Keistimewaan Ramadhan..

Allah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana orang yang sebelum kamu, moga-moga kamu kamu bertaqwa.”

Benarlah matlamat dalam berpuasa adalah untuk bertaqwa. ‘Ulama menyatakan taqwa itu ada dua di mana Taqwa Zahir dan jua Taqwa Batin. Taqwa Zahir adalah memelihara segala yang telah ditetap dan ditentukan oleh Allah S.W.T. Manakala Taqwa Batin pula adalah mainan hati yang berkaitan dengan keikhlasan dalam beribadah kepada Allah.

Sejauh mana ketaqwaan yang kita dapat sepanjang menepuh bulan Ramadhan bergantung kepada diri kita sendiri sebenarnya. Sebahagaian ‘ulama menyatakan bagaimana kita memulakan puasa kita dan jua sebagaimana kita mengakhiri puasa kita itu sebagai kayu pengukur sama ada Allah menerima puasa kita atau pun tidak.

Dalam bulan Ramdhan terdapat beberapa keistimewaan yang hanya diberi Allah kepada kita, umat Muhammad S.A.W. yang mana tiada dapat pada mereka umat yang terdahulu. Antaranya adalah mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada kasturi pada sisi Allah. Sebahagian ‘ulama menyatakan ini adalah gambaran bagaimana redha Allah kepada mereka yang berpuasa. Benar bau mulut mereka yang berpuasa itu adalah busuk, nak bau mulut sendiri pun sudah tidak mampu apatah lagi ingin menghidu bau mulut orang lain. Tetepai hal ini menggambarkan keredhaan Allah kepada kita. Jika dilihat menurut pandangan Iman Syafi’e barang siapa yang menggosok gigi, bersugi atau apa sahaja yang ingin menghilangkan bau busuk mulut orang berpuasa adalah makruh hukumnya.

Perkara kedua pula ialah diikat, ditambat dan dibelenggu syaitan dalam neraka dan mereka tidak dapat pergi ke mana-mana. Persoalannya mengapa masih ada mereka yang melakukan kejahatan? Walhal dalam bulan Ramdhan sendiri terdapat penyamun yang masuk ke masjid. Mengapa perkara sebegini masih lagi berlaku? Antaranya adalah kerana masih adanya lagi hawa nafsu. Tambahan pula, pengaruh-pengaruh syaitan yang telah sebati dan wujud dalam jiwa kita telah membentuk peribadi kita secara tidak langsung. Cuba imbas kembali apa yang kita lakukan sebelum Ramadhan, sebab itu syaitan masih lagi seolah-olah masih wujud kerana pengaruhnya masuh ada dalam jiwa kita. Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud :

“Janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata”

Sedar atau tidak kita sendiri telah mengikut jejak langkahnya dalam kehidupan seharian kita jika ada. Nabi bersabda :

“Makanlah dengan tangan kanan. Syaitan makan dengan tangan kiri”.

Bukan dimaksudkan kita menyuap nasi dengan tangan kiri, sudah jelas kita akan gunakan tangan kanan, tapi bila mana kita mencedok lauk lazimnya kita akan gunakan tangan kiri. Dan ada jua yang menggunakan tangan kiri untuk meneguk air.

Perkara ketiga adalah para malaikat akan mendoakan keampunan bagi mereka yang berpuasa bermula daripada selepas bersahur hattalah berbuka di setiap detik dan saat. Para malaikat akan mendokan dengan :

“Ya Allah ya tuhanku, ampunkanlah dia. Ya Allah ya tuhanku, rahmatilah dia”.

Do ini dilafazkan dengan tanpa henti oleh para malaikat. SUBHANALLAH. Doa malaikat pastinya mustajab kerana malaikat tidak pernah bebrbuat dosa kepada Allah, sudah tentulah doanya mustajab dan maqbul. Ini merupakan anugerah yang Allah kurniakan kepada kita.

Dan dalam pada masa yang sama jua adanya ancaman. Nabi S.A.W bersabda atas permintaan Jibril ‘alaih salam . Di mana Jibril meminta kepada Allah celakalah seseorang yang menempuh Ramadhan yang mana dosanya tidak diampunkan oleh Allah. Lalu jibril meminta Nabi S.A.W mengaminkan permintaan Jibril ini. Maka Nabi S.A.W pun mengaminkan doa ini. Permohonan daripada makhluk yang paling mulia dalam kalangan malaikat dan penduduk langit di tambah pula dengan permohonan daripada manusia yang paling mulia di atas muka bumi ini, sesudah tentu pasti doa ini adalah mustajab. PASTI!.  Apa yang hendak disampaikan adalah betapa mudahnya untuk kita meraih keampunan daripada Allah dalam menempuh Ramadhan. Cuma segalanya terserah kepada kita.

Sebagai contoh diambil seseorang yang akan berdepan dengan hukuman mati. Bila mana hakim menjatuhkan hukuman mati dan hukuman akan dijalankan dalam masa dua minggu lagi sebagai contohnya. Cuba bayangkan bagaimana perasaan mereka yang sudah mengetahui tarikh dan saat kematiannya. Walau sehebat mana pun dia sewaktu zaman kebebasannya pasti dia akan berasa sangat takut dan meminta ampun daripada Allah sekiranya dia adalah Islam. Dan jika dia adalah kafir, maka dia jua akan meminta keampunan kepada tuhan sembahannya setelah tiada lagi jalan keluar untuk menyelamatkan nyawanya. Dan cuba bayangkan pula bagaimana pula perasaannya jika orang yang dicampakkan oleh Allah ke dalam api neraka kerana tidak diampunkan dosanya? Pasti tidak dapat dibayangkan kerana azab yang ada di sana adalah tiada tolok bandingnya dan tiada dapat digambarkan.

Nabi pernah bersabda :

“Tiada seorang pun yang layak untuk masuk syurga kerana amalannya. Lalu para sahabat bertanya pada Nabi : Adakah termasuk engkau sekali wahai Rasulallah? Lalu baginda menjawab : Termasuklah aku sekali. Melainkan aku telah diberi rahmat oleh Allah.”

                                                                                                                          (Hadis Riwayat : Bukhari & Muslim)

Cuba bayangkan Nabi yang mana kaki baginda sendiri sampai bengkak  buku lali dan kai demi semata untuk bangun malam beribadah kepada Allah, dengan ibadah yang sebanyak itu pun tidak mampu masuk ke syurga melainkan dengan rahmat Allah. Bagaimana pula dengan kita? Jika kita lihat bagaiman cara Nabi beribadah dalam bulan ramadhan begitu hebat. Bila mana dalam 10 malam yang terakhir Ramadhan Nabi akan tidak tidur malam untuk beribadah. Bahkan dalam tahun terakhir sebelum Nabi wafat menurut ‘Aisyah baginda telah berjaga malam selama 20 malam untuk beribadah kepada Allah.

Menurut ‘Aisyah pada 10 malam terakhir Ramadhan, Nabi akan menghidupkan malamnya, dan mengejutkan seluruh ahli keluarganya dan lilit badannya dengan kain. Melilit kain bermaksud Nabi akan berjaga sepanjang malam. Ada sebahagian ‘ulama menyatakan di mana Nabi tidak bersama para isterinya. Ini hanya semata semangat Nabi yang ingin mendapatkan Lailatul Qadr. Jika kita lihat pada hari ini bagaimana orang sanggup berjaga malam hanya semata ingin menyaksikan perlawanan bola sepak. Sewajarnya perlu kepada kita untuk lebih gigih dan semangat berjaga malam demi untuk beribadah, lebih-lebih lagi dalam memburu Lailatul Qadr.

Bahkan ada di sebut dalam hadis dimana bila tibanya nabi ber’iktikaf dalam masjid Nabi tidak akan sesekali keluar daripada masjid melainkan ianya menjadi keperluan yang penting bagi nabi bermula daripad selepas ‘Isya hinggalah ke Subuh. Dan jika ada keperluan daripada rumah, maka saidatina ‘Aisyah yang akan menghantarnya dan bertemu kepada Nabi.

Perkara keempat pula adalah Allah memperhiaskan syurganya. Jika difikir secara logik mengapa Allah menghiaskan lagi syurganya sedangkan syruga itu sememangnya sifatnya yang sudah cantik dan lengkap. Dan sebenarnya ini adalah melambangkan keredhaan Allah dan para malaikat pada mereka yang berpuasa. Dalam riwayat ada menyebut di mana orang yang berpuasa ini akan memasuki pintu yang khusus dimana pintu ini dinamakan ar-Rayyan. Pintu ini hanya dibuka kepada orang yang berpuasa sahaja.

Dan perkara terakhir adalah semua semua mereka yang berpuasa akan diampunkan oleh Allah Ta’ala pada malam yang terakhir dalam bulan Ramadhan. Dan bila mana  sahabat bertanya adakah malam terkahir yang dimkasudkan itu adalah malam al-Qadr. Nabi mengatakan tidak. Tetapi seolah-olah pekerja yang dibayar gaji bila mana telah sampai tempohnya. Ibaratnya pada hari ini adalah para pekerja yang yang diberi gaji oleh majikannya bila mana telah sampai cukup bulan. Dan umpama gaji bagi orang berpuasa ini adalah diampunkan dosa oleh Allah Ta’ala.

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on August 4, 2011, in Tinta kehidupan. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: