Keajaiban Ramadhan di tempat kita..

Alhamdulillah, dapat jua kita menjejakkan dalam bulan Ramadhan kerana bagi saya bulan ini adalah bulan yang ajaib dan jua pelik. Ini kerana dalam bulan ini berlaku beberapa peristiwa yang mencairkan adat dan jua luar biasa pada bulan yang lain.

Antaranya ialah semua orang sedar dan tahu jalan ke surau dan masjid. Hanya pada bulan ini sahaja mereka dapat menemui jalan ke surau dan masjid. Hanya pad bulan ini sahaja orang sanggup datang ke rumah ibadah semata-mata ingin menunaikan solat sunat hatta berpuluh-puluh raka’at. Pada bulan lain, kita tidak akan jumpa dengan suasana seperti ini.

Perkara kedua yang ganjil pula ialah orang sanggup meninggalkan tidur semata-mata hanya untuk makan bersahur. Tidak mengapalah mimpi dengan bidadari pun sanggup diabaikan dan sanggup tinggalkan ruang yang ada bersama pasangan masing-masing hanya semata-mata untuk makan.

Perkara ketiga yang ajaib ialah mereka yang kuat merokok boleh berhenti merokok.  Jika dalam bulan lain, budaya merokok begitu sukar untuk ditinggalkan sampai ada yang tidak akan lekang daripadanya bibir dengan rokok walau dalam tempoh masa sejam sahaja. Tapi, apabila datangnya Ramadhan rokok hanyalah dipandang sebelah mata sahaja.

Perkara keempat pula ialah dalam bulan ini muncul dan timbulnya kuih-muih yang tidak pernah wujud sebelum ini. Ini tidak dapat dinafikan bila kita sendiri melihat perkara ini di bazar dan pasaraya berdekatan. Sampai ada kuih karipap yang mana di gelar sebagai karipap tip top. Jika kenderaan kita istilahkan sebagai tip top, pastinya kenderaan itu sangat berkualiti. Namun karipap ini dinamakan tip top kerana hanya saiznya besar, bila digoncangkan dapat di dengar bunyi tip top kerana intinya yang terlalu sedikit sedangkan tepungnya sangatlah besar. Beginilah antara permainan orang yang berniaga.

Perkara kelima yang begitu menakjubkan adalah bilamana bilangan mereka yang datang ke masjid saban hari semakin berkurang. Jika pada 10 malam pertama, penuhlah masjid itu, 10 malam pertengahan tinggalah setengah sahaja yang tinggal, dan pada 10 malam terakhir tinggallah beberapa saf sahaja. Namun jika kita lihat keadaan di luar bumi Malaysia, pada malam 10 terakhirlah bilangan mereka ynag beri’tikaf dan beribadah di masjid bertmabha ramai. Tidak mengapalah mungkin di Malaysia mereka ini lebih gemar beribadah di rumah bersama keluarga sendiri dan mungkin jua ada yang sibuk mengerjakan ‘umrah di tanah suci pada malam-malam terakhir. Bersangka baik itu adalah yang terbaik.

Sekadar pekongsian, adakah kita sudah bersedia sepenuhnya untuk menyambut Ramadhan yang mulia ini. Jika kita lihat berbondongnya orang menuju ke masjid, sedangkan ramai lagi teman kita yang sedang lena di luar sana seolah hanya berada dalam bulan biasa. Kita serahkan kepada inidividu tersebut untuk menilai semua ini..=)

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on August 3, 2011, in ~Coretan~. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: