Kepentingan Sabar

Al-Quran telah menjelaskan pada kita betapa pentingnya sifat sabar kerana ia mengandungi nilai yang tinggi dan utama daripada aspek agama dan budi pekerti. Malahan nabi dan rasul terdahulu pun mempunyai kesabaran yang sangat tinggi dalam usaha mengembangkan syari’ah Islam. Sabar bukanlah perkara sampingan bahkan merupakan suatu kemestian bagi manusia untuk mengangkatnya, baik daripada sudut fizikal mahu pun mental untuk menjamin kebahagiaan dalam diri individua dan jua masyarakat. Agama tidak akan mencapai kemenangan, inovasi tidak akan tercapai, teknolgi tidak akan maju malahan dunia tidak akan aman kiranya hilang sifat sabar.

Sabar amatlah penting untuk keduniaan sepertimana juga untuk keagamaan. Tiada kejayaan yang dapat diraih melainkan hanya jika pada usaha itu disispkan dengan kesabaran.

Peladang tidak akan menuai hasil kiranya tiada kesabaran. Petani tidak akan memetik hasil titik peluhnya tanpa lesabaran, pelajar tidak akan berjaya dalam pengajiaannya jika tidak bersabar, malahan perjuangan tidak akan memperoleh kemenangan andai tiada kesabaran.

Begitulah setiap orang yang berjaya di dunia, mereka mengharungi setiap langkah dan cita-cita itu dengan sabar. Menghadapi hidup dengan pahit maung, menananggung kesengsaraan, menghadapi kesukaran, berjalan di atas onak dan duri, menggali telaga dengan kuku sahaja tanpa mempedulikan batu bata yang melintang jalan, tikaman yang menusuk mereka bahkan terus mara ke hadapan tanpa sekelumat pun perasaana ingin menoleh semula ke belakang apatah lagi berhenti.

Memalingkan matanya terhadap sesuatu yang menyusahkan, membelakangi segala yang menghalang dengan bekalan senjata yang berbekalkan kesabaran. Benarlah apa yang pernah diungkapkan oleh penyair :

Katakan olehmu siapa yang bersungguh-sungguh dan sabar dalam mencuba sesuatu perkara ia akan berjaya. Kadang-kadang hampir tumbang, tetapi bangkit semula, kadang-kadang tersilap mengorak langkah dan ditimpa bencana. Kadang-kadang luka, hampir menimbulkan bengkak, dan kadang-kadang gagal. Kadang-kadang tidak bertemu sebarang senjata tidak pula putus asa, tidak padam cita-cita.

Janganlah berputus asa walau pun lama permohonan.

Apabila memohan pertolongan dengan sabar anda akan menlihat kelapangan.

Berakhlak dengan sabar akan mencapai keperluan.

Mereka yang mendambakan ketinggian dan kebesaran, mengetahui bahawa ketinggian di dunia seperti kejayaan di akhirat. Dan kejayaan tidak akan tercapai melainkan dengan menempuh pelbagai kesusahan serta mengharungi kesakitan, bersabar dalam menempuh pelbagai perkara yang dibenci. Tanpa semua ini pekerjaan tidak akan sempurna, cita-cita tidak akan sempurna. Mereka yang berangan-angan samalah seprti berharap pada perkara yang tidak akan menjadi dan berkhayal pada perkara yang tidak akan terlaksana.

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on June 10, 2011, in Tinta kehidupan. Bookmark the permalink. 1 Comment.

  1. org yg bersabar pasti beruntung.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: