Fa’i dan Solat Khauf

Surah al-Hasyr diturunkan oleh Allah kepada Nabi ketika terjadinya peristiwa pengusiran kaum Yahudi Bani Nadhir. Antara ayat yang diturunkan ketika itu adalah ayat-ayat beikut.

Dialah yang mengeluarkan orang-orang kafir di antara ahli  kitab dari kampung-kampung mereka, pada saat pengusiran kali pertama. Kamu tidak akan menyangka yang mereka akan keluar dan mereka pun yakin yang benteng-benteng mereka akan dapat mempertahankan mereka daripada seksaan Allah. Maka Allah mendatangkan kepada mereka hukuman dari arah yang mereka tidak sangka. Dan Allah mencampakkan rasa takut ke dalam hati mereka. Mereka memusnahkan rumah-rumah mereka dengan tangan-tangan mereka sendiri dan tangan-tangan orang yang beriman. Maka ambillah kejadian itu bagi dijadikan pengajaran, hai orang-orang yang mempunyai pandangan.
Dan sekiranya tidaklah kerana Allah sudah menetapkan pengusiran kepada mereka, Allah benar-benar meng’azab mereka di dunia. Dan bagi mereka azab di neraka. Yang demikian itu kerana mereka menentang Allah dan Rasul-Nya. Barang siapa yang menentang Allah, maka sesungguhnya Allah itu sangat keras hukum-Nya.
                                                                                                                                                                                                                               (Surah Al-Hasyr;2-4)

Sesudah itu Allah menurunkan pula ayat ke-5 seperti yang telah disebutkan. Kemudian Allah menegaskan pula tentang harta rampasan yang diperoleh daripada kaum Yahudi bani Nadhir.

Dan apa sahaja harta rampasan yang diberikan oleh Allah kepada Rasul-Nya daripada harta benda mereka, maka bagi mereka mendapatkan itu kamu tidak mengerahkan seekor kuda pun dan tidak seekor unta pun, tetapi Allah menguasakan Rasul-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah maha kuasa ke atas segala susuatu.

Apa sahaja harta rampasan itu yang diberikan oleh Allah kepada Rasul-Nya yang berasal daripada penduduk kota-kota maka adalah untuk Allah, Rasul, keluarga Rasul, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan, supaya harta itu jangan beredar dalam kalangan kamu. Apa yang diberikan Rasul kepada kamu, maka terimalah dia dan apa yang dilarangnya, maka tinggalkanlah. Dan bertaqwalah kepada Allah; sesungguhnya Allah begitu keras hukumannya.

                                                                                                   (Surah Al-Hasyr;6-7)

Pengusiaran Bani Nadhir dari Madinah juga dikenali sebagai ‘Perang Bani Nadhir’ walaupun peperangan tanpa menggunaka senjata. Kaum muslimim hanya melakukan pengepungan dan kemudian mengusir pihak musuh. Oleh itu, hasil harta rampasan perang yang diperoleh kaum Muslimin tidak dapat dibahagi sama seperti hasil yang diperoleh dalam perang yang lain.

Jelasnya harta ramapasan yang diperoleh daripada Bani Nadhir ini tidak dinamakan sebagai ghanimah, tetapi dinamakan fa’i, kerana hanya diperoleh daripada pengusiran. Justeru, cara pembahgiaan harta fa’i tidak sama seperti dengan cara pembahangian ghanimah.

Antara ayat-ayat yang diturunkan ketika itu adalah ayat-ayat mengandungi keterangan tentang cara pembahagiaan fa’i.

Dan apa sahaja harta rampasan (fa’i) yang diberikan Allah kepada Rasul-Nya yang berasal daripada penduduk kota-kota maka adalah unutk Allah dan Rasul-Nya…”

Dengan ini, harta rampasan yang diperoleh daripada Bani Nadhir diserahkan kepada Nabi. Nabi mengambil harta itu dan membahagikan kepada sesiapa yang dikehendaki oleh beliau.

Demikianlah, tanah perkampungan dan kebun-kebun kaum Yahudi Bani Nadhir dan hak milik mereka yang sudah menjadi harta fa’i itu dibahagi-bahagikan oleh Nabi mengikut kebijaksanaan beliau. Sebahagian tanah yang luas itu dibahagikan kepada sahabat Muhajirin dan sebahagian yang lain untuk faqir miskin. Sedangkan, daripada sahabat Ansar hanya dua orang sahaja yang diberi bahagian iaitu Abu Dujanah dan Sahal bin Hunaif, yang ketiak itu datang menghadap kepada Nabi mengadu kemiskinannya.

Pembahagian yang dilakukan oleh Nabi itu tidak bererti baginda bersikap kurang adil, tetapi baginda melakukan menurut perintah Allah. Hal itu tidak pun menimbulkan kegembiraan bagi mereka bagi mereka meringankan beban mereka.

Mereka berasa gembira kerana sejak golongan Muhajirin datang ke Madinah sehingga tahun 4 Hijrah, penghidupan sahabat Muhajirin bergantung sepenuhnya kepada sahabat Ansar. Maka, dengan cara pembahagian harta fa’i yang dilakukan oleh Nabi itu para sahabat Muhajirin dapat memenuhi kehidupan mereka sendiri, tanpa bergantung kepada shabat Ansar. Dengan demikian, kedua-dua belah pihak sama-sama terbela , yakni para sahabat Ansar terlepas daripada kewajipan menolong saudara-saudara mereka dan para sahabat Muhajirin merasa bebas dan mereka dapat berdiri sendiri sehingga tidak diganggu atau memberatkan  saudara-saudara mereka.

Apabila Nabi dan tentera Muslimin kembali daripada perang Bani Nadhir, keadaan kota Madinah aman daripada gangguan kaum Yahudi bani Nadhir buat sementara waktu. Bagaimanapun Nabi sebagai pemimpin umat, senantiasa berwaspada dengan gangguan yang mungkin datang daripada musuh-musuh Islam di sekitar kota Madinah. Oleh kerana itu secar diam-diam baginda menyiasat dan mengambil tahu berita-berita yang berada di sekitar kota Madinah.

Pada suatu hari, Baginda meneriam berita mengatakan bangsa Arab daripada kabilah Bani Muharib dan Bani Tsalabah dari daerah Najd merancang bagi memerangi kaum Muslimin. Oleh kerana itu, nabi mengadakan persiapan bagi menghadapa serangan mereka ataupun menyerang mereka.

Pada pertengahan bulan Rabi’ul Akhir tahu n 4 Hijrah, Nabi berserta pasukan tentera seramai 700 orang dengan lengkap bersenjata berangkat ke daerah Najd. Urusan umat di Madiinah diserahkan kepada Uthman bin ‘Affan buat seketika.

Apabila mendengar Nabi bersama tentera Muslimin sudah berangkat menuju ke kabilah mereka, kaum Bani Muharib dan Bani Tsalabah melarikan diri dengan terburu-buru. Oleh sebab itu, ketika tentera Muslimin datang dan memasuki daerah mereka, yang tinggal hanyalah kaum wanita sahaja.

Tentera Muslimin berasa tidak puas hati kerana tidak bertemu dengan mereka. Kemudian  datanglah sebahagian daripada mereka hendak memerangi kaum Muslimin. Tetapi selepas mereka berhadapan dengan tentera Muslimin, masing-masing berasa takut. Tentera Muslimin takut kepada mereka dan tentera mereka pun takut kepada tentera Muslimin. Apabila tiba waktu solat ‘Asar, Nabi dan tentera Muslimin hendak mengerjakan solat, namun mereka merasa curiga sekiranya musuh menyerang mereka ketika tentera Muslimin sedang mengerjakan solat.

Oleh sebab itu, Allah menurunkan wahyu kepada Nabi,

Dan apabila kamu berpergian di muka bumi, maka tidak mengapa kamu mengqasar solat kamu, sekiranya kamu takut diserang orang-orang kafir. Sesungguhnya orang-orang kafir itu adalah musuh kamu yang nyata bagi kamu.

Dan apabila kamu berada di tengah-tengah mereka (sahabat kamu), lalu hendaklah kamu mendirikan solat bersama-sama mereka, maka hendaklah segolongan daripada mereka berdiri (solat) bersama kamu dan menyandang senjata, kemudian apabila mereka (yang solat bersama kamu) sujud (sesudah menyempurnakan satu raka’at) maka hendaklah mereka berpindah dari belakang kamu (bagi menghadapi musuh) dan hendaklah datang golongan yang kedua yang belum solat, lalu solatlah mereka bersama kamu dan hendaklah mereka bersiap sedia dan menyandang senjata. Orang-orang kafir ingin supaya kamu lengah kepada senjata kamu dan harta benda kamu, lalu mereka menyerbu kamu dengan sekali gus. Dan tidak ada dosa atas kamu meletakkan senjata-senjata kamu, sekiranya kamu mendapat sesuatu kesusahan kerana hujan ataupun kerana kamu memang sakit dan bersedialah kamu. Sesungguhnya Allah menyediakan ‘azab yang menghinakan bagi orang-orang kafir.

                                                                                            (surah An-Nisa’:101-102)

Ayat-ayat ini berisi tuntutan solat kepada kaum Muslimin walaupun dalam keadaan takut kepada musuh. Jadi, dalam waktu berperang pun tentera Muslimin wajib mengerjakan solat sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah dalam ayat itu. Dalam syari’t Islam, solat yang dinamakan sebagai solat khauf, artinya solat dalam keadaan bimbang atau takut. Solat Kahuf dilakukan oleh Nabi dan kaum Muslimin semenjak itu.

Selepas Nabi mengerjakan solat khauf bersama para sahabat, mereka bersedia untuk menghadpi musuh ynag hendak menyerang. Pihak musuh tidak pula berani menyerang tentera Muslimin kerana melihat perpaduan antara tentera Muslimin di bawah pimpinan Nabi Muhammad yang begitu hebat. Akhirnya mereka melarikan diri dan bersembunyi bagi mnegelakkan terjadinya peperangan.

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on June 26, 2011, in Tinta kehidupan. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: