JOM baca surah al-KAHFI…❤.

Malam Jumaat adalah malam sinonim dengan bacaan Yaasin di tempat kita (tidak termasuk Perlis). Bagi mana-mana masjid atau surau yang tidak mengadakan bacaan Yaasin akan dikatakan “pelik” bagi mereka yang kurang faqeh.

Hakikatnya pembacaan Yaasin pada malam Jumaat bukanlah benda yang tidak elok. Baguslah bila mana kita membaca al-Quran pada malam tertentu dan kita jadikan sebagai santapan rohani untuk kita. Dan al-Quran akan memberi syafa’at kepada pembacanya di akhirat kelak. Sukar untuk diperkatakan tentang bida’ah tentang amalan bacaan Yaasin pada malam jumaat ini, dan saya bukanlah orang yang layak untuk membincangkannya.

Apa yang jelas adalah amalan MEMBACA surah al-KAHFI adalah sunnah Rasulallah SAW yang banyak terdapat disebut dalam hadis. Daripada kita atau ramai antara kita berbalah tentang bid’ah atau pun tidak. Apa kata kita baca sekali kedua-dua surah ini al-KAHFI & YAASIN. Pahala sunnah mengamalkan sunnah nabi pun kta dapat ditambah dengan pahalu harus membaca surah Yaasin kan? :) Apa yang lagi penting bukanlah nak memperlekehkan benda seperti ini, tapi jika harus nak dibincangkan adalah lebih banyak masalah di luar sana yang menyentuh kepada perkara pokok lebih-lebih lagi bersangkut-paut dengan aqidah yang perlu kita perbahaskan.

Banyak hadith Rasulallah SAW yang menyatakan kelebihan membaca surah al-Kahfi ini

Antaranya adalah yang diriwayatkan oleh Abu Darda’ bahawa Rasulallah SAW bersabda yang bermaksud :

“Barangsiapa yang menghafal 10 ayat permulaan surah al-Kahfi, maka dia dilindungi dari Dajjal (fitnah dan tipu dayanya)”.

Diriwayatkan pula oleh Imam Ahmad dengan sanad yang lain dari Abu Darda’ bahawa Rasulallah SAW bersabda yang bermaksud :

“Barangsiapa yang membaca 10 ayat terakhir dari surah al-Kahfi, maka itu merupakan perlindungan baginya dari fitnah Dajjal”.

Diriwayatkan pula oleh Imam Ahamd dari Mu’az bin Anas dari ayahnya yang mendengar Rasulallah SAW bersabda yang bermaksud :

“Barangsiapa yang membaca permulaan surah al-Kahfi dan penutupnya, maka itu merupakan cahaya baginya dari hujung tapak kakinya hingga puncak kepalanya dan barangsiapa membaca seluruhnya (surah al-Kahfi) ia akan merupakan cahaya baginya yang terpancar antara langit dan bumi.”

Daripada al-Hakim dari Abi Sa’id bahawa Rasulallah SAW bersabda yang bermaksud :

“Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, akan bersinar cahaya baginya selama 2 Jumaat”

Dan daripada Ab bakar al-Baihaqi dari Abu Hasyim bahawa Rasulallah SAW bersabda :

“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi sebagaimana  diturunkan maka ia akan menajdi cahaya baginya di hari qiamat”.

(Semu Hadis ini dipetik daripada hadis yang terdapat dalam kitab tafsir Ibn Kathir)

Jadi, JOM kit abaca surah al-Kahfi, tak sampai pun 30 minit kita baca.
Agak berat? Bahagikanlah kepada beberapa bahagian, contoh sebelum tidur baca 1/3, lepas subuh 1/3 dan 1/3 lagi sebelum solat jumaat
Ikutlah keselesaan masing-masing.

Bagi siapa yang tidak boleh baca kita dengar pun dapat pahala. ^__^

About these ads

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on January 26, 2012, in Tinta kehidupan. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: