~BErSIH~

BERSIH…..

Satu perkataan yang membawa 1001 kontroversi dalam keadaan pada masa kini. BERSIH yang membawa rekasi yang pelbagai daripada bermacam-macam jenis masyrakat. Bila disebut perkataan BERSIH, ada orang yang bersemangat, ada orang yang takut dan kecut perut, ada orang yang geram, ada orang yeng sangat marah dan berbagai-bagai lagi reaksi yang boleh tengok pada hari ini hanya dengan perkataan BERSIH.

ALLAH telah menyebut dalam Al-Quran :

Sesungguhnya ALLAH menyukai orang yang bertaubat dan orang yang membersih sucikan dirinya.

ALLAH ta’ala suka kepada perkara yang membawa kepada kebersihan. Mungkin kini istilah BERSIH tidak sama dengan kehendak ALLAH dalam Al-Quran. Tetapi kadang-kadang kita lupa BERSIH itu sebenarnya dalam agama keperluan kepada kita. Hari ini macam-macam keadaan yang timbul, hatta sampai timbul memakai baju KUNING pun tidak boleh, memakai pakaian yang elok menutup ‘aurat pun tidak boleh. Di sini kita dapat melihat satu perkara yang ada nilai hikmahnya. Pada kejadian seperti ini boleh membawa kepada sebahagian kita untuk berfikir, bukan SEMUA! Bila orang memakai baju berwarna KUNING menjadi masalah, apa lagi bila ada perkataan BERSIH. Pada sudut hukum itu tiada salahnya, tetapi pada sisi undang-undang itu macam-macam cerita yang timbul.

Pada sini kita boleh mengambil hikmah bila mana kita melihat kepada orang yang terbuka sana-sini mendedahkan ‘aurat mereka, dan tiada masalah atau tindakan kepada mereka seperti yang berlaku di negara Iran. Benar pada satu sudut kita tidak setuju dengan amalan Syi’ahnya, dengan ‘aqidah kesyi’ahannya. Tetapi bagaimana dia menjalankan syari’at seperti mana yang kita tahu itu jauh lebih hebat daripada kita. Di ‘Iraq, perempuan-perempuan yang hanya berjalan di kota mahu pun di bandar, mereka yang memakai pakaian yang elok tetapi tidak memakai tudung kepala, ditangkap dan akan diberikan amaran dan nasihat. Bukan tangkap untuk disumbat ke dalam penjara, TIDAK. Tangkap untuk dinasihatkan, kali ke dua jika berlaku akan ditangkap dan akan dinasihatkan lagi. Jika berlaku lagi perkara yang sama selepas kali ke 3, baru akan dimasukkan penjara selama 3 hari. Kita tidak menilai sudut ini walhal di situ terletak hikmahnya.

Hari ini orang memakai pakaian yang menjolok mata, pakaian yang menjolok mata dan tidak elok pada hari ini melambak-lambak. Sebab itu Nabi bersabda dalam hadisnya :

Datang seorang lelaki dan bertanya kepada Rasulullah dan bertanya: “Apakah tempat yang paling mulia di atas muka bumi?” Nabi diam dan tidak dapat menjawab .Nabi bertanya kepada Jibrail pun masih tiada jawapan. Lalu bertanya kepada Allah, maka Allah memberi jawapan kepada Nabi. Nabi pun menjawab : “Sebaik-baik tempat yang ada di atas muka ialah MASJID-MASJIDnya dan seburuk-buruk tempat di atas muka bumi ialah PASAR-PASARnya.

Ini terbukti nyata pada hari ini, jika kita lihat kepada pasar-pasar hari ini, bukan kepada pasar-pasar basah yang menjual ikan dan sayur sahaja, tetapi pasaraya besar termasuklah Jaya Jusco, Tesco, Carrefour, dan yang lain-lain boleh kita lihat kebenaran sabda Nabi S.A.W. cukuplah kita melihat kepada cara mereka berpakaian di sana, belum dikira lagi pembohongan ketika berniaga, belum disentuh lagi pasal khianat dengan berniaga, belum dibicarakan lagi tentang bergaduh dengan berniaga. Pakaian yang dipasarkan kita lihat bagaimana, kebanyakannya tidak mengikut syari’at Islam.

Kita tidak melihat kepada orang kafir yang tidak beragama Islam. Bagaimana dengan pakaian yang mana bajunya ketat, seluarnya sendat, tudung tidak dipakai, jika dipakai sekali pun terdedah bahagian badannya masih lagi tidak menepati kehendak syari’at. Ini adalah pakaian yang kita sudah mengerti dimurka ALLAh dan hukumnya HARAM tapi pelik.. Sebagai contoh mendengar khutbah ini, dan bila pulang ke rumah masih lagi melihat isterinya, anak-anak daranya masih lagi berpakaian ketat kita masih lagi dikatakan dayus seperti sabda Nabi S.A.W.

                “Tidak akan masuk syurga mana-mana yang dayus”

Walaupun ada ‘ulama yang menyatakan hanya sementara, tapi bila dinyatakan berada dalam neraka bukanlah perkara yang ringan dan kecil. Wahai suami-suami yang beriman, wahai suami-suami yang berada dalam rumah ALLAH sekalian, perhatikanlah pakaian isteri dan anak-anak dara sekalian di rumah. Kalau kita setakat memakai baju BERSIH, warna KUNING hatta dengan melaungkan TAKBIR sekali pun masih lagi tiada lagi nilai disisi ALLAH kalau sekadar itu sahaja semangat kita sedangkan kita masih lagi tidak meletakkan syari’at ALLAh dalam kehidupan.

Rumah kita perlu di BERSIHKAN dulu daripada perkara-perkara kemungkaran ALLAH, terlebih dulu!! BERSIH kan daripada perkara-perkara dosa, BERSIH kan dulu daripada perkara-perkara yang mengundang kebencian dan kemurkaan RASULULLAH S.A.W, BERSIH kan yang ini terlebih dahulu.

Dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj, ALLAh Ta’ala melalui perantaraan malaikat Jibril membelah dada Nabi kerana orang yang hendak dinaikkan ke langit untuk bertemu dengan ALLAh hendaklah dipastikan betul-betul dan benar-benar BERSIH. Ini merupakan suatu bentuk simbolik, bukan kata hendak menyatakan Nabi sebelum itu adalah kuffar, simboliknya adalah untuk kita. Dalam perjalanan Isra’ di bumi, dalam perjalanan Mi’raj di langit BERSIH daripada segala benda hatta terhadap segala kesedapan dan ni’mat dunia. Nabi tidak sedikit pun tertarik padanya. Oleh kerana ALLAH telah membelah dadanya memBERSIHkan daripada segala yang tertarik dengan dunia.

Jika ALLAh meletakkan hukum, ALLAH menetapkan sesuatu untuk kita, maka kita wajib diperintahkan untuk “KAMI DENGAR DAN KAMI PATUH”. Tetapi masyarakat kita pada hari ini apa yang berlaku adalah “KAMI DENGAR DAN KAMI INGKAR” dengan secara pasti. Jika kita ambil solat sebagai contoh, siapa yang tidak mengetahui akan hukum solat itu adalah wajib? Siapa yang tidak mengerti hukum solat itu fardhu? Tetapi dia tetap meninggalkan kerana “KAMI DENGAR DAN KAMI INGKAR” walaupun sudah diketahui tetapi buat tidak mengetahui dengan mengenepikan perintah ALLAh sahaja. Walau pun telah diceritakan bagaimana keadaanya orang yang meninggalkan solat di dalam neraka oleh Nabi sewaktu di mi’rajkan, namun mereka tetap meninggalkan solat.

Sebab itu, Nabi pernah bersabda sebagaimana yang telah dinyatakan tadi kita minta agar mereka itu bukan dalam kalangan isteri mahupun anak-anak sendiri. Janganlah kita redha jike mereka mendedahkan tubuh mereka, membiarkan lelaki yang bukan mahram melihat dan menjamah ‘aurat mereka. Sebab itu Nabi telah bersabda dalam hadisnya:

“Aku masuk syurga dan aku perhatikan di dalamnya aku memerhatikan orang yang susah dan aku melihat dan dapati dalam neraka itu ramainya perempuan.”

Kita boleh meilihat kebenaran apa yang ada dalam hadis ini pada hari ini. Sebab itu apa yang disebut dan dila’nat oleh ALLAh itu jangan ada dalam diri kita agar tidak dila’nat selamanya. BERSIH kan diri kita daripada perkara yang mensyirikkan diri kepada ALLAh. BERSIHKAN diri daripada ‘aqidah yang kotor. Nabi bersabda : Langkah kita ke masjid itu boleh membersihkan kita daripada dosa dan noda, setiap langkah itu adalah langkah pembersihan diri kita.

Sesungguhnya ISLAM ITU ADALAH HANIF (bersih). Datangnya kita maka kitalah yang mencalarkannya. Sesungguhnya ISLAM itu lurus, maka hadirnya kitalah yang membengkokkannya

Jika kita lihat pada hari ini dimanakah empat kita sebagai umat ISLAM digelar sebagai juara?? Jika dilihat ditengah bandar dapat dihitung berapakah bilangan kedai orang melayu, belum lagi kedai orang yang MELAYU ISLAM. Apa yang kita ada hanyalah sekadar penjual kuih di tepi jalan sebelah pagi, penjaja pisang goreng diseberang jalan pada sebelah petang. Tidak mengapalah asalkan rezqi itu halal. Tetapi JUARA bagi sektor ekonomi kita lihat kini adalah bangsa kafir.

Kita JUARA di…

MAHARAJA LAWAK, AKADEMI FANTASIA, ONE IN A MILLION, SEHATI BERDANSA, MENTOR dan segala macam program realiti televisyen yang menghiburkan. Tidak terlepas jua dengan HARI PERHIMPUNAN 1 OOO OOO BELIA yang berlaku di Putrajaya baru-baru ini.  Yang dihadiri disana adalah bangsa ISLAM melayu dan berdekatan dengan MASJI BESI namun amat mendukacitakan kerana kedatangan mereka untuk meg’imarahkan masjid adalah sangat-sangat menyedihkan. Jika mereka ke masjid pun hanya untuk menumpang tandas sahaja.

Di MANAKAH KITA??

Bagaimana kita hendak menang jika ISLAM kita abaikan?

UMNO nak menang perlu dengan ISLAM!!

PAS nak menang perlu dengan ISLAM!!

BN nak menang perlu dengan ISLAM!!

PKR nak menang perlu dengan ISLAM!!

ISLAM perlu amalkan dalam keadaan seharian dan jika kita nak menang pun dengan ISLAM. Asalkan ALLAH yang menjadi puncak dalam perjuangan kita, di bawahnya Rasulallah seiring dengan Al-Quran dan Al-Hadis..

Kita berdoa kepada ALLAH agar kita senatiasa menjadi orang yang diBERSIHkan oleh ALLAH jiwa kita, tubuh badan kita, hati kita, jasad kita, rohani kita, zahir kita, batin kita. Mudah-mudahan….

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on July 1, 2011, in ~Coretan~. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: