. Mereka bersikap demikian kerana mereka melihat panglima mereka, Zaid bin Haritsah terus maju membelah dan menyerbu barisan musuh, menggempur dan melawan barisan musuh yang berlipat kali ganda kekuatannya. Ramai dikalangan tentera musuh yang mati bergelimpangan lantaran serangan tentera  Muslimin yang berada di bawah pimpinan Zaid bin Haritsah.

Setelah Zaid membunuh berpuluh-puluh tentera musuh, dia pun terbunuh syahid. Bendera Islam yang dibawanya terlepas dari tangannya dan dia rebah di tengah-tengah tentera musuh yang besar itu.

Setelah melihat Zaid bin Haritsah tersungkur dan panji Islam terlepas daripada tangannya, Jaafar bin Abi Talib yang diberi amanah oleh Nabi bagi menggantikan Zaid, lantas mengejar dan merebut bendera itu. Kemudian, dengan sendirinya dia menggantikan kedudukan Zaid bin Haritsah sebagai ketua perang.

Setelah merebut bendera Islam, Jaafar sebagai pahlawan muda daripada kaum Quraisy yang mana postur tubuhnya seimbang dengan ketangkasan dan keberaniannya, dengan segera memberi arahan kepada seluruh pasukannya. Dengan menunggang kuda dia menyerang dan menyerbu dan membelah barisan tentera musuh, terus menyerang, memghayunkan pedangnya, memenggal setiap batang leher pihak musuh yang ada di hadapannya, umpama singa yang sedang marah dan mengamuk.

Jika Zaid bin Haritsah tewas kerana tubuhnya terkena banyak tusukan tombak dan senjata tajam daripada pihak musuh, Jaafar selaku pahlawan muda tentu lebih daripada itu.

Dengan berkuda, Jaafar terus menyerang barisan musuh yang besar itu. Dia terus-menerus memenggal batang kepala leher musuh. Melihat kepada keberanian dan kegagahan Jaafar, pihak musuh beusaha mengepungnya. Dia bersama dapat dikepung oleh pihak musuh. Akhirnya, kuda yang ditunggangnya jatuh tersungkur kerana ditikam oleh tentera musuh. Jaafar dengan segerea melompat dan menyelamatkan dirinya. Dia meneruskan perjuangan dengan berdiri dia atas tanah pula. Setelah pertempuran terus berlaku, seorang tentera musuh dapat memotong tangan kanannya, sampai putus. Namun begitu, bagaikan singa yang terluka, Jaafar meneruskan pertempuran dengan berani. Bendera Islam yang sebentar tadi berada di tangan kanannya, dengan segera dialih ke tangan kirinya dan terus maju ke hadapan.

Beberapa ketika kemudian, tangan kirinya ditebas oleh pihak musuh sampai putus. Sekalipun demikian, semangat juangnya membela Islam tidak pernah pudar. Dengan segera, bendera Islam itu dipeluk dan diapitnya dengan kedua hujung sikunya yang sudah putus itu dan terus memberi arahan kepada pasukannya supaya terus menyerang barisan tentera musuh. Pihak musuh yang melihat kepahlawanan yang ada dalam diri Jaafar begitu berani, tidak mengenal erti kesakitan dan sengsara. Lalu, ada di kalangan tentera musuh yang terintai-intai mencari kesempatan untuk membunuhnya. Mereka berhasrat membunuh Jaafar dengan kejam dan ganas kerana mereka benci menyaksikan kepahlawannya. Akhirnya mereka dapat membelah tubuh Jaafar sehingga tubuhnya terbelah dua. Maka, gugurlah beliau sebagai syahid dalam perjuangan.

Melihat keadaan itu, Abdullah bin Rawahah dengan pantas melompat dan merebut bendera Islam yang dibawa oleh Jaafar bin Abi Talib itu ditangannya. Dia teringat kepada amanat Nabi ketika hendak berangkat dari Madinah. Seketika itu jua, dia menggantikan tempat Jaafar bin Abi Thalib selaku panglima dan ketua angkatan perang kaum Muslimin.

Setelah bendera Islam berada di tangannya, dengan gagah perkasa dia memimpin angkatan perangnya agar terus bertempur, melawan, dan menyerang tentera musuh. Sebelum Jaafar tewas lagi, dia sudah menyiapkan dirinya untuk memimpin dan memberikan arahan kerana dia selalau teringat kepada amanat yang disampaikan oleh Nabi. Dengan menunggang kuda, dia terus memimpin dan memegang bendera Islam dengan setia dan kukuhnya. Angkatan perang yang berada di bawah pimpinannya turut patuh terhadap pimpinannya. Seluruh angkatan perang kaum Muslimin berterusan menyerbu dan meyerang tentera musuh dengan segala kekuatan yang ada padanya.

Ketika Abdullah bin Rawahah menyaksikan angkatan perang musuh begitu hebat dan sengit bertempur, timbullah perasaan ragu-ragu dalam dirinya dan dia agak bimbang untuk meneruskan perjuangan. Pada saat itu, terfikir pula olehnya, mana yang lebih baik, adakah memimpin pertempuran dengan berkuda atau pun berjalan kaki. Perasaan yang ragu-ragu yang timbul mendadak ini ditegur oleh akidah dan kepercayaannya yang suci. Akhirnya, dengan keyakinan yang bulat, dia menentukan sikapnya sebagai seorang pahlawan Muslim. Bersama kudanya dia terus maju menyerang pihak lawan. Segala keraguan yang mengganggu hatinya dimansuhkan sendiri sambil bersyair dengan syair yang diciptanya pada masa itu. Dia melafazkannya di hadapan orang ramai.

Saya telah bersumpah, hai diriku,

Sungguh kamu akan turun;

Pasti kamu akan turun (menyerbu)

Walaupun kamu membencinya.

Jika orang-ornag telah menyerbu

Dan mereka telah mengeraskan suara genderang perang,

Mengapa kamu membenci akan syurga?

Sesungguhnya,

Kamu telah lama dalam keadaan yang aman dan tenteram,

Padahal kamu itu tidak lain hanya setitik air nutfah

Di dalam sebuah gerabah yang lama.”

Lalu dia bersyair lagi.

Hai diriku, jika engkau tidak mati di bunuh, engkau pasti akan mati;

Ini telaga kematian telah sampai kepadamu.

Dan, apa yang telah engkau cita-citakan itu,

Kini telah diberikan kepadamu

Jika engkau berbuat,

Seperti perbuatan mereka berdua (Zaid bin Haritsah dan Jaafar bin Abi Thalib),

Pastilah engkau

Terpimpin.

Dalam riwayat lain ada tambahannya, iaitu,

Dan jika engkau mundur, sungguh celakalah engkau.

Demikanlah ucapan Abdullah bin Rawahah kepada dirinya yang baru sahaja terganggu dengan perasaan was-was dan ragu-ragu. Ucapannya ini berupa syair untuk membangkitkan kembali semangatnya kepada dirinya. Setelah itu, dia pun turun dari kudanya dan menghunus pedangnya, terus bertempur dengan gagah sampai beberapa puluh tentera musuh berjaya disambar dan dpenggal batang lehernya. Sebagai seorang ketua, dia terus memberi arahan kepada pasukannya supaya terus maju bertempur melawan dan menentang arus dengan semboyan “menang atau syahid”.

Setelah pihak musuh melihat kepahlawanan Abdullah bin Rawahah yang sedemikian hebat, mereka segera mengejar dan mengepung beliau. Akhirnya beliau dapat ditewaskan dan dibunuh oleh pihak musuh. Maka gugurlah dia sebagai syahid.

Demikianlah peristiwa yang amat menyayat hati bagi pasukan kaum Muslimim. Tiga pahlawan yang dulunya disebut oleh Nabi, Zaid bin Haritsah, Jaafar bin Abi Thalib dan Abdullah bin Rawahah gugur di tengah-tengah medan setelah masing-masing memimpin angkatan perang yang walaupun jumlahnya hanya sedikit.

Setelah gugurnya ketiga orang pahlawan ini, maka tentera Islam perlu memilih ketua panglima yang lain. Antara mereka yang diusulkan adalah Tsabit bin Arqam dan Khalid bin al-Walid.

Dalam keadaan yang sangat genting dan runcing, Tsabit bin Arqam mencari kesempatan bagi melantik ketua pasukan. Dia berseru kepada rakan-raknanya, “Hai saudara-saudaraku, pilihlah seorang diantara kamu sebagai pemimpin untuk melanjutkan pertempuran ini!”

Seluruh pasukan kaum Muslimin menjawab, “Kamulah! Kamulah!”

Tsabit menjawab, “Saya tidak sanggup”

Pada ketika itu, Khalid bin al-Walid ikut bersama sebagai anggota muslimin. Walaupun dia baru sahaja memeluk agama Islam, dia ditunjuk oleh sebahagian besar tentera supaya menjadi panglima perang. Mereka memilih Khalid dengan alasan dia adalah pemuda bangsawan Quraisy yang terkenal dan pandai berperang semenjak dia belum memeluk Islam lagi.

Akan tetapi sebahagian tentera yang lain menolak perlantikan itu kerana mereka mahu memilih Tsabit bin Arqam.

Khalid bin al-Walid menjawab, “Kamulah yang lebih layak daripada saya kerana kamu pernah bersama dalam perang Badar.”

“Peganglah bendera ini kerana saya mengambil ini untuk kamu! Kamu lebih mengerti perkara perang daripada kami semuanya, hai Khalid!” kata Tsabit.

Disebabkan Khalid al-Walid masih lagi belum mahu menerima pencalonan itu, Tsabit berteriak lagi kepada segenap tentera Islam, Saudara-Saudara, tetapkanlah oleh kamu sekalian, Khalid bin al-Walid sebagai pemegang bendera ini. Dialah yang tepat sebagai panglima perang kita!”

Ketika itu jua, seluruh tentera Islam serentak menyatakan persetujuan. Maka, Khalid bin al-Walid tidak membantah lagi dan ketika itu jualah diterimanyalah bendera Islam dari tangan Tsabit bin Arqam.

Khalid al-Walid terus mengatur tentera Islam dengan rapi supaya lebhi baik daripada sebelumnya. Setelah itu, Khalid bergerak ke hadapan dan memberi arahan kepada seluruh tentera Muslimin supaya terus maju dan menggempur dengan sekuat-kuatnya dan sekeras-kerasnya. Dengan arahan itu, seluruh tentera Islam terus bergerak serentak maju lagi, terus bertempur, menyerbu dan menyerang barisan lawan dengan sekuat-kuatnya.

Pertempuran terus berlangsung selama beberapa hari tanpa henti. Belum ada antara kedua-dua belah pihak yang menang atau pun kalah.

Khalid al-Walid yang mengerti tentang perang dan memilik banyak pengalaman, secara senyap-senyap mengatur angkatan perangnya bagi menakut-nakutkan pasukan musuh yang besar itu. Pada sebelah malam, dia memerintahkan satu pasukan kecil menghala ke hujung pasukannya. Pasukan kecil itu diberi tugas berteriak dengan kuat apabila hari mulai cerah keesokan harinya, supaya terdengar oleh musuh seolah-olah pasukan bantuan telah datang.

Barisan angkatan perang kemudian diubahnya. Barisan diperkecil dan diperpanjangkan supaya pada sebelah pagi itu kelihatan pasukan Islam bertambah banyak bilangannya.

Menjelang pagi hari, terdengarlah suara riuh-rendah di sebeleh hujung yang agak jauh dari tentera Islam. Suaranya kedengaran bagaikan barisan tentera bantuan baru telah datang. Khalid al-Walid kemudian menyusun dan mengatur tenteranya. Pasukan yang berada di bahagian hadapan ditukar ke bahagian belakang dan pasukan yang berada di bahagian belakang ditukar ke hadapan. Begitu juga pasukan yang berada di sebelah kiri dipindahkan ke sebelah kanan dan yang berada di sebelah kanan dipindahkan ke sebelah kiri.

Dengan taktik ini, tentera musuh menyangka bantuan tentera tambahan telah datang dari Madinah. Mereka beranggapan, jika tentera Islam yang berjumlah 3,000 orang sudah sanggup bertempur dan bereperang dengan sebegitu hebat  dan dahsyat bserta berani menentang pasukan musuh yang begitu besar., sudah tentu dengan kehadiran tentera bantuan mereka akan menjadi lebih hebat. Begitulah apa yang bermain di benak mereka.

Kerana sangkaan itu, timbullah perasaan takut dan kecut dalam diri pasukan Romawi  yang begitu besar jumlahnya. Mereka terus mengundurkan diri dengan terburu-buru, takut unutk tersukan peperangan lagi. Ketakutan mereka itu pula didasarkan dengan peristiwa-peristiwa yang dialami dan dirasakan oleh mereka dalam pertempuran selama beberapa hari itu. Betapa berat mereka menghadapi serangan dan pukulan pasukan dari Madinah itu. Jika pasukan itu ditambah  nescaya mereka akan lebih susah dan lebih berat lagi serta sudah tentu ramai lagi tentera mereka yang akan terkorban, sedangkan korban dalam pertempuran sebelum ini pun sudah tidak terkira jumlahnya.

Melihat kepada keadaan ini, pasukan Romawi lalu menghentikan pertempuran.  Mereka berundur dari tempat pertahanan pasukan Muslimin dan tidak lagi melakukan serangan. Sebaliknya pasukan Muslimin belum lagi menghentikan serangan dan masih sedia bertempur jika diserang. Walaupun masih lagi dalam keadaan siap sedia, mereka tidak lagi menyerang pasukan Romawi yang sudah terlihat mengundurkan diri daripada medan pertempuran.

Beberapa ketika kemudian, setelah pasukan Romawi Timur yang besar jumlahnya itu berundur jauh dari garis pertahanan, pasukan muslimin yang dipimpin oleh Khalid bin al-Walid mempersiapkan diri bagi mengatur barisan untuk pulang kembali ke Madinah.

Dengan itu, selesailah peperangan di Muktah yang hebat dan dahsyat itu. Menurut sejarah, pertempuran ini berlangsung selama 7 hari. Dalam peperangan ini, pihak kerajaan Romawi tidak memperoeh kemenangan dan pihak Muslimin pun tidak memperoleh kememnagan. Namun pada hakikatnya, tentera Muslimin dapat dikatakan menang kerana perbandingan jumlah tentera kedua-dua pasukan ini adalah sangat jauh berbeza.

Menurut laporan Ibnu Hisyam dalam kitab Sirah, pasukan tentera Muslimin yang gugur sebagai syuhada hanya 12 orang iaitu 4 daripada golongan Muhajirin dan 8 daripada golongan Ansar. Mereka yang gugur adalah Jaafar bin Abi Thalib , Zaid bin Haritsah, Mas’ud bin Aswad dan Wahab bin Saad daripada golongan Muhajirin. Manakala daripada golongan Ansar pula adalah Abdullah bin Rawahah, Abbad bin Qais, Harits bin Nu’man, Suraqah bin Amr, Abu Kulaib (Abu Kilab) bin Amr, Jabib bin Amr, Amr bin Saad dan Amir bin Saad. Manakala jumlah tentera Romawi yang tewas adalah beratus orang jumlahnya.

Hanya jenazah Jaafar bin Abi Thalib yang dapat dibawa pulang ke Madinah dan dikebumikan di sana.

Jika diperhatikan, kesimpulannya angkatan Muslimin dalam peperangan ini tidak dapat dikatakan kalah. Ini kerana dengan hanya jumlah tentera yang seramai 3,000 orang dan kelengkapan serba kekurangan, yang gugur hanyalah seramai 12 orang. Sedangkan pihak musuh yang dilawannya adalah berjumlah 70 kali ganda dengan kelengkapan serba cukup tewas hingga beratus-ratus orang.

Maka, sekalipun angkatan perang kaum Muslimin di Muktah tidak membawa kemenangan yang gilang-gemilang, namun pada hakikatnya mereka memperoleh kemenangan. Demikinlah pertolongan Allahkepada kaum Muslimin yang bersungguh-sungguh membela kesucian agamanya!..

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on August 6, 2011, in Tinta kehidupan. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: