tanggungjawab itu adalah beban atau keseronokan?

Banyak aspek perkerjaan yang terdapat dalam dunia ini yang mana adalah dibenarkan pada sisi syara’. Sebagai contoh boleh sahaja untuk menjadi pegawai, sama ada dalam sektor kerajaan. Swasta mahu pun persendirian, selagi mana dia sanggup melaksanakan tugas dan kewajipannya dengan baik. Seorang muslim tidak diperbolehkan untuk mencalonkan diri untuk sebuah kedudukan yang dia sendiri tidak memiliki kemahiran dalam bidang itu, terutama untuk jawatan di kerajaan atau mahkamah. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulallah bersabda :

“Celakalah para pegawai. Celakalah para pemimpin. Celakalah para bendehara. Hendaklah mereka membayangkan beberapa kaum yang kelak di hari qiamat ubun-ubun mereka tergantung di bintang, menggantung di antara langit dan bumi, dan mereka pun membayangkan bahawa mereka tidak menguasai satu kedudukan pun”.

Abu Dzar r.a berkata, “ Wahai Rasulallah, tidakkah engaku memberi satu kedudukan kepadakau?” Lalu Rasulallah menepuk-nepuk kedua bahuku sambil bersabda :

“Hai Abu Dzar, kamu adalah orang yang lemah dan kedudukan itu adalah sebuah amanah. Kelak di hari qiamat kedudukan itu merupakan kehinaan dan penyesalan, kecuali orang yang mengambilnya sesuai dengan haknya dan melaksanakan kewajipan yang dibebankan kepadanya dalam kedudukan itu.”

Dalam hadis lain di mana Rasulallah bersabda :

“Hakim itu ada tiga, satu berada di syurga dan dua ada di neraka. Hakim yang berada di syurga adalah seorang lelaki yang mengetahui kebenaran lalu memutuskan dengan kebebaran itu. Dan seseorang yang menegtahui kebenaran lalau dia berbuat dzalim, maka dia berada di neraka. Dan seorang lagi memutuskan manusia de ngan kebodohan, dia berada di neraka.”

Yang lebih penting dari seorang muslim adalah ia tidak berambisi untuk mendapatkan suatu kedudukan dan berusaha mengelak, walau pun sebenarnya dia memang mempunyai kemahiran dan wewenang. Sesiapa yang menjadikan kedudukan sebagai Tuhannya, maka kedudukan itu akan menjadikannya sebagai hamba sahaya. Mereka yang lebih mementingkan penampilan zahiriah dan duniawi, maka dia jua akan terhalang daripada pertolongan Allah S.W.T.

Diriwayatkan daripada Abdur Rahman bin Samurah r.a.,ia berkata : “Rasulallah bersabda kepadanya :

“Hai Abdur Rahman, janganlah kamu meminta jawatan, kerana jika kamu mendapatkannya tanpa meminta, nescaya kamu akan mendapatkan pertolongan di atas kedudukan itu. Dan jika kamu mendapatkannaya kerana meminta, kamu akan diserahkan kepadanya.”

Dalam hadis yang lain Rasulallah bersabda :

“Diriwayatkan dari Anas r.a bahawa Rasulallah bersabda: “Sesiapa meminta jawatan sebagai hakim dan demi itu dia mendapat pertolongan, maka urusan itu diserahkan kepada dirinya. Dan sesiapa yang dipaksa untuk menjadi hakim, maka Allah akan menurunkan malaikat untuk membimbingnya.”

Kenyataan ini akan berlaku selama mana tidak ada orang lain dalam pandangannya yang mampu melaksanakan tugas tersebut. Dan seandainya dia sendiri tidak mahu, maka kemasalahatan masyarakat akan tergugat. Al-Quran mencatatkan kisah Nabi Yusuf a.s. yang berkata kepada raja:

“Dia berkata: “Jadikanlah aku sebagai bendehari kerajaan, sesungguhnya aku adalah orang yang bijak menjaga lagi berpengetahuan.” (orang yang mempunyai keahlian dalam hal perbendaharaan. Memurut suatu pendapat ditakwilkan bahawa Nabi Yusuf pandai dalam hal menghitung dan menulis)                                                                                                                                                                                                                               (Yusuf:55)     

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on August 5, 2011, in Tinta kehidupan. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: